Isnin, 23 Januari 2012

MAT MASLAN SUNTK SEMANGAT KEMENANGAN DI PARLIMEN KUALA LANGAT.


Sejak kebelakangan ini Hamba sering menyeru UMNO Selangor agar bangkit dengan lebih bersemangat. Memandangkan UMNO Selangor mempunyai ramai pemimpin dan ahli yang berbakat besar dan lebih berpengalaman daripada ahli dan pemimpin Pakatan yang selalu tidur dalam mimpi. UMNO Selangor tidak boleh lagi mengharapkan 'Keajaiban' berlaku sebaliknya UMNO Selangor perlu berusaha memaksimumkan semua 'kolam bakat' bagi mencipta 'keajaiban' sendiri. Hamba bersyukur kerana Mat Maslan telah menyuntik semangat kemenangan kepada semua jentera UMNO Selangor dalam kawasan Parlimen Kuala Langat. 

Dalam gerak kerja Mat Maslan ke Parlimen Kuala Langat, beliau mengingatkan mengenai 4 faktor utama kemenangan Barisan Nasional di Selangor. Berikut adalh di petik daripada laman UMNO-online mengenainya;-
BANTING, 23 Jan – Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan menggariskan empat faktor yang akan menjadi tiket kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang termasuklah rekod pentadbiran sebelum ini yang baik dan kepelbagaian dasar yang diperkenalkan ketika ini.
Selain itu, beliau berkata dua faktor penentu lain ialah masa depan yang lebih terjamin di bawah pentadbiran BN dan pimpinan semua peringkat yang bersama-sama turun ke padang untuk membantu rakyat dari pucuk pimpinan tertinggi sehingga ke anggota Parlimen, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua bahagian.
“Ia (kemenangan BN) tidak bergantung pada sama ada Anwar Ibrahim (penasihat Parti Keadilan Rakyat) bebas atau tidak, salah atau tidak. Itu tidak penting dan ia tidak bergantung kepada sama ada pembangkang kuat atau tidak. Ia bergantung pada empat tunjang ini sendiri, ini tunjang kekuatan BN yang kita teruskan.
“Kekuatan kita ada jadi gunakan kekuatan itu, jangan anggap kita lemah dan jangan anggap kita pembangkang maka kita rasa tertekan. Kita mesti ada psikologi kemenangan dan dengan ada empat perkara itu kita boleh menang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Penerangan Perdana (MPP) peringkat Parlimen di Institut Latihan Perindustrian di Jugra di sini malam tadi.
Kira-kira 2,000 orang dari kawasan Parlimen Kuala Langat serta anggota Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan dan Ketua Umno bahagian Kuala Langat Datuk Sulaiman Karli hadir pada majlis itu.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut yakin BN berpeluang cerah memenangi PRU akan datang berdasarkan kepada rekod kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya Sarawak lepas dan kemenangan di beberapa pilihan raya kecil yang terbaru seperti di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang dan Kerdau.
“Anwar Ibrahim (Datuk Seri) sewaktu berceramah ke sana sini semasa pilihan raya kecil yang hujung-hujung itu tiada satupun dia menang dan kini ditambah dengan apa yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), pada pandangan saya kita punyai harapan cerah untuk menang.
“Sekarang Anwar Ibrahim mati akal bila segala dia sebut mengenai konspirasi tidak benar (mengenai kes liwatnya) dan ditambah dengan gerakan kira-kira lima juta jentera parti yang bersungguh-sunggih di semua peringkat, saya yakin kita boleh mencapai kemenangan,” katanya.
Sementara itu, Ahmad berkata MPP peringkat Parlimen yang mendapat kerjasama enam kumpulan iaitu BN, Umno, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan golongan belia bertujuan memberi penjelasan terhadap rakyat berhubung isu semasa dan memberi semangat kepada jentera parti dalam menghadapi persiapan PRU akan datang.
Katanya, dalam masa yang sama beliau ingin menggerakkan jentera penerangan di peringkat bahagian dan cawangan bagi mempastikan semua komponen BN dan orang ramai turut terlibat dalam program itu yang akan dilaksanakan di semua kawasan Parlimen di seluruh negara.
 Kepada semua jentera UMNO Selangor lakukanlah can ciptakanlah Keajaiban untuk menawan kembali Selangor. Anda memang mampu melakukannya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...