Isnin, 27 Februari 2012

TERKINI TAKTIK JEJUAK PAKATANG MELAGAKAN FESBUKER & BLOGER PRO UMNO.


Papa Gomo memberikan ulasan kepada Agendadaily mengenai taktik terbaru jejuak Pakatang melaga-lagakan fesbuker dan bloger pro UMNO/BN:-

papagomo-komenxx
antara cara jejuak pakatang menimbulkan kekeliruan dan melagakan fesbuker & bloger pro UMNO/BN.
Ketika dihubungi Papagomo kata," itu bukan komen dari akaun facebook saya....ini taktik biasa mereka untuk mengelirukan orang ramai."
Dia dakwa mendapat maklumat dari sumber dalaman  pembangkang memang miang mengupah individu untuk membuat komen-komen negatif  di pelbagai media internet yang pro mereka.
Katanya, individu terbabit yang dibayar menggunakan dana khas, akan membuat puluhan akuan facebook, twitter dan menyerang pemimpin kerajaan.
 “Pembangkang ingin menwujudkan persepsi bahawa ramai orang membenci kerajaan, hakikatnya komen-komen seperti yang disiarkan oleh portal Malaysiakini dan lain-lain dibuat oleh segelintir individu yang sama,” katanya.
 Komen -komen dibuat menggunakan pelbagai akuan samaran seperti “Pak Min Toya” “Kong Bu Fenzi” “Diplomatik Bebas” “Waja Perkasa” dan banyak lagi.
 Menurutnya ratusan akuan FB, ratusan akuan twitter dibuat hanya untuk menyerang kerajaan BN dan pemimpin UMNO.
 “Saya sedar perkara tersebut, bukan saja akuan FB, akuan twitter pun ada, ini menunjukkan bahawa blog dan pendedahan saya berkesan, sebab itu mereka guna cara kotor untuk menyerang saya,” ujarnya.
 Dari perkembangan ini dia menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘panas punggung’ bila dia dan rakan-rakan blogger mendedahkan video seks pemimpin utama pembangkang tersebut tidak lama dulu.
 “Jadi tak perlu hairan kalau ramai yang serang dan cuba fitnah saya begitu.Ini supaya saya sibuk menjawab serangan dan lupakan dia, silap, saya akan terus ingatkan orang ramai, siapa lelaki dalam video tersebut, ia Anwar Ibrahim, 99.99 peratus, Anwar Ibrahim,” tegasnya.
 Mengulas mengenai adanya kisah pertembungan antara blogger pro UMNO, kata Papagomo, ia merupakan perkara kecil yang dibesar-besarkan oleh penyokong pembangkang.
 “Penyokong pembangkang mahu melihat setiakawan blogger UMNO pecah, mereka lakukan berbagai cara, cipta fitnah, cucuk sana, cucuk sini, tujuannya satu, bila kita bergaduh sesama sendiri, perpaduan kita rapuh dan musuh senang masuk,” tegasnya.-25/2/2012 - OLEH HELME HANAFI
Regim Pakatang tidak berada dalam keadaan selesa kerana serangan bertubi-tubi dan bertali arus oleh fesbuker dan bloger pro UMNO/BN. Oleh itu mereka terpaksa menggunakan taktik mengklonkan akaun fesbuk dan membuat akaun palsu bloger untuk mengujudkan persepsi dan kekeliruan. Inilah yang sedang berlaku.

Kepada rakan-rakan lain beringatlah dan ingatlah pesan ulama' tempohari ' Berbeza Pendapat Tapi Tidak Sampai Berpecah' yakni menguruskan perbezaan pendapat.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...