Jumaat, 2 Disember 2011

PENJENAMAAN & PEMUDAAN UMNO? BIAR BETUL ROSNAH OIII!

KETUA PUTERI UMNO
MAHU MEMUDAKAN & MENJENAMAKAN SEMULA UMNO?

Alang kepalang inilah dinamakan 'di suruh lain di buatnya lain'. Apkejadahnya hendak dijenamakan dan dipermudakan UMNO? UMNO ini sebuah organisasi sahaja. Umur tidak menjejaskan mana-mana organisasi dari segi usia. Malah organisasi bukan seperti individu di mana individu sememangnya terjejas dengan usia. UMNO juga bukan bangunan. 

Saranan Rosnah berbunyi dangkal dan cetek. Tiada alasan munasabah mewajarkannya. UMNO mempunyai dua sayap khusus untuk golongan muda-mudi yakni PEMUDA UMNO dan PUTERI UMNO. Jika kedua sayap ini mempunyai keahlian melebihi apa yang ada dalam UMNO dan WANITA sudah tentulah UMNO itu secara otomatis menjadi pilihan dan bergerak ke arah pemikiran muda. Jadi, Rosnah sepatutnya menjenamakan semula dan memudakan kepimpinannya di dalam PUTERI UMNO. Jangan dok asik dengan setereotaip punya label Gediks. 

Petua orangtua Bani Jawi dalam soal jemaah ialah jika sesuatu jemaah itu nampak lemah dan tak terurus maka salahnya pada ketua. 

So Rosnah, pesanan ikhlas buat hamba kepada anda .. jenamakan semula dan permudakan kepimpinan anda terlebih dahulu!

TEPUK DADA TANYA IMAN!



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...