Sabtu, 1 Oktober 2011

JOM BALUN! MAJLIS PEGUAM KUTOK PAS.


MAJLIS PEGUAM tidak bersetuju dengan pendapat Anwar Ibrahim dan PAS mengenai keperluan meminda Perlembagaan untuk melaksanakan hudud. Peruntukan yang sedia ada bersifat objektif cukup jelas perlaksanaan hudud adalah dalam bidangkuasa negeri-negeri sendiri. PAS Kelantan mempunyai bidangkuasa yang mencukupi untuk melaksanakan hudud di negeri Kelantan. 

Tiada keperluan untuk meminda Perlembagaan kerana sebahagian besar hukuman di dalam hudud sudahpun terlaksana dalam Enakmen Syariah negeri-negeri. 

PAS sepatutnya menyedari bahawa untuk menegakkan Hudud terlebuh dahulu wajib diperkukuhkan Tauhid. Tanpa pengukuhan Tauhid perlaksanaan hudud adalah sukar. 

PAS perlu melihat dan mengkaji sirah Rasullullah s.a.w. dan tidak terlalu tergesa-gesa dan bersifat keluh kesah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...