Sabtu, 16 Mac 2013

ANWAR IBRAHIM, KIRAM 50SEN & JAMBU-PAKAI-SELIMUT

Gawat ! Anwar Ibrahim Kantoi Lagi Pak ...!

50sen je nilai Kiram 3suku yea ....

Senarai apa pula nie? Tanya Kalid Ismeth

Perjanjian Ini Dah Tak Laku?

Mula-mula ambe mohon maaf kepada Mamat Kalid kerana mengubahsuai tajuk filemnya. Ambe teringatkan filem terbaru Mamat Kalid ' Husin, Mon & Jin Pakai Toncit' sebab jalan ceritanya kebetulan sama plak dengan apa yang berlaku dalam politik Malaysia. 

'Husin, Mon & Jin Pakai Toncit' salah satu dialog watak Dr Shamsuddin ialah "Hanya Entiti Sahaja Dapat Menghapuskan Entiti". Dr Shamsuddin berjaya memperdayakan orang Kampung Pisang dengan penampilannya dan kuasa magisnya. Rupa-rupanya beliau ialah syaitan yang datang untuk menuntut janji yang telah di buat oleh penduduk asal Kampung Pisang. Janji yang telah dilupai. Setiap 45 tahun 'Janji Tersebut Di Tagih'. Akhirnya Husin diselamatkan oleh Ayu. 

Ambe juga ucapkan Takziah kepada keluarga mendiang Bala yang telah mati akibat kompilasi jantung. Waima, chegu Bard mempercayai kematian Bala ada kaitan dengan ilmu sihir hitam. Senada je dengan pengganas Kiram 3suku yang turut mempercayai 'Amalan Kebal'. Tak kesampaianlah yea hajat chegubard nak meronda satu Malaysia jaja cerita. Allah Ta'ala itu sayang kat Chegu Bard. Taknak chegu Bard buat dosa banyak-banyak. 

Kiram 3suku sudah pun mendapat hadiah 50sen daripada komando Malaysia. Yang datang secara terang. Menaiki sebuah kereta hitam dan mengambil gambar rumah Kiram 3suku. Lalu memberikan sekeping duit siling 50sen kepada seorang kanak-kanak yang berada di hadapan rumah Kiram 50sen. Duit siling 50sen tu ada maknanya. 

Khabar angin mengatakan Agbimuddin berjaya lolos dari kepungan. Pada pandangan hamba lah, Agbimuddin tak pernah tinggalkan Jolo dan Tawi-tawi pun. Komander Musah yang jadi kepala bukan Agbimuddin pun. Jadi tak timbul soal Agbimuddin lolos kepungan pun. 

Tian Chua yang sedang hadapi pendakwaan di mahkamah kerana penghinaan kepada anggota keselamatan yang terkorban. itu maslah Tian Chua dengan penguatkuasaan undang-undang. Nak buatpe punmacai-macai PKR nak kecoh-kecoh pun?

Bala mati sebab kompilasi jantung, itu masalah Bala sendiri. Nak buatpe macai-macai PKR nak kecoh-kecoh pun? Masalah depa ke Bala mati sebab ada sakit jantung?

Bapa Saiful buat pengakuan berkaitan dengan masalah seksual Anwar Ibrahim pun menjadi masalah kepada DAP PKR PAS? Aiseh kamonlah. Itu semua masalah peribadi Anwar Ibrahim. Biar beliau sendiri menjawabnya dan menanggungnya sendiri. Buatpe nak tanggung dan pikul bebanan masalah Anwar Ibrahim pun?

Kita highlight sahaja kepada semua yang Anwar Ibrahim adalah seorang yang BERMASALAH. Orang yang bermasalah macam Anwar Ibrahim itu layak ke nak SETEL MASALAH ORANGLAIN?

Kalid Ismeth sampai jadikan kematian Bala suatu masalah pada dirinya sendiri pulak. Menulis d twitter macamlah kematian Bala itu satu masalah besar dan bala kepada dirinya. Begitu jugalah MiloSuam. Semua benda nak dijadikan sebagai masalah peribadinya. Apalah punya tonggong depa berdua tu. 

Perkembangan terkini di Lahad Datu, pasukan keselamatan menguatkan lagi kedudukan pertahanan negara. Banyak juga lah mayat-mayat pengganas Kiram 50sen di jumpai. 

Kesimpulannya mudah, kita pelik lah dengan peel cai macai pkr dap pas yang dok sibuk-sibuk buang masa, buang tenaga dan bazirkan bakat mereka memikul bebanan masalah seksual Anwar Ibrahim. 

Yang bermasalah adalah Anwar Ibrahim dan jangan jadikan masalah seksual Anwar Ibrahim itu sebagai suatu bebanan yang wajib di pikul dari dunia sampai akhirat la cai macai dap prk pas.
Biar Anwar Ibrhaim sendiri yang pikul dan setelakan semua masalah beliau yang beliau sendiri ciptakan. Ok?

Jadi BIJAK MENILAI dan bukan BIJAK TAK BOLEH DIPAKAI.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...