Rabu, 14 September 2011

MAT INDERA SEPAK TERAJANG ISTERI DAN ANAK-ANAK ANGGOTA POLIS!



Anda patut mengikuti blog RBF pada hari ini kerana beliau sedang melakukan pendedahan ekslusif mengenai kisah dan perbuatan Mat Indera. Segala maklumat diperolehi oleh beliau daripada Datuk JJ Raj pada waktu ini. 

Datuk JJ Raj adalah bekas OCPD bagi Pagoh pada 1950. Ini menafikan dengan jelas dakwaan Isham Rais yang sebelum ini mengatakan bahawa seorang pegawai Ingeris yang menjadi OCPD.

Sepertimana yang diketahui pihak PAS dan Isham Rais cuba menengahkan kisan romantika mengenai kebaikan Mat Indera semasa kejadian serangan Rumah Pasong Bukit Kepong. Ternyata itu semua adalah PENDUSTAAN DAJAL semata-mata!

Isteri-isteri anggota-anggota Polis yang terkorban telah menyerbu dan mengadu kepadanya sewaktu beliau tiba pada jam 10 pagi di temapt kejadian. Dalam sendu tangis esak mereka menceritakan kepada beliau bagaimana Mat Indera telah berlaku zalim kepada mereka. Rayuan mereka agar mayat-mayat suami-suami mereka tidak dicampakkan ke dalam api yang sedang marak telah di balas dengan sepak terajang oleh Mat Indera. Anak-anak kecil mereka turut di sepak terajang oleh Mat Indera.

Kisah ini bakal di sambung lagi oleh RBF, Mat Indera sebenarnya adalah seorang yang kejam ikuti pautan ini http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...