Rabu, 7 Mac 2012

BANYAK NYA SORGA PAS .... ...


PAS sejak di ambil alih oleh puak ngaku ulama' yang diijazahkan oleh Anwar Ibrahim semasa di dalam ABIM dulu (sekarang ABIM dan bersih dari unsur Anwarinas) menjual agama ikut suka hati mereka sahaja. Di atas adalah sepucuk surat yang tertera nama MPKB ' Bandaraya Islam' Kelantan. Kesahihan surat ini terpulang kepada diri masing-masing untuk menilainya sendiri. Soal memberikan jaminan masuk sorga ini sudah mendarah mendaging dalam PAS sejak Pok Nik mula perasan beliau lebih mulia daripada Rasulullah s.a.w. khatimuun anbiyaa'. 

Pok Nik pernha menghina baginda Rasulullah s.a.w. sebagai ' Budak kampung nama Mat' malah sebelum itu pernah menghina Allah Ta'ala dengan sifat yang tidak sepatutnya. Tapi itu semua bagi pentaksob dan penyembah tegar Pok Nik adalah perkara kecil. 

Akibatnya, Allah Ta'ala pertontonkan kepada mereka bagaimana PAS PUSAT tergamak memecat Hasan Ali kerana beiau mempertahankan akidah umat Islam. Bagaimana Hj Hadi sendiri mengakui dalam Al Qur'an tidak ada di sebut Negara Islam. Bagaimana PAS mendiamkan diri dalam isu Seksualiti Merdeka. Bagaimana PAS beriya-iya mempertahankan salahlaku seksual Anwar Ibrahim dalam isu kes liwat II dan video Chinadoll serta sokongan Anwar Ibrahim kepada regim Zionis.

Terkini PAS Kedah mengalamai kemelut yang paling besar. Sudah ada perbezaan pendapat yang ketara di dalam PAS. Manakala PAS Kelantan sentiasa dihantui dengan dosa-dosa mereka kepada rakyat Kelantan selama ini. Taktik mereka menutupi kejahatan mereka dengan mempersalahkan UMNO melalui isu Hudud dan royalti minyak semakin memakan diri mereka sendiri. Mulut tempayan PAS boleh tutup tapi mulut rakyat Kelantan yang sentiasa bergosip di kedai-kedai kopi macamana PAS hendak tutup walaupun PAS keluarkan fatwa mengarot sebagai usaha menghalanginya.

Ceramah-ceramah PAS di masjid-masjid dan di surau-surau semakin hambar sejak Hasan Ali mendedahkan kepincangan PAS selama ini. Ini turut di bantu leh YB Zulkefli Nordin. Kisah Badrul Amin di tangkap berkhalwat dengan bini orang. Kisah pemimpin PAS di tangkap kerana mencabul kanak-kanak. Kisah orang PAS menerima rasuah. Kisah orang PAS mencabar akidah manhaj Ahlisunnah wal jamaah. Kisah kegiatan pelacuran semakin membiak di Kota Bharu. Semuanya itu semakin menyedarkan rakyat yang tertipu dengan serban, janggut, jubah dan alunan lunak bacaan-bacaan al Qur'an yang bertujuan mempersonakan dan bukan di atas niat beribadat.

Bak kata negarawan ulung Tun Dr Mahahtir rakyat mempunyai pilihan samada mahu membuat keputusan yang benar atau tidak dalam memberikan mandat kepercayaan memerintah kepada mana-mana aprti politik.  Kalau Hamba , Hamba berikan kepercayaan kepada BARISAN NASIONAL.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...