Ahad, 8 Januari 2012

HASAN ALI DI PECAT & 901 MENERUSKAN KHIANAT.


Bye Bye Hasan Ali !
Keahlian PAS Hasan Ali DiPecat Berkuatkuasa Serta Merta


Abdul Hadi Awang Presiden PAS:-

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta. 

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS. 
Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS







Tidak pernah satu pun demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS PKR dan DAP merupakan demonstrasi aman. Semuanya merupakan premiditasi berniat melakukan perbuatan khianat.

Mereka sanggup mengkhianati mandat majoriti rakyat yang telah memilih BN pada PRU12 melalui rusuhan seperti 901.Esok, kemungkinan besar Majlis Peguam akan mendokong para perusuh. 

Esuk tidak penting samada Anwar Ibrahim akan dibebaskan atau tetap dkenakan hukuman. Niat mereka ialah untuk mencetuskan huru hara dan berlaku khianat.

Bagi kelompok tolol Politik Baru memberikan kebenaran kepada perusuh 901 merupakan tindakan bijak. Sebenarnya ia merupakan tindakan sabotaj. 

Persoalan akan timbul bilamana berlaku rusuhan dan keengganan para perusuh bersurai bila diarahkan oleh PDRM. Pada waktu itulah sekelompok peguam akan bertikam lidah dengan pihak PDRM. Anda sendiri mampu mengambarkan situasi yang berlaku.

Kita cuma boleh berharap agar keadaan dan situasi pada hari esuk mampu di kawal. Jika keadaan berada di luar kawalan itu adalah kerana perbuatan khianat PKR PAS dan DAP.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...