Ahad, 23 Oktober 2011

HIMPUN IMPAKNYA MENGGERUNKAN MUSUH ALLAH SWT.

وَإِن كُلٌّ لَّمَّا جَمِيعٌ لَّدَيْنَا مُحْضَرُونَ
Dan tidak ada satu makhluk pun melainkan dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). 
~ Yaa Siin ayat 32.
 
HIMPUN.  Semalam tercatitlah dalam sejarah negara bagaimana umat Islam di Malaysia mampu bersatu dan bertindak melangkaui batas sempadan kepartian atas nama AKIDAH. Prekuel kepada HIMPUN  menyaksikan masih wujud sifat anti perpaduan dan pemikiran jumud dalam PAS-PKR. Paling melucukan apabila Profesor Dr. Mohd Asri, Hj Hadi, Husam Musa, Khalid Samad, Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim anak beranak, Sam Ketot, Mak Lempira (Zuraida), Nasruddin tantawi Latheefa Koya gagal hadir. Mereka lebih suka mempertahankan kausa politik daripada TAUHID. Namun pemimpin yang sayangkan akidah seperti Datuk Dr Hasan Ali, Datuk Harussani, Ustaz Azhar dan Ibrahim Ali telah hadir. Ramai ahli dan penyokong PAS-PKR-UMNO-PERKASA-PEKIDA tampil hadir.Begitu juga kelihatan ramai mahasiswa/i serta pertubuhan mahasiswa turut hadir bersama. Arahan pemimpin PAS dan hasutan DAP-PKR nampaknya tidak dipedulikan oleh mereka yang hadir. Terdapat usaha daripada pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan 'flyers' yang menyalahi garispanduan penganjur HIMPUN. Ianya sesuatu yang amat dikesali. Usaha Teresa Kok untuk menakut-nakutkan orangrami melalui kiriman sms berbaur hasutan juag tidak berjaya. Reaksi kepada HIMPUN sungguh mengejutkan. Pandangan negatif telah dilemparkan oleh pencacai dap-pkr-pas ke atas matlamat dan tujuan HIMPUN. Mereka mengatakan bahawa HIMPUN gagal. HIMPUN tajaan UMNO. Boleh HIMPUN tapi tolak HUDUD. Kehadiran sedikit. Serta bermacam-maca lagilah fitnah adu domba yang mereka lakukan. Kenapa? Apakah sebabnya mereka begitu menggeruni HIMPUN? Jawapannya ialah kerana hati-hati mereka sudah gentar dan gerun dengan kemampuan umat Islam bersatu dalam soal mempertahankan akidah. Inilah matlamat HIMPUN. Ini adalah permulaan. Bakal menyusul lagi beberapa siri HIMPUN yang mampu menggerunkan hati-hati musuh-musuh kepada akidah ISLAM.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...