Rabu, 14 Disember 2011

PENGUNDI MUDA MUDI HENDAK MENGUNDI SIAPA?

APA YANG PERNAH DIBERIKAN KEPADA PENGUNDI MUDA MUDI SELAMA INI?
(Suatu Analisa Sejak 2008)

Tun Dr Mahathir menyindir golongan yang mahu memanipulasikan pengundi muda mudi dengan memberikan gelaran 'Superheroes". Hakikatnya baik dari pihak Pemuda UMNO Malaysia mahupun Puteri UMNO termasuk DAPSY, Dewan Himpunan Pemuda PAS, Angkatan Muda Keadilan dan semua sayap muda mudi di dalam parti politik di Malaysia ini, apakah sumbangan mereka kepada pengundi muda mudi selama ini? Tolong berikan kepada hamba senarai penuh mana-mana anak muda mudi yang menjadi jutawan kerana pertolongan dan bantuan daripada mereka yang hamba sebutkan tadi.

Memang benar dan inilah kebenaran paling pahit. Kita melihat betapa gah dan sombongnya barisan saf kepimpinan muda mudi dalam semua sayap parti politik bercerita mengenai kehebatan orang muda. Tapi apakah manafaat yang pernah mereka berikan kepada pengundi muda mudi?


Mereka mahukan undi orang muda mudi tapi apakah manafaat yang bakal orang muda mudi terima nanti? Dimanakah balasan dan pengorbanan pihak-pihak yang disebutkan sebelum ini kepada pengundi muda mudi? Boleh dikatakan tidak ada langsung melainkan aktiviti yang membuang masa dan menghabiskan wang ringgit.


Boleh dikatakan juga semua dana-dana yang disediakan oleh kerajaan di sapu bersih oleh para pemimpin sayap muda mudi dalam semua parti politik dan kumpulan mereka sahaja. 


Perkara ini wajib diperbetulkan. Apa gunanya pindaan kepada AUKU ? Jika pindaan itu hanya menguntungkan saf kepimpinan sayap muda mudi dalam semua parti politik sahaja?


Apa gunya Job Fest , Job Fair dan lain-lain lagi melainkan hanya program yang syok sendiri tanpa ada sebarang impak besar kepada pengundi muda mudi. 


Kenapa tidak diadakan secara besar-besaran pembukaan kepada semua pengundi muda mudi permohonan terbuka untuk mendapatkan modal daripada dana-dana yang banyak diperuntukkan kepada pengundi muda mudi? Kenapa ini didiamkan saja? nampak tak betapa hipokrasinya segelintir pemimpin sayap muda mudi. 


Bila lagi perkara ini hendak diperbetulkan dan bila lagi BARISAN NASIONAL hendak berikan kepada pengundi muda mudi apa yang mereka mahukan yang mampu melonjakkan mereka ke hadapan dengan cepat? Nak harapkan pakatan dap pkr pas jauh api dari panggang.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...