Jumaat, 21 Oktober 2011

NURULIJAH KANTOI LAH LU !

Lijah Suka Kek Mama Tau !!!!.. Lijah Ingat Nak Bukak Kedai Kek Nanti !

NURUL IZZAH (LIJAH). Ketua Audit Negara membidas pedas Lijah kerana ceteknya pengetahuan Lijah mengenai kaedah pembentangan Lapuran Ketua Audti Negara 2010. Dek kerana Lijah terlalu hendak tunjuk pandai akhirnya diperbodohkan oleh Ketua audit Negara begitu saja.Menurut Ketua Audit Negara sememangnya sudah menjadi amalan tradisi lsejak 1982 Lapuran Ketua Audit dibentangkan terlebih dahulu kepada jemaah Menteri sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat  supaya kerajaan dapat mengetahui isu-isu yang dibangkitkan oleh audit dan bersedia memberi jawapan apabila diperlukan. Begitu jugalah dengan mana-mana Lapuran ketua Audit ke atas negeri.. Pembentangan awal di buat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tujuan yang sama.Ini bermakna Lapuran Ketua Audit di rujuk terlebih dahulu sebelum pembentangan bajet. Sejak 2010, Lapuran Ketua Audit Negara tidak dibentangkan bersekali dengan bajet bertujuan membolehkan kedua-duanya diberikan liputan saksama. Menurutnya lagi amalan tersebut tidak mempunya sebarang niat curang yang tersembunyi atau bertujuan membuat sebarang pindaan keatasnya. Berikut adalah petikan penjelasan Ketua Audit Negara berkenaan (sumber BERNAMA):-
KUALA LUMPUR, 21 Okt ― Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang menjadi isu kontroversi sejak minggu lalu, akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin ini, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.
Ambrin berkata beliau akan memberi taklimat kepada anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC) di Parlimen pada hari sama.
“Jabatan Audit Negara ingin memaklumkan segala persiapan telah dibuat supaya Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentang pada Isnin, bersekali dengan laporan maklum balas yang disediakan Perbendaharaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan sejak 2010, Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentang pada hari yang sama dengan pembentangan belanjawan negara bagi membolehkan kedua-dua perkara berkenaan mendapat liputan saksama.
“Sejak tahun 1982 lagi, Laporan Ketua Audit Negara dimaklumkan kepada Jemaah Menteri sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat supaya kerajaan dapat mengetahui isu-isu yang dibangkitkan oleh audit dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan,” katanya dipetik Bernama Online.
Ambrin menjelaskan Laporan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri dimaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri masing-masing.
“Jabatan Audit Negara juga ingin menegaskan tidak ada apa-apa pindaan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mahupun negeri terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2010 berkenaan,” katanya.
Beberapa Anggota Parlimen mewakili pakatan pembangkang mempersoalkan ketiadaan laporan itu semasa pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Bukannya Lijah tidak tahu tapi sengaja buat-buat tak tahu supaya mudah hendak menipu. Itulah perangai anak-beranak Anwar Ibrahim. Kerjanya menipu berbohong, menipu berbohong, menipu berdusta kalau dalam sehari tidak menipu berbohong berdusta bukan keturunan Anwar Ibrahim namanya. Muda-muda lagi sudha pandai menipu belum lagi jadi Menteri, EXCO dan berusia lanjut. Tak layak menjadi pemimpin keturunan Anwar Ibrahim.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...