Ahad, 23 September 2012

KESILAPAN KEDUA TERBESAR DAP SELEPAS PIJAK GAMBAR.


Ngeh Memang Sengaja dan Sengal  Menghantar Tweet Yang Menyokong IOM dan Memperlekehkan Sentimen Umat Islam Negara Ini.

DAP adalah sebuah parti politik SOSIALIS DEMOKRAT. 100% mendukung aspirasi politik Gagasan Nanyang Raya 1918-1945. Asalnya sebuah cawangan PAP. Selepas Singapura keluar Malaysia pada 1965, kesemua cawangan PAP di tukar menjadi DAP. Sampai kiamat DAP tetap membawa aspirasi MALAYSIAN MALAYSIA.  Satu aspirasi ultra-rasis yang lahir kerana pertentangn hak kewarganegaraan di antara imigran dengan pribumi asal. 

Semasa belajar sejarah di sekolah, guru Sejarah tidak begitu menceritakan sangat mengenai perpisahan Singapura dari Malaysia. Kecuali disebutkan sebab musabab perpisahan adalah kerana konsep Malaysian Malaysia. Kalau kita mneyelidiki sebab musababnya tentu kita mampu merungkai perosalan sebenar perpisahan Singapura dari Malaysia. Dan kenapa LKY melaksanakan polisi tidak menkategorikan rakyat Singapura keturunan Melayu sebagai Melayu sebaliknya mencatitkan suku kaum seperti Jawa, Bugis, Bawean dan sebagainya di dalam kad pengenalan. 

Perjuangan DAP ini adalah contoh klasik konflik di antara golongan cauvinis aristokrat imigran dengan golongan penduduk pribumi. Mereka enggan dan degil untuk berasimilasi dalam budaya pribumi dan mengiktiraf hak asal pribumi. Kesombongan 100% acuan sejarah di benua Amerika di antara imigran Eropah dengan kaum pribumi asal di situ. Ini merupakan kesilapan pertama terbesar DAP yakni bersaing dengan pribumi dalam merebut kuasa politik untuk menjadi dominan.

Di bawah kesilapan pertama ini DAP mengambil peranan memperjuangkan hanya hak-hak etnik minoriti dengan melupuskan hak pribumi. DAP mengambil jalan konfrontasi terbuka dengan parti politik berasaskan pribumi seperti UMNO. Mempersetankan UMNO dan memburukkan imej UMNO. DAP sentiasa membangkitkan sentimen perkauman dan menghangatkan permusuhan di antara agama. DAP enggan menerima dan menghormati sebarang bentuk dan corak budaya Melayu Islam. Terutama agama Islam.

Berkonflik tanpa kesudahan merupakan kaedah utama digunapakai oleh DAP dalam kesilapan besar pertamanya. DAP turut mencabar dan terus mencabar kedudukan dan taraf kehidupan orang Melayu tanpa berusaha mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di antara kaum. DAP hanya memikirkan bagaimana hendak mencetuskan pelbagai konflik untuk dijadikan justifikasi dan alasan menghapuskan hak pribumi dan semua institusi berkaitan pribumi.

DAP turut memperalatkan Melayu dan bekas pemimpin Melayu untuk mencapai matlamat politik mereka.

Kesilapan kedua terbsesar DAP ialah sentiasa menghina agama Islam dan memperlekehkan semua usaha bantahan mempertahankan akidah dan Rasullullah s.a.w. DAP gagal memahami sensitiviti umat Islam di negara ini.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...