Rabu, 21 September 2011

HANTU BONCENG SEBUAH FENOMENA MELAWAKKAN AMALAN MASYARAKAT.

Filem Hantu Bonceng berjaya mengutip berjuta-juta ringgit di pawagam. Kenapa ya? Adakah kerana ia sebuah filem yang dikatakn penuh kontroversi? Atau kerana ianya sebuah filem yang menyentuh hati? Ada bantahan amat keras terhadap filem ini. Dikatakan filem ini banyak menghina Islam. Banyak adegan-adegan menjadikan unsur-unsur agama sebagai bahan lawak. Apakah benar? 

Filem itu adalah dari genre Lawak Seram bukan Seram Lawak. Mengisahkan kehidupan seorang Mat Rempit dan segala amalan kepercayaan masyarakat Melayu pada masakini. Kehidupan orang Melayu yang hidup dan lahir di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Cara pemahaman orang Melayu Islam di bandar memahami dan berfikir mengenai bagaimana sepatutnya Islam itu diamalkan. Kebergantungan masyarakat Melayu pada siri-siri ceramah dalam televisyen untuk memahami apakah itu Islam.

Tafsiran dan taksiran nilai-nilai amalan dan kepercayaan agama Islam di kalangan masyarakat Melayu di bandar. Kecelaruan berfikir dalam amalan agama Islam. Semuanya berjaya dipaparkan dalam filem itu. Ada tak sebarang adegan dalam filem itu yang tidak mempaparkan cara hidup masyarakat Melayu pada masakini? 

Apabila anda marah, ketawa, benci dan meluat sebagai reaksi kepada filem itu sebenarnya pengarah, pelakon, penulis skrip dan pengeluarnya telah berjaya menyampaikan apa yang mereka mahukan sampaikan. Jika anda merasa marah kerana pada fikiran anda kalimah-kalimah suci dalam Islam dipaparkan dalam filem itu dipermainkan anda sebenarnya marah kepada amalan yang sudah menjadi adat kebiasaan masyarakat Melayu Islam di bandar. Tidak percaya? Anda lihatlah di keliling anda sendiri. 

Jika anda merasakan filem itu menghina Islam sebenarnya anda marah kepada penghinaan Islam yang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam di bandar-bandar dan di kampung-kampung.

Cubalah anda berfikir sejenak lagi TIDAKKAH SELAMA INI KITA HANYA MENILAI SESUATU ITU BERDASARKAN KEPADA KULITNYA SAHAJA?

Kita hanya mentertawakan diri kita sendiri.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...