Sabtu, 15 September 2012

PULAK DAH BENDERA REVOLUSI SUDAH KELUAR NI.


Klik Gambar Untuk Terus Ke Kiriman Berkenaan. Kali Ini Pakatam Jahanam Tukar strategi dengan Manipulasikan Kalimah Syahadah Pula Bagi Mengelirukan Orangramai Berkenaan Dengan Aspirasi Anti Islam Mereka. Mula-mula Kalimah Allah Dipermainkan ...Kini Kalimah Syahadah Pula diPermainkan Oleh Mereka.Kononnya Itulah Panji Hitam dari Timur. Sewel Teruk Otak Puak Revolusioner Sosialis Ini. Agama Jadi Mainan dan Sindiran Mereka. 

PAKATAM JAHANAM semakin gila dan terus gilakan kuasa. Mengajarkan kegilaan mereka kepada anak-anak muda yang mahu mencari kesukaan saja-saja tanpa memikirkan kesan akibat perbuatan mereka. Apabila ketegasan tidak nampak di mata maka unsur kejahatan semakin memberanikan diri, Bak kata seorang ahli falsafah Barat " Kejahatan Melata Kerana Orang Baik Tidak Berbuat Apa-apa". 

Sebuah kerajaan yang di pilih dan terpilih perlu bertindak tegas dan adakalanya berlembut. Jika terlalu bertegas akan di benci. Jika terlalu berlembut musuh akan menguasai Pada pandangan Hamba kerajaan sekarang terlalu berlembut sehingga mudah dikuasai oleh musuh-musuh negara. Sehingga ke hari ini kita tidak nampak ketegasan di pihak kerajaan menangani semua konflik yang dicetuskan oleh para musuh dan pihak lawan politik. Apa yang berlaku di sebalik tabir dan tirai itu bukan sudut pandang yang hendak dibincangkan di sini. Sebaliknya ketegasan yang nampak di pandang itulah yang hendak diperbincangkan di sini.

Kerana tiada nampak Ketegasan Nampak Pandang maka kejahatan musuh negara dan lawan politik semakin lantang. Kalau dulu bendera Republik Sang Saka Malaya berani dikibarkan kini muncul pula bendera Revolusi Yang Menghina Dua Kalimah Syahadah. Itulah betapa mereka menjadi Gampang.


Statistik Penduduk Malaysia Pertengahan Tahun 2012.Termasuk Warganegara dan Bukan warganegara.

Mereka yang tegar kepada Pakatam Jahanam tidak ramai berbanding dengan orang-orang baik di kalangan rakyat jelata. Jumlah mereka jauh lebih kecil. Tapi kenapa kita membiarkan saja kejahatan yang dilakukan oleh segelintir penjahat dan manusia setan itu berleluasa dan bermaharajalela?

Jika kerajaan pada hari ini kita nampak teragak-agak melakukan ketegasan kepada para penjahat maka tanggungjawab itu kembali kepada diri kita semua. Kita lah perlu memikul tanggungjawab itu bagi memastikan kejahatan tidak melata dan kebaikan merata.

Jika semua ahli politikus sudah nampak seperti endah tak endah mengenai kejahatan melata bagaimana kebaikan hendak merata? Golongan ekstrimis pakatam jahanam hanya boleh ditangani dengan ketegasan kepada pelopor dan penghasut utama. Kenalpasti mereka itu dan berlaku tegaslah dengan mereka. 

Takkan kita hanya mahu menjadi pemerhati sahaja? Kita juga perlu berdebat dan mengalahkan hujah para penghasut dan penjahat tersebut di mana jua kita menjumpai mereka. Jangan kita biarkan mereka melakukan hasutan pelbagai. Kita perlu mengalahkan hujah mereka dan kita perlu melemahkan semangat mereka. 

Adakah anda berani melakukannya demi menjaga keamanan dan menyebarkan kebaikan?

1 ulasan:

C L J berkata...

Kita dengar apa kata DAP.
Mereka boleh terima ka kalimah shahadat itu dengan makna dan maksudnya ?
Mereka boleh terima ka warna hitam putih itu sebagai lambang perjuangan bersama ?
Ingatkan hitam putih itu warna untuk berkabong saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...