Isnin, 1 Ogos 2011

TERIMAKASIH DATUK SERI HISHAMUDDIN .....

Golden Dragon avatarTERIMAKASIH kepada Datuk Seri Hishamuddin kerana bersusah payah menerbitkan penjelasan mengenai pembebasan tahanan PSM6 di bawah EO (POPO) dan 3 pegawai Kastam yang di tahan di bawah ISA kerana terlibat dalam pemerdagangan manusia. Datuk Seri Hishamuddin memutuskan mahu membicarakan PSM6 mengikut prosedur biasa perundangan melalui proses pendakwaan terbuka di mahkamah. Sekali lagi ini amat dialu-alukan. Saya cuma agak terkilan kerana gaya penyampaian penjelasan yang di buat agak terlalu longgar dan tidak begitu umpphh bagi mematikan terus dakyah-dakyah pembangkang. Tindakan yang di ambil oleh Datuk Seri Hishamuddin sebenarnya merupakan bukti jelas bahawa kerajaan BN tidak sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa-kuasa eksekutif mereka dalam menangani isu-isu berkaitan dengan soal keselamatan negara dan ketenteraman awam. Inilah yang wajib diberikan umphh di dalam penjelasan tersebut.

Saya menerima penjelasan Datuk Seri Hishamuddin mengenai pembebasan tahanan PSM6 kerana tempoh masa penahanan yang dibenarkan di bawah EO sudah tamat. Oleh itu sebagai sebuah kerajaan demokratik yang memelihara hak kebebasan rakyat dan menjunjung kedaulatan undang-undang, PSM6 tidak boleh di tahan lebih dari tempoh yang diberikan. Tindakan seterusnya ialah menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara meneliti kertas saisatan pihak polis untuk menentukan samada PSM6 boleh di dakwa di mahkamah di atas alasan yang sama mereka di tahan di bawah EO. Ini memang benar.

Berdasarkan kepada penjelasan yang telah di buat, Datuk Seri Hishamuddin mempunyai kuasa untuk meneruskan penahanan PSM6 selama dua tahun tanpa bicara di bawah EO tetapi beliau tidak mahu sewenang-wenangnya menggunakan kuasa tersebut sebaliknya mahu membuktikan kesalahan PSM6 melalui proses mahkamah terbuka. Itu merupakan suatu tindakan proaktif menafikan dakwaan fitnah jahat pihak pembangkang menggembar gemburkan mengenai kezaliman kerajaan BN melalui penyelewengan kuasa-kuasa eksekutif adalah tidak benar samasekali. Jelas, melalui tindakan yang di buat oleh Datuk Seri Hishamuddin tersebut membuktikan kerajaan BN tidak zalim dan tidak pernah menyelewengkan kuasa-kuasa eksukutif mereka selama ini!

Pembebasan tahanan PSM6 bukanlah kerana desakan-desakan daripada kumpulan pendesak tetapi atas kehendak undang-undang. Cuma agak malang, kerana tempoh tamat penahanan 60 hari tahanan PSM6 berbetulan dengan setiap tindakan kumpulan pendesak sehinggakan punca utama pembebasan berjaya disamarkan oleh pembangkang.

Pembebasan PSM6 bukanlah pembebasan mutlak kerana tertakluk kepada keputusan Jabatan Peguam Negara meneliti terlebih dahulu kertas siasatan yang dikemukakan oleh pihak polis samada pendakwaan boleh dikenakan ke atas PSM 6 atau tidak. Sebarang prosiding terbuka di dalam mahkamah memberikan peluang luas kepada rakyat untuk mengetahui strategi jahat pihak PSM dan pembangkang selama ini. Bravo  Datuk Seri  Hishamuddin !

Saya berharap agar pendakwaan ke atas PSM 6 itu dapat dibuktikan secara kes prima facie di dalam mahkamah terbuka dan pada masa yang sama saya berharap agar semua jentera siber BN bersedia untuk menangkis dakyah-dakyah pembangkang jika PSM 6 dibicarakan di dalam mahkamh terbuka.

TEPUK DADA TANYA IMAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...