Ahad, 19 Februari 2012

KAPAL OH KARPAL .... KERANA ANWAR IBRAHIM ADALAH 'AIB BESAR.

Jika Karpal Singh (bukan nama sebenar) seorang rakyat Malaysia tapi terlahir di hospital bersalin dalam Wilayah regim Zionis adakah itu bermakna Malaysia ada hubungan diplomatik dengan regim tersebut? 

Ataupun Anwar Ibrahim seorang rakyat regim zionis datang ke Malaysia sebagai pekerja sebuah syarikat kurier / syarikat pengangkutan bawa barang dari Australia ke Malaysia adakah itu bermakna Malaysia ada hubungan diplomatik dengan Israel?

Jadi adakah masuk akal isu kapal berlabuh menurunkan barang di pelabuhan Malaysia kerana perkhidmatannya di sewa oleh negara pengekspot dari benua India, China, Amerika dan benua Eropah sebagai bukti Malaysia ada hubungan dengan negara di mana kapal tersebut didaftarkan?

Itulah isu yang paling tolol dan bodoh pernah PKR lakukan untuk menutup keaiban kenyataan Anwar Ibrahim berkenaan sokongannya kepada segala usaha menjamin keselamatan regim zionis? 

Jom layan gambar di bawah ini.hasil tindakan 'Usaha-usaha menjamin keselamatan negara haram Israel' yang di sokong oleh Anwar Ibrahim kepada WSJ pada 26 Januari 2012.




Kepada anda semua termasuklah tukang fitnah pakatang ... mana lebih utama adakah mengenai kapal dagang yang berdaftar dan beerlabuh kerana di sewa oleh pengekspot negara ketiga atau kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha-usaha regim zionis meneruskan tindakan dalam gambar-gambar di atas nama keselamatan?

Kalau tak reti bahasa juga itu bermakna memang sahlah PKR ini parti cawangan regim zionis.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...