Sabtu, 26 Mei 2012

PERASMIAN HBN 2012 YANG PENUH BERSEJARAH


26hb Mei 2012 ,PUTRAJAYA: Petang tadi sekitar jam lima petang bertempat di pentas utama HBN 2012 Ds Najib bersama kepimpinan Barisan  Nasional merasmikan HBN 2012 dengan penuh gemilang.Sorak sorai dan laungan suara belia suara keramat bergema di Putrajaya sebagai tanda sokongan para belia menolak keganasan yang dicetuskan oleh budaya politik kotor pakatan. DS Najib memberitahu kepada semua belia Malaysia bahawa apa yang dibudayakan oleh pakatan adalah merbahaya kepada kemajuan belia itu sendiri. Apa yang dikecapi oleh para belia pada hari ini ialah kerana pengorbanan para belia generasi terdahulu yang bertindak berdasarkan kematangan berfikir dan tindakan. Para belia dulu menghormati perundangan negara dan pihak polis.


Belia yang bertindak memijak dan memukul polis serta melompat-lompat di atas kenderaan polis tidak akan mampu membawa kebaikan dan kemajuan kepada negara di masa depan. Ds Najib mahu mewariskan kemakmuran dan keamanan negara ini kepada para belia yang menyintai keamanan. Serentak dengan itu DS Najib melaungkan "Belia cintakan keamanan!" Laungan itu di sambut oleh para belia yang hadir dengan semangat kental. 


Menyentuh mengenai kejayaan HBN 2012 yangua juta  berjaya mengumpulkan seramai dua juta orang belia berbanding pada tahun lepas, DS Najib berkata Menteri KBS Shabery Chik berjaya menyahut cabarannya pada tahun lepas. Dengan nada berseloroh DS Najib mengatakan Shabery Chik pastinya amat gembira kerana berjaya mencapai KPI nya.



DS Najib amat tegas dalam menyatakan pendiriannya mahukan belia mewarisi keamanan dan kemakmuran negara ini untuk generasi terkemudian. Beliau berhasrat agar para belia mengikuti dan mencontohi kematangan para belia terdahulu yang bertindak dengan penoh kematangan dan kedewasaan dalam berfikir serta membuat pilihan. Seruan DS Najib itu di sambut oleh suara belia suara keramat. melaungkan tema HBN 2012 'Jadikan hari esok lebih baik dari hari ini." DS Najib turut melakukan 'walkabout sebelum perasmian HBN 2012.

"JADIKAN HARI ESUK LEBIH BAIK DARI HARI INI"
HBN 2012.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...