Selasa, 3 April 2012

SIAPA YANG LEBIH LAYAK MENJADI KERAJAAN NEGERI & PUSAT?


POLITIK tidak kotor, tidak jijik dan tidak jahat. Yang kotor, yang jijik dan yang jahat ialah pembawaan peribadi mana-mana politikus. Di dalam amalan memilih kerajaan di peringkat negeri dan Pusat, kita bebas memilih mana-mana pihak yang bertanding di dalam pilihanraya.Pihak yang mendapat undian terbanyak walaupun melebihi 1 undi dari pihak lawan maka pihak itu di kira menang dalam pemilihan. Tapi itu belum bermakna pihak yang menang itu boleh menubuhkan sebuah kerajaan negeri dan pusat. Itu bergantung pula kepada agregat kemenangan parti politik yang diwakili oleh individu tersebut di semua DUN dan kawasan Parlimen. 

Ada beberapa senario yang menarik. Jika ramai calon bebas yang tak terikat dengan mana-mana parti politik memenangi majoriti mudah di peringkat DUN dan di kawasan Parlimen bolehkah sebuah kerajaan negeri dan Pusat di bentuk? Bolehkah kumpulan calon bebas itu mengikat diri mereka dengan mana-mana parti politik yang besar untuk mencukupkan bilangan majoriti mudah bagi membentuk sebuah kerajaan negeri dan pusat samada di DUN mahupun di Parlimen? Jawapannya ialah ya, mereka boleh melakukannya. Bagaimanakah caranya?

Ambil senario Dewan Rakyat. Bilangan kerusi yang ada ialah 222 bagi seluruh Malaysia.Bagi menubuhkan sebuah kerajaan Pusat, mana-mana pihak perlu menguasai kepercayaan 2/3 atau majoriti mudah dari 222 Ahli Parlimen.

2/3 dari 222 ialah 148. Majoriti mudah ialah di antara julat 112 - 147. Sekarang kita lihat pula parti-parti politik yang bertanding dalam PRU 12 yang bakal bertanding di PRU 13. 

1. Barisan Nasional
2. PKR
3. PAS
4. DAP
5. Calon Bebas.

Mana-mana gabungan di antara kelima-lima pihak di atas jika mampu mencapai agregat 112 - 147 atau 148 gabungan itulah yang berhak menubuhkan kerajaan Pusat. 

Dalam hal pakatan DAP-PKR-PAS, mana-mana pihak yang memenangi jumlah kerusi yang tertinggi di antara ketiganya maka kerajaan yang di bentuk dan ditubuhkan adalah mengikut fahaman politik parti tersebut. 

Jika DAP yang menang banyak kerusi maka Malaysia akan mengikuti fahaman Sosialis Demokrat. 

Jika PKR yang lebih banyak memenangi kerusi maka Malaysia akan diterajui oleh fahaman politik yang ikut suka hati engkaulah.

Jika PAS yang banyak memenangi kerusi maka Malaysia akan ikut fahaman khawarij PAS.

Namun begitu, selagi gabungan itu kekal selagi itulah kerajaan itu sah. Tapi apa jadi tiba-tiba DAP merajuk dan keluar dari pakatan tersebut? Atau PKR ? Atau PAS ? Atau mana-mana Ahli Parlimen dari mana-mana gabungan tiga parti politik itu keluar dan isytihar menjadi calon bebas sepertimana yang berlaku di Perak?

Kita perlu ingat bahawa PAKATAN RAKYAT tidak bertanding sebagai satu entiti politik seperti BARISAN NASIONAL. Sebaliknya, PAKATAN RAKYAT bertanding secara berasingan sebagai entiti-entiti politik yang berbeza. Jika anda mengundi PAS tak bermakna anda mengundi PAKATAN RAKYAT. Begitu juga jika anda mengundi DAP dan PKR. Anda hanya mengundi DAP-PKR-PAS dengan harapan yang belum tentu lagi menjadi suatu kenyataan. 

Ianya berbeza jika anda mengundi BARISAN NASIONAL. Ini kerana BARISAN NASIONAL bertindak sebagai satu entiti politik. Anda tidak mengundi secara berasingan UMNO, MCA , MIC, GERAKAN dan parti-parti komponen yang lain seperti yang menjadi amalan dalam PAKATAN RAKYAT. 

Oleh itu, soal calun adalah Faktor Penentu bagi BARISAN NASIONAL. Bermakna BARISAN NASIONAL tidak boleh meletakkan sebarang calun. Silap pilih calun alamatnya hilang kerusi. BARISAN NASIONAL perlu memilih Calon Boleh Menang yang diterima baik oleh pengundi.

Manakala bagi PAKATAN RAKYAT, soal Pembahagian Kerusi di antara DAP-PKR-PAS adalah Faktor Penentu. Soal calun bagi PAKATAN RAKYAT tak penting. Oleh itu DAP-PKR-PAS boleh letak apa jua jenis calun pun untuk bertanding. Jika PKR hendak letak ular tedung , DAP letak  ular sawa dan PAS letak buaya sebagai calun, tak kisah. Di dalam satu kawasan DUN atau Parlimen, ketiga-tiga parti boleh meletakkan calon mereka untuk bertanding. Tak ke haru biru dan caca marba nanti?

Sebagai pemilih berdaftar sudah tentulah kita mahu memilih pihak yang sudah terbukti gabungan di antara mereka adalah mantap dan berpengalaman. Gabungan DAP-PKR-PAS adalah amat rapuh. Jika mereka menubuhkan kerajaan pun ianya akan jadi seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. sukar untuk mereka mencapai kata sepakat menyelesaikan masaalah rakyat. Masing-masing membawa haluan dan fahaman masing-masing.

Berbeza dengan BARISAN NASIONAL. Sudah 54 tahun gabungan ini menempuh pelbagai pahit getir dan melepasi setiap ombak yang datang. Konsensus di antara parti politik di dalam BARISAN NASIONAL adalah lebih mantap dan jitu. Mudah mencapai kata sepakat dalam semua isu. Sudah tentulah ini menguntungakan dan membawa manafaat kepada rakyat.

Kalau hamba lah.. hamba pilih BARISAN NASIONAL sahaja. Sebab BARISAN NASIONAL sudah terbukti kemampuan mereka. Kalau diberikan 2/3 majoriti lagi bagus. Keputusan cepat dan pantas dalam menyelesaikan masaalah rakyat. Yea tak ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...