Khamis, 3 Januari 2013

SKANDAL RAFIZI-DEEPAK - SIAPA YANG KAUT UNTUNG BESAR?

*TIADA GAMBAR*

Skandal Rafizi-Deepak nampaknya akan berakhir tidak lama lagi.
Bergantung kepada impak presepsi skandal yang ditimbulkan daripada isu berkenaan. 
Oleh kerana Hamba adalah 'Bebas Dari Sebarang Perhambaan Grup-grup Siber' .
Jadi Hamba menulis untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Tanahair.
Hamba tidak terikat untuk menjaga 'Poket' atau 'Kepentingan Peribadi' atau 'Kepentingan Kerjaya Politik Individu' atau 'Kepentingan Broker Kuasa' atau 'Kepentingan Mana-mana Braderhud'

Hamba bukan hamba abdi atau Kuli Batak kepada sesiapa makhluk pun.
Hamba tak mengejar ranking atau perlu mengekalkan rating Alexa.
Hamba bukan mudah di beli dengan janji-janji manis, gajet dan wang ringgit daripada mana-mana pihak.

Hamba menulis mengikut pendapat Hamba sendiri bagi menyokong kepimpinan DS Najib dan melindungi UMNO/BN serta institusi Raja-raja Melayu daripada serangan fitnah-mehnah yang bukan-bukan. 
Hamba mahu 'Bebas Berdikari' menyatakan pendapat Hamba tanpa perlu menjejaskan dan memprejudiskan pihak-pihak yang Hamba sebutkan tadi. 

Hamba mahukan BN/UMNO mendapat Mandat Terbesar sekaligus mengesahkan kedudukan dan kepimpinan DS Najib serta UMNO sebagai Teraju Negara. Itulah niat Hamba dari awal. Penglibatan awal dalam mana-mana grup hanyalah satu proses biasa dalam perjuangan sahaja.

Dalam Skandal Rafizi-Deepak, Hamba mendapati ada 'yang tak kena'. 
Bila hamba kaji semula , Hamba mendapati Skandal Rafizi-Deepak adalah satu Gameplay / Gameplan berbentuk dan berunsurkan Political Blackmail. Setiap Political Blackmail mempunyai objektif dan sasaran yang dikehendaki. 

Ada beberapa klu yang Hamba ikuti dan melalui klu-klu itulah Hamba sampai kepada kesimpulan Hamba tersebut. 

Plot Skandal Rafizi-Deepak

Semasa PAU 2012 lalu, Deepak muncul dan membuat satu pengakuan yang melibatkan sejumlah wang di bayar kepada PI Bala dan pembelian sekeping tanah.
Kemudian bermula serangan ke atas kredibiliti Deepak yang dikatakan  tidak boleh dipercayai. Kerana Deepak sudah di beli oleh anwar Ibrahim dan Sivarasa. 
Tidak lama selepas itu muncul pula klip video mendedahkan Deepak menafikan pernyataannya sebelum itu. Deepak mengesahkan beliau di janji kan bantuan dan pertolongan oleh Anwar Ibrahim untuk setel masaalah fiskalnya. 
Tidak lama selepas itu, Anwar Ibrahim menafikan penglibatannya dengan Deepak. 
Agak hairan kerana selepas itu muncul Rafizi untuk menjadi hero nak menyelamatkan kepentingan LTAT dalam Boustead.
Pada kali ini Rafizi mendedahkan mengenai 'paksaan' buat pinjaman sejumlah RM160 juta ke atas Boustead.
Boustead pula paksakan pinjaman itu ke atas sebuah anak syarikat milik penuh Boustead.
Menurut dakwaan Rafizi, paksaan itu di buat kerana DS Najib nak tutup mulut Deepak.
Tiada bukti dikemukakan oleh Rafizi bagi mengesahkan dakwaannya itu melainkan hanya membina persepsi.
Menurut dakwaan Rafizi kononnya pinjaman RM160 juta untuk membayar dua buah syarikat milik Deepak. 
Kemudian, Rafizi membuat satu sidang akhbar dan mendedahkan beberapa dokumen pembelian berlian plak berjumlah RM 13 juta.
Kononnya pembelian itu di buat oleh dua buah syarikat Deepak untuk DS Rosmah. 
Rafizi mendakwa beliau menerima dokumen-dokumen itu melalui emel kepadanya daripada Deepak. 
Beberapa jam selepas pendedahan Rafizi, Deepak pula membuat sidang media dan menafikan segala-galanya.
Deepak mendakwa beliau tak pernah menghantar emel mengirimkan dokumen-dokumen tersebut kepada Rafizi. 

Keanihan Plot Skandal Rafizi-Deepak.

Banyak ramtaian plot/ jalan cerita dalam Skandal Rafizi-Deepak terputus-putus dan melompat-lompat dari satu kisah ke satu kisah lain. 
Terlalu banyak kisah tidak konsisten dengan kisah pendedahan awal.
Tapi yang konsisten dalam skandal Rafizi-Deepak ialah jumlah RM160 juta.
Jumlah ini sentiasa muncul.
Kita tidak didedahkan dengan sebarang perincian butiran mengenai kes saman sivil Deepak dan mengenai jumlah RM160 juta tersebut. 
Kita cuma disajikan bahawa RM160 juta adalah jumlah bebanan fiskal Deepak.

Kesimpulan / Persepsi

Dalam skandal Rafizi-Deepak, Hamba menyimpulkan :-
  1. Deepak berusaha untuk memperolehi semula kepercayaan dan membina semula kredibilitinya.Beliau mahu menarik perhatian DS Rosmah semula. 
  2. Rafizi pula mahu kembali semula dalam perlumbaan kuasa di dalam PKR setelah di tendang keluar oleh kem Azmin Ali. Beliau juga turut di saman dan menghadapi risiko berhadapan dengan berpuluh juta Saman Malu daripada NFCorp dan hukuman penjara. Katalain beliau sudah menjadi liabiliti kepada Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.
  3. Ada pihak yang menangguk di air keroh di atas konflik-konfik yang dihadapi oleh Deepak dan Rafizi.Lalu disensasikan dan didramakan Skandal Rafizi-Deepak ini sedemikian rupa. 
Penutup

Hamba mahu anda semua berfikir sendiri dan menilai baik-baik.
Sengaja Hamba membiarkan anda semua berfikir dalam-dalam dan semasak-masaknya dalam hal ini. 
Mangsa dan sasaran utama dalam Gameplay ini ialah DS Najib.
Untuk mencuit DS Najib, pihak yang bertanggungjawab akan mencuit DS Rosmah.
Apalagi cara paling berkesan untuk mencuit DS Rosmah selain daripada menggunakan kaedah POLITICAL BLACKMAIL. 
Dalam masa yang sama, jika anda adalah pihak yang menangguk di air keroh, apakah tindakan anda selanjutnya?
Ingat jumlah RM160 juta dan berbudi kepada DS Rosmah, yea,
Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...