Sabtu, 11 Ogos 2012

MAKIN BENGAP POLITIK MALAYSIA NIE -


Sekarang baru lah kita tahu teori Relativiti Einstein, Bila jumlah penduduk seramai 28 juta dan berbilang agama dan bangsa mempunyai seramai 222 orang ahli Parlimen di bayar gaji dan 505 orang ADUN sepenuh masa di bayar gaji, ianya akan mengundurkan masa ke belakang.

Jelas kebengapan 222 orang ahli Parlimen dan 505 ADUN berpolitik. Semuanya tak kena. Tema kemerdekaan tak kena, iklan raya menyayat hati tak kena dan ada yang jadi makin tolol nak adakan BERSIH 4.0 pada malam kemerdekaan kerana tak puashati Najib jadi PM. Tak ke pelik dan tolol namanya tu?

Dalam isu Air dengan tak semena-mena timbul plak dakwaan KDEB suruh ABASS kurangkan pengeluaran air bersih. Lepas tu plak puak Pakatam dok tuduh SYABAS yang buat. Dalam dok depa bertekak masalaah rakyat di kawasan terbabit tak setel jugak. Ini nak raya. Dah tak pasai-pasai orang ketiga jadi kambing hitam plak. Walhal benda ini semua berpunca kerena bengapnya cara mereka berpolitik. Masing-masing sibuk nak londeh 'anu' masing-masing. Alamak. Apalah bahlol nya. Rakyat jadi mangsa. 

Tolonglah setel masaalah rakyat tu hah. Jangan jadikan masaalah mereka berpanjangan. Setel dulu. Kemudian korang semua boleh tempah gelanggang Tomoi untuk tunjuk 'Anu' masing-masing. Jemu dan bosanlah tengok korang asik bergadoh siangmalam.

Kemudian tak pasal-pasal pekerja Jana Niaga SB kena berdemo nak mintak gaji daripada Pakatam Selangor. Kesian. Diaorg tu pekerja tak berpolitik. Tapi Pakatam berpolitik sampai tahan pembayaran kepada Jana Niaga sebab Pakatam kata Jana Niaga kroni BN. Entah ya entah tidak.

Kalopun Jana Niaga SB ni kroni bahlol BN pun bayar je lah pembayaran kontrak deme tur. Jangan sebab benci sangat kat BN sampaikan pekerja Jana Niaga SB pun dipolitikkan dan dimangsakan. Pekerja tu pun ada anak bini nak sara. Alahai bengapnya.

Sejak Pakatam berkuasa dan DAP cauvinis rasis menepuk dada dan selagi 131 Ahi Parlimen Melayu Islam tak reti nak bekerjasama di antara satu sama lain selagi itu lah senario Politik Malaysia ini akan dipenuhi dengan babak-babak lawak bengap. 

Cer tumpukan usaha ke arah memakmurkan rakyat daripada menumpukan usaha menjahanamkan rakyat. Boleh tak?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...