Selasa, 22 Mei 2012

RIZAB AIR SELANGOR CUMA ADA 2.4 PERATUS ... KHALID G TERUS TIDUR.


KRISIS AIR DI SELANGOR memang meruncing. Rizab air di Selangor hanya tinggal 2.4 sahaja.  Sepatutnya rizab air Selangor berada pada paras melebihi 20 peratus.Usaha pentadbiran terdahulu dengan kerajaan Pusat meningkatkan rizab air Selangor ke paras melebihi 20 peratus dibantutkan oleh regim Pakatan. Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang akan menyimpan air mentah dari Pahang mampu meningkatkan rizab air Selangor melebihi paras 20%. Usaha itulah yang dibantutkan oleh regim Pakatan di Selangor dengan memberikan alasan kononnya Projek Langat 2 adalah projek kroni.Pembatalan kelulusan projek tersebut sejurus selepas regim Pakatan menguasai Selangor pada 2008 adalah tindakan membelakangkan kepentingan rakyat.

Tindakan regim Pakatan membatalkan kelulusan yang telah diperolehi sebelum ini bagi projek tersebut amatlah dikesali. Bayangkanlah, projek tersebut adalah untuk manafaat rakyat negeri Selangor bukan untuk keuntungan kroni. Projek tersebut telah hampir siap hanya menunggu regim Pakatan meneruskan dan menghormati tindakan eksekutif pentadbiran terdahulu. Malangnya, regim Pakatan memilih untuk mengkhianati rakyat Selangor dan menipu rakyat Selangor mengenainya. Pihak yang bakal mengaut keuntungan dari tindakan pengkhianatan regim Pakatan ialah kroni-kroni regim Pakatan. Kempen Kembalikan Hak Air kepada rakyat sebenarnya adalah kosmetik penipuan terbesar regim Pakatan terhadap rakyat Selangor.

Akibatnya, sejumlah 129 projek kilang tidak dapat diteruskan dan ini mengakibatkan kehilangan peluang pekerjaan sebanyak 12,300 kepada rakyat Selangor dan kehilangan pelaburan sejumlah RM3.8 billion. 

Regim Pakatan sengaja buat-buat gila enggan menghormati Perjanjian terdahulu. Adalah satu kesalahan besar bagi mana-mana kerajaan negeri tidak menghormati dan menguatkuasakan mana-mana perjanjian yang telah dipersetujui.. Tindakan regim Pakatan tidak menepati tindakan sebuah kerajaan yang telus, kredibel dan berintergriti. Boleh main ikut suka hati membatalkan mana-mana perjanjian terdahulu.Tidak ada tanggungjawab langsung puak regim Pakatan harmajadah nie. 

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU 

1 ulasan:

1NDecent berkata...

And then Khalid decided to take over since SYABAS didn't do too good of a job maintaining their assets. But the still mystery, which reservoir level announcement is right?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...