Isnin, 12 September 2011

APA YANG ANDA PERLU KAJI MENGENAI KUASA-KUASA MENTERI SIRI 1.

Ramai yang bertanya akhir-akhir ini, " Kenapa perlu ada jemaah menteri? PM tak boleh buat kerja sorang-sorang ke?" dan banyak juga pertanyaan seperti ini " Kenapa Menteri KDN masih tidak ambil tindakan ke atas Mat Syabu dan penganjur perhimpunan haram BERSIH 2.0? walaupun beribu-ribu laporan polis sudah di buat?"

Pernah juga ada seorang setpol kepada seorang MB berkata " Wakil rakyat adalah pembuat undang-undang sahaja" Ini ada pemikiran-pemikiran lapuk di masa lampau semasa T Rex masih hidup dan memakan bangkai hewan dinosur yang lain. 

Tidak perlu pada fikiran hambe untuk menerangkan mengenai ilmu perundangan Perlembagaan yang dulunya hambe belajar selama 12 bulan untuk memahami kesemua artikel yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia. Itupun masih belum cukup memberikan penjelasan pendek dan jitu kepada mereka yang tidak faham tapi buat-buat pandai seperti Mat Syabu.

Kuasa-kuasa jemaah menteri adalah rumit dan kompleks kerana jemaah menteri juga adalah ahli legislatif di dalam dewan Rakyat. Keberadaan mereka adalah melalui perlantikan oleh Perdana Menteri di atas kuasa-kuasa Yang DiPertuan Agung. Anda boleh faham? Jika anda bukan ahli Parlimen anda tidak berpeluang menjadi anggota jemaah menteri.

Tetapi jika anda seorang ahli Parlimen belum tentu anda terpilih menjadi anggota jemaah menteri jika anda tidak tersenarai oleh Perdana Menteri dan dipersetujui oleh Yang DiPertuan Agong. Kuasa-kuasa lantikan dan persetujuan perkenan Yang DiPertuan Agung masih berkuatkuasa dalam hal perlantikan Perdana Menteri dan jemaah menteri.

Dalam soal perlantikan mana-mana ahli Parlimen menjadi anggota jemaah menteri ianya adalah kuasa-kuasa yang berlaku di antara Yang DiPertuan Agong dengan mana-mana parti politik yang mempunyai kerusi yang lebih banyak di dalam Parlimen. 

Dalam soal perlantikan Perdana Menteri Yang DiPertuan Agung sendiri akan melantik mana-mana anggota Dewan Rakyat yang PADA FIKIRANNYA MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI ANGGOTA DEWAN RAKYAT. Ini amat penting! Kerana selepas itu, Perdana Menteri yang di lantik akan menyerahkan kepada YDPA satu senarai jemaah menterinya.

Pada segi amalan sudah tentulah mana-mana parti politik yang menguasai samada majoriti mudah atau 2/3 majoriti yang ditafsirkan sebagai PADA FIKIRAN YDPA MENDAPAT MAJORITI KEPERCAYAAN ANGGOTA DEWAN RAKYAT. 

Apakata jika pada PRU 13, SEMUA PARTI POLITIK BERADA DALAM KEADAAN SERI? KITA ADA 222 KERUSI PARLIMEN. KATAKAN SEMUA PARTI POLITIK MENGUASAI BILANGAN KERUSI YANG SAMA BANYAK. APAKAH TAKRIFAN YANG BAKAL BERLAKU UNTUK LANTIKAN PERDANA MENTERI?

Sudah tentulah pada kali ini, seluruh anggota Dewan Rakyat akan membuat undian kepercayaan kepada calun-calun yang bakal dijadikan Perdana Menteri. Apabila ini berlaku PARLIMEN AKAN BERKUASA LEBIH DARIPADA SEKARANG. 

YDPA hanya memberikan perkenaan sahaja ke atas mana-mana anggota Dewan Rakyat yang diberikan majoriti kepercayaan oleh anggota Dewan Rakyat. Ianya bukan lagi percaturan POLITIK DALAMAN. Hegemoni itu bakal dipecahkan bermakna mana-mana anggota jemaah Menteri yang ada sekarang semuanya berada dalam keadaan tidak selamat. 

Rakyat sedang menilai KPI semua jemaah Menteri, Menteri Besar, EXCO Setiausaha Parlimen dan setiausaha Politik. Mana-mana Pentadbiran Eksekutif yang di lihat sebagai lemah dan tidak berupaya melawan musuh, bakal dikosongkan kerjaya mereka melalui peti undi oleh rakyat.

Kepercayaan rakyat akan menurut jika rakyat melihat Menteri KDN gagal melawan arus pembangkang. Rakyat yang mengundi BARISAN NASIONAL telah membantu Menteri KDN dalam banyak hal apabila kelompok ini membuat BERIBU-RIBU LAPURAN POLIS terhadap Mat Syabu dan penganjur BERSIH yang mana JIKA MENTERI KDN BERTINDAK MENGGUNAKAN KUASA-KUASANYA DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI, PIHAK PEMBANGKANG TIDAK AKAN DAPAT MENYALAHKAN TINDAKAN MENTERI KDN ITU KERANA BELIAU BUKAN BERTINDAK DI ATAS BUDIBICARANYA SENDIRI TETAPI BERTINDAK KE ATAS LAPURAN POLIS YANG TELAH DI BUAT OLEH RAKYAT JELATA,.

INI BUKAN SOAL SAMADA PEGUAM NEGARA MEMPUNYAI KUASA-KUASA DI BAWAH PERLEMBAGAAN UNTUK MEMBUAT ATAU MENGAMBIL TINDAKAN PERUNDANGAN MELALUI MAHKAMAH TETAPI INI BERKENAAN DENGAN KUASA-KUASA KHAS SEORANG MENTERI YANG DIBERIKAN OLEH PERLEMBAGAAN DI BAWAH ARTIKEL 149 -152 YANG MENJANGKAUI KUASA-KUASA PEGUAM NEGARA DI DALAM ARTIKEL 142.

Perlu diingatkan bahawa PEGUAM NEGARA adalah di lantik oleh PERDANA MENTERI yang diperkenankan oleh YDPA.

PEGUAM NEGARA boleh dilantik daripada mana-mana anggota Dewan Rakyat atau mana-mana orang yang mempunyai kelayakan menjadi HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN.

Jika PEGUAM NEGARA pada pendangan MENTERI KDN adalah lewat dalam mengambil tindakan mahkamah mendakwa semua mereka yang dinamakan di dalam lapuran polis, MENTERI KDN BERHAK MENAHAN MANA-MANA ORANG TERSEBUT DI BAWAH ISA UNTUK TEMPOH TIDAK MELEBIHI DUA TAHUN.

'TIDAK MELEBIHI DUA TAHUN' MENTERI KDN KENA FAHAM TAFSIRAN KUASA-KUASA INI. Ini bermakna MENTERI KDN boleh menahan Mat Syabu dan penganjur BERSIH 2.0 selama tempoh tidak melebihi dua tahun (7 hari, 30 hari, 60 hari, 90 hari , 100 hari asalkan tidak melebihi 720 hari) sehingga PEGUAM NEGARA mempunyai KEBERANIAN untuk mendakwa mereka.

Adalah mustahil pada perkiraaan akal bahawa PEGUAM NEGARA tidak berani mendakwa mereka dalam tempoh melebihi 3 bulan yakni (90) hari atau membuat persediaan pendakwaan selama lebih 90 hari kecualilah Peguam Negara dan Pendakwaraya masih hendak berhari raya.

Menteri KDN tidak perlu takut dan bimbang jika beliau menahan Mat Syabu dan Penganjur BERSIH 2.0 di bawah ISA kerana beliau bukan bertindak atas kehendaknya tetapi bertindak ke atas kehendak rakyat yang membuat BERIBU-RIBU LAPURAN POLIS terhadap MAT SYABU dan PENGANJUR BERSIH 2.0.

Adalah mustahil PEGUAM NEGARA tidak menasihati beliau mengenainya melainkan jika beliau sendiri merasa ragu-ragu untuk mengambil tindakan ke atas Mat Syabu dan penganjur BERSIH di bawah ISA berdasarkan sebab-sebab yang beliau sendiri maklum. 

Kepada MENTERI KDN, rakyat cuma hendak melihat bahawa anda menahan Mat Syabu dan Penganjur BERSIH tidak kiralah berapa lama pun asalkan tidak melebihi 720 hari di bawah ISA. sementara menungggu PEGUAM NEGARA mencari sedikit KEBERANIAN untuk mendakwa MAT SYABU dan PENGANJUR BERSIH 2.0.

Susah-susah sangat lantik hambe sahaja menjadi PEGUAM NEGARA untuk selama tempoh membersihakan semua penyangak politik dalam Pakatan pro Komunis. Hambe sanggup!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...