Khamis, 22 Disember 2011

BLOGSFERA INDUSTRI PERKHIDMATAN & KERJAYA LUMAYAN- KATA NIK NAZMI.


DUNIA BLOG SATU INDUSTRI PERKHIDMATAN & KERJAYA YANG LUMAYAN.

Dunia blog sudah menjadi satu industri perkhidmatan dan kerjaya. Samada ianya mendatangkan pendapatan lumayan atau sebaliknya itu terpulanglah kepada rezeki memasing. Ramai yang beranggapan bahawa penulis blog politik mendapat bayaran tetap bulanan dan peruntukan besar. Timbullah persepsi bahawa penulis blog adalah tukang fitnah tersohor. Memperolehi rezeki darinya adalah Haram. Ataupun setakat syubahat. Tidak halal dan tidak baik. 

Baru-baru ini Nik Nazmi telah melemparkan suatu tuduhan yang begitu berat kepada penulis blog politik pro UMNO. Beliau menuduh mengatakan bahawa sejumlah RM10 juta telah diberikan kepada mereka. Tuduhan itu tidak disertakan olehnya sebarang bukti. Beliau mahu semua orang mempercayai kata-katanya sahaja tanpa perlu dipersoalkan dan dipertikaikan kebenarannya. 

Malangnya, beliau sendiri lupa bagaimana Khalid G telah meluluskan peruntukan sejumlah RM15 juta untuk publisiti. Ini bukan fitnah kerana peruntukan itu diluluskan dalam DUN Selangor. 

Kita juga tidak lupa dengan pendedahan yang di buat oleh Tun Faisal cuma Tun Faisal tidak mengemukakan bukti melainkan sekadar mahu pembacanya mempercayai apa yang dituliskan olehnya. 

Tidak kisahlah. Itu semua menjadi bukti bahawa blogsfera di Malaysia sudah menjadi satu industri perkhidmatan dan satu kerjaya. Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan mengenai satu akta tertentu bagi mengawalselia dan menetapkan garis panduan dunia blog. Peruntukan perundangan yang sedia ada tidak mencukupi. Fikir-fikirkanlah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...