Rabu, 29 Februari 2012

BADRUL AMIN WAJAR LETAK JAWATAN

Dalam temuramah di luar bangunan JAIP di Kuantan tempohari,Badrul Amin mengakui bahawa jika di barat beliau perlu meletakkan jawatan. Tapi beliau sengaja berdalih dengan memberikan alasan bahawa beliau belum sampai ke peringkat itu. Ya ke? 

Adakah ini bermakna beliau merasakan bahawa diri beliau itu lebih baik daripada pemimpin-pemimpin di Barat yang diselubungi dengan skandal-skandal seks?

Jika itulah pendirian beliau eloklah beliau buang sahaja title ustaz ke dalam longkang. Selagi mana beliau masih menggunakan title ustaz itu, maka ianya satu penghinaan dan aib besar kepada komuniti ustaz lain yang suci bersih dan tidak berdosa.Beliau hanya memberikan nama buruk kepada ustaz-ustaz lain.

Bukankah beliau sendiri mengakui bahawa beliau seorang pemaaf kerana beliau ialah seorang yang bergelar ustaz? Bukankah jatidiri seorang yang bergelar ustaz akan meletakkan jawatan dan tidak memakai gelaran ustaz lagi? Tidakkah itumerupakan intregriti seorang yang bergelar ustaz sepertinya?

inilah peluang keemasan buat beliau memeberikan contoh tauladan dan menetapkan satu duluan yang akan menjadi ikutan semua pemimpin lain. Beliau perlu ingat bahawa pembohongan dan penipuantidak mampu mensucikan beliau kerana segalanya sudah terakam. JAdi eloklah beliau meletakkan jawatan dengan kadar segera sebelum aib lain akan terdedah dengan sendirinya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...