Rabu, 9 November 2011

KU LI PUN PERLUKAN NGO 'AMANAH' UNTUK BERSUARA? ANIH.


Ini kenyataan Ku Li kepada media mengenai NGO AMANAH (ANGKATAN AMAMAH MERDEKA)
"Itu pun kita kena tunggu berbulan-bulan sebelum dapat kelulusan. Ia tak beerti untuk pilihan raya, ianya kebetulan. Harap dapat diteruskan sebagai NGO." Kata beliau pada Sidang Media AMANAH yang turut disertai bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Ku Li menjelaskan AMANAH menjadi plaform bagi Pemimpin-Pemimpin Politik memberi kebebasan bersuara menerusi saluran yang bersesuaian tanpa sebarang sekatan dan terikat. Beliau memperakui pada masa kini Pemimpin Politik agak sukar menyatakan pandangan dan kritikan demi kebaikan Negara. "Macam saya kalau nak bercakap di Dewan Merdeka contohnya, kena dapat kelulusan pihak atasan." AMANAH yang dipimpin beliau turut disertai beberapa Pemimpin UMNO dan MCA.
Ku Li turut menegaskan bahawa ianya adalah kebetulan AMANAH tertubuh sewaktu hampir dekat dengan pilihanraya. Ku Li sebelum ini terbabit dengan kontroversi klip video UNDILAH Menurut pucuk pemimpin UMNO selama inipun tidak ada sekatan ke atas mana-mana pemimpin dan ahli UMNO untuk menyuarakan apasaja. 

Bosan dengan sikap sesetengah pemimpin Melayu ini berpolitik. Bila berpolitik sahaja apa yang mereka fikirkan hanya kepentingan diri sahaja. Kepentingan agama, bangsa dan negara kita sendiri pun tidak tahu dimanakah mereka meletakkannya. Pemimpin-pemimpin Melayu nampaknya lebih gemar mempertahankan kerjaya politik mereka. Disebabkan inilah orang Melayu wajib ada kesedaran tinggi mengneai politik. Jangan biarkan diri anda dijadikan percaturan politik kepentingan diri kepada pemimpin politik yang mementingkan diri mereka sahaja. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...