Sosialisma di Malaysia mempunyai pendirian yang sedemikian rupa dan kerana itulah kita dapat menyaksikan betapa isu murtad dan isu Islam sebagai Agama Rasmi Negara ditentang hebat oleh mereka kerana ianya tidak bersesuaian dengan pengangan dan fahaman Sosialisma. Sosialisma berpantang ajal sebelum maut menetang habis-habisan mengenai kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia.
Jika Sosialisma menjadi pemerintah di Malaysia walaupun Ketua Sosialisnya orang Melayu beragama Islam kita tidak akan mendapat apa-apa simpati dan belas kasihan daripadanya untuk mengekalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sebaliknya akan keluarlah daripada mulutnya mengatakan bahawa 'Kita kena jaga hati para penganut agama lain dan kebebasan beragama!' dan " Semua agama adalah sama !
Sosialisma merupakan SEKULARISMA TOTAL di mana pegangan agama itu di anggap salah satu daripada hak-hak privasi seseorang individu dan individu itu bebas melakukan apasaja tanpa terikat kepada hukum hakam agama anutannya. Secara tepatnya ialah SOSIALISMA meendirikan sebuah pemerintahan REPUBLIK yang bersifat 'GODLESS STATE' INILAH YANG DIPERJUANGKAN OLEH DAP PSM PKR & PAS dalam NEGARA KEBAJIKAN & KETUANAN RAKYAT.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan