Selasa, 27 September 2011

JOM PEDULI! BULLYCIDE PUNCA UTAMA RAMAI REMAJA BUNUH DIRI & JADI GANAS.

Di Amerika Syarikat, gejala membuli begitu teruk sehingga membawa kepada kejadian bunuh diri oleh mangsa buli. Fenomena ini dinamakan sebagai bullycide. Di Malaysia ini, siapa yang tidak pernah mengalami gejala buli ini? Baik di bangku sekolah, di tempat kerja dan di mana-mana sahaja. Dalam rumahtangga pula, kadangkala si suami membuli si isteri dan ada juga si isteri membuli si suami (queen control) hingga timbul lawak jenaka " bukan aku takutkan isteri tapi isteri tak takut kt aku" Bapak buli anak, anak buli bapak, mak mertua buli anak menantu dan sebaliknya. Dalam politik pun sama. Politik Malaysia ini dipenuhi dengan Budaya Buli dan Budaya Bodek. Contohnya ialah sikap pakatan pro komunis suka buli DS Rosmah yang takde kene mengena dengan senario politik Malaysia. Apapun, kita layan klip video ini mengenai kesan dan bahayanya Budaya Buli ini. Di Malaysia ini kerap sangat remaja kita jadi ganas kerana Budaya Buli yang diamalkan.


Selepas menonton klip video ini jika anda seorang pembuli berubahlah menjadi seorang penyayang dan jika anda seorang mangsa buli anda carilah kekuatan dalam diri. Jangan biarkan diri anda di buli oleh sesiapa pun!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...