Rabu, 26 Oktober 2011

BAI'AH WALAK & PERPADUAN JIKA PAS MAHU HUDUD.

Wallahi Watallahi  Wabillahi 
Saya .. errr ... Saya ... errrr ... Saya 

HUDUD. Berdasarkan kepada maklumat terkini, PAS akan mengadakan perjumpaan dengan DS Najib bagi membincangkan soal perlaksanaan HUDUD. Bagi hamba mudah sahaja. Kita tahu mengenai penyelewengan dan kesesatan politik tanpa akidah bawaan PAS. Kita juga tahu PAS sememangnya hendak menggulingkan BARISAN NASIONAL dan menghapuskan UMNO tanpa alasan syara' yang benar. Kita juga tahu PAS mempolitikkan Hudud. Kita juga tahu TAUHID masih belum kuat berakar umbi secara menyeluruh di kalangan umat Islam sendiri. Kita juga tahu fahaman PAS terlalu banyak bertentangan dan berlawanan dengan ISLAM. Oleh itu kita juga tahu niat sebenar PAS mengadakan perbincangan tersebut. Bagi menguji niat PAS dan keikhlasan PAS dalam soal perlaksanaan Hudud terlebih dahulu UMNO/BARISAN NASIONAL mengambil janji / akuan / bai'ah daripada PAS. Ini bukan syarat tetapi ikrar janji / sumpah setia / bai'ah daripada PAS yang sentiasa menentang pemerintah Utama. Janji / Akuan / Bai'ah yang di tuntut daripada PAS adalah speerti berikut:-
  1. Berbai'ah bahawa Hudud hendaklah dilaksanakan setelah tertegaknya TAUHID berdasarkan kepada pegangan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah mengikut al Qur'an dan Hadis.
  2. Berbai'ah bahawa berwala' kepada Yang DiPertuan Agong, kerajaan Pusat dan Majlis Raja-raja selagi mana tiada bersalahan dengan al Quran dan Hadis.
  3. Berbai'ah bahawa sebelum Hudud dilaksanakan diperbaiki dan dipulihkan hubungan silaturrahiim dengan UMNO dan BARISAN NASIONAL dipelihara mengikut kehendak al Qur'an dan Hadis.
  4. Berbai'ah bahawa tidak akan mengkhianati umat Islam, bangsa Melayu beragama Islam dan Bumiputera beragama Islam.
  5. Berbai'ah dan berwala' untuk tunduk patuh kepada YDPA, Majlis Raja-raja, Majlis Fatwa Kebangsaan dan kerajaan Pusat.
  6. Berbai'ah dan berwala' berdamai dengan UMNO/ BARISAN NASIONAL.
  7. Berbai'ah dan berwala' tidak akan melanggari dan mengingkari al Qur'an dan Hadis.
  8. Berbai'ah dan berwala' tidak akan membuat sebarang keputusan dalam perlaksanaan hukum Hudud tanpa terlebih dahulu merujuk kepada YDPA, Sultan Kelantan dan Majlis Raja-raja serta berbincang dengan UMNO.
  9. Berbai'ah dan berwala' hanya melaksanakan hukum hudud setelah persetujuan secara muzakarah dalam kemuafakatan ulama dan ketua-ketua Agama Rasmi.
  10. Berbai'ah dan berwala' menarik semua takfir ke atas UMNO/ BARISAN NASIONAL.
Selebihnya terpulanglah kepada kebijaksanaan para pemerintah sendiri.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

C L J berkata...

Saja jer tu. Dia sengaja nak cari perkataan yang boleh dia putar untuk kata dia dah nak buat tapi UMNO saja yang tak nak. Peluang untuk kata gitu saja yang dia cari tuuuuu ....

Tanpa Nama berkata...

..PAS nak bincang hal hudud dgn DS Najib ??? Mengapa perlu bincang dgn DS Najib. Tidakkah DS Najib tu ketua UMNO yg Nik Aziz kata' UMNO tolak Islam'. Mengarut betul orang tua ni...atau dia telah sediakan satu perangkap untuk mengenakan DS Najib. Kita lihat nanti apa yg puak lidah bercabang ini akan kenakan DS Najib menjelang PRU 13...

Lebai Malang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...