Ahad, 1 Januari 2012

PERUSUH SMM MENTALQINKAN PAKATAN.

DIKATAKAN ADAM ADLI sudah dibebaskan dari tahanan polis, benar atau tidak tidaklah diketahui. Kini puak perusuh SMM mahu merempuh lagi UPSI untuk kali kedua. Malam semalam dan tengahari tadi mereka gagal kerana majoriti mahasiswa enggan bersama SMM untuk melakukan tindakan yang mengaibkan mereka. SMM hanya mampu menarik minat segelintir kecil kumpulan tegar pelajar tercicir. Hanya sekitar 50 orang pelajar tegar tercicir.

Para mahasiswa UPSI sedang menghadapi peperiksaan semester mereka. Begitulah caranya PKR dan DAP rasis mahu melihat kegagalan anak-anak muda Melayu di IPTA tersohor di dunia. Kita bersyukur kerana majoriti anak-anak muda Melayu lebih advanced daripada pemikir strategik politik PKR dan DAP rasis.  

Hamba tidak meletakkan kesalahan ke atas segelintir kelompok ahli SMM tegar dalam kategori pelajar tercicir. Hamba meletakkan kesalahan amat berat kepada bapak-bapak penghasut mereka. Hamba senaraikan di sini kepala-kepala penghasut anak-anak muda Melayu:-
  1. Anwar Ibrahim
  2. Kak Wan Jijah
  3. Nurul Izzah
  4. Azmin Ali
  5. Isham Rais
  6. Fahmi Rezza
  7. Lim Guan Eng
  8. Lim Kit Siang
  9. Aziz Bari
  10. Tian Chua
  11. Sapudin Nasution
  12. Sapudin Abdullah
  13. Chegu Bard
  14. Fariz Musa
  15. Ambiga
  16. Khalid Gagap
  17. Nik Nazmi
  18. Badrul Amin
  19. Penggerak SMM
  20. Penggerak BEBAS
  21. Aktivis BERSIH
  22. Majlis Peguam
  23. Kumpulan siber PKR -Jingga 13
  24. Kumpulan siber PKR- RTPJ
  25. Portal Pembangkang
  26. Kepimpinan Pusat AMK
  27. Kepimpinan Pusat DAP
  28. Jentera PAS di IPTA dan IPTS
Kesemuanya mereka sepatutnya dikenakan tindakan berat. Mereka menghasut agar anak-anak muda Melayu di IPTA dan IPTS menjadi lemah dan ketinggalan dari arus perdana pembangunan dan kemajuan.

Hasutan mereka lebih merbahaya dari jenayah membunuh. Mereka telah 'membunuh' bakat-bakat dan potensi-potensi anak-anak muda Melayu di IPTA / IPTS.

Merekalah yang wajib di kutuk dan di cerca serta di tahan polis bagi kesalahan menghasut anak-anak muda Melayu di IPTA / IPTS untuk melakukan kacau ganggu dan rusuhan awam.

Jom ramai-ramai kita perangi hasutan jahat mereka ke atas anak-anak muda Melayu di IPTA dan IPTS. Ingatlah mereka sedikit pun tidak menghasut anak-anak muda Tamil dan Cina untuk merusuh dan melakukan kacau ganggu.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...