Jumaat, 3 Februari 2012

GAGAH UMNO KU: UMNO GANU KEBANGGAAN HAMBA.

Setakat pada hari ini, UMNO Ganu dan P.Pinang menjadi kes studi hamba mengenai kajian sikap pemimpin, ahli dan penyokong UMNO. Nama-nama pemimpin UMNO Ganu seperti MB Ganu, Datuk Shabery Chik, Wan Ahmad Farid, YB Razib dan ramai lagi tenaga kerja UMNO Ganu tidak asing bagi ramai pengamal media sosial pro UMNO/Ganu. Mereka sanggup berjumpa dan mengadakan pertemuan secara terbuka. Bermurah hati dan berlapang dada mendengar teguran dan kritikan serta begitu tenang memberikan jawapan-jawapan isu semasa yang begitu memuaskan hati dan menyakinkan. Di dalam jentera UMNO Ganu semua 100% adalah terdiri daripada pemimpin, ahli dan penyokong UMNO tempatan namun hasil kerja mereka begitu kreatif dan amat efektif. Mereka mampu menarik ramai sokongan pengundi tegar PAS, PKR dan DAP di samping mengekalkan sokongan pengundi setia. Inilah yang amat mengagumkan sekali.

Tidak ada seorang pun di dalam jentera UMNO Ganu adalah orang di luar UMNO. Kepekaan dan keprihatinan serta kematangan berpolitik jentera UMNO Ganu tidak boleh di sangkal samasekali.UMNO Ganu berjaya membuktikan bahawa jentera UMNO sendiri mampu menghasilkan yang terbaik dan efektif tanpa memerlukan bantuan dan kerjasama dari pihak luar pun.

Hamba amat berbangga dan berbesar hati melihat bagaimana jentera UMNO Ganu memanafaatkan 100% bakat-bakat ahli, akar umbi dan penyokong UMNO Ganu bagi mencapai matlamat. Persediaan pilihanraya UMNO Ganu begitu mantap di mana kerahsiaan strategi langsung tidak pernah keluar dari lingkungan jentera sendiri. Ini cukup membanggakan. Mereka mampu menyelesaikan semua kemelut dan krisis sesama sendiri. Mereka begitu matang dalam mengenepikan kepentingan sendiri dan mengutamakan agenda yang lebih besar. Mereka mampu dan sudah sampai ke tahap kematangan berpolitik sehingga setiap teguran dan sindiran di terima dengan hati penuh terbuka.

Kesungguhan jentera UMNO Ganu berada di tahap paling baik dan paling efektif. Dari peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat paling atas mereka mampu bekerjasama dan sentiasa membuka pintu seluas-luasnya kepada setiap seorang ahli UMNO Ganu. Langsung tidak ada yang tertinggal.

Kepimpinan UMNO Ganu mengiktiraf dan begitu prihatin kepada kelompok pengamal media sosial seperti kami ini yang di anggap oleh sesetengah pihak luar UMNO sebagai tidak penting dan hanya merengek meminta perhatian (suatu tuduhan paling tolol daripada pihak menuduh). Jika kelompok seperti kami ini kepimpinan UMNO Ganu hormati apatahlagi kelompok rakyat bawahan? Sudah tentulah rakyat bawahan menjadi keutamaan dan keprihatinan kepimpinan UMNO Ganu.

Tahap keyakinan hamba kepada kepimpinan UMNO Ganu dan BN Ganu ialah jika mana-mana pemimpin UMNO Ganu dan BN berkata bahawa Terengganu kekal di bawah BN, hamba mempercayainya 500% tanpa sebarang syak wasangka sedikit pun.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


3 ulasan:

C L J berkata...

Putih = jangan dilupakan.
Kelabu = belailah selalu. Mudah mudahan menjadi putih jua ia.
Hitam = jengok jengoklah selalu mana tahu ada peluang menyentuh hatinya.

PenganutPAS berkata...

mintak maaf lah hambe sangat tidak bersetuju dengan posting ni. Hambe nampak kelantan dan terengganu merupakan 2 negeri yang bakal terlepas kepada PAS.

Dari segi gerak kerja dalaman mungkin umno ganu dirasakan ok. sepert biasa pada peringkat ini masih blum nampak pepecahan . tapi tengoklah nanti bila ada orang luar dicalonkan sebgai wakil rakyat . keadaan mungkin tak terkawal di sesetengah DUN.

Dari segi menarik sokongan bukan ahli agak menyedihkan . Masih terdapat banyak cawangan yang gagal berfungsi . ikut contoh saudara beri kalau ADUN YB razib .. saudara tengok cawangan wakaf baru macam mana ??? kalau wan farid plak ...berapa banyak cawangan plastik ( JKKK tidak disukai pengundi ) yang ada ???? dalam report semuanya nampak ok . shabery chik tiada masalah orang dia buat keje bagus .

Tanpa Nama berkata...

orang gganu kenal doh sape pas?? pengalaman lama takkan berulang lg...cukuplah sekali.
pas bakal terkubur di ngganu tanpa batu nisan.

budok wakaf pelam......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...