Khamis, 4 Ogos 2011

KAK WAN JIJAH SETUJU BELIAU TAK SEHEBAT DS ROSMAH.

Golden Dragon avatarKALAU KAK WAN JIJAH MAMPU DAN BOLEH SERTA DIBENARKAN berkelakuan masuk lif tekan butang naik sendiri, takkan perkara yang sama hambe tidak boleh lakukan? Tidak lama dulu, hambe keluarkan artikel memuji dan membandingkan Kak Wan Jijah dengan DS Rosmah dan menyebarkannya secara luas melalui rangkaian  grup NADI RAKYAT di Fesbuk. WAN JIJAH PUN TAK SEHEBAT WANITA INI. Dek kerana sifat cemburu sebagai seorang wanita yang tidak dihargai oleh seorang bloger nyamuk seperti hambe maka Malasnyakini pun mengambil inisiatif berarahan agar mengukuhkan kembali imej simpati belas kasihan kepada Wan Jijah melalui temubual dengan beliau.

Dalam temubula tersebut, Kak Wan Jijah mengatakan ' Mintak jauhlah saya jadi seperti Rosmah' sebagai membalas kenyataan hambe ' Kak Wan Jijah Pun Tak Sehebat Wanita Ini'  Jadi Kak Wan Jijah bersetujulah secara tersirat bahawa beliau TIDAKLAH SEHEBAT DS ROSMAH dalam serba serbi. DS Rosmah tidak perlu menipu, berbohong, berputar alam dan berpura-pura seperti Kak Wan Jijah lakukan. 

Kak Wan Jijah terpaksa memegang jawatan di dalam parti politik yang menyokong suaminya untuk mendapat perhatian dan kasih sayang yang selama ini beliau amat kekurangan tetapi DS Rosmah tidak perlu berbuat demikian pun. 

Kak Wan Jijah terpaksa memburukkan peribadi DS Rosmah sedangkan DS Rosmah hanya dengan selamba menyindir 'Saya bukanlah Presiden parti seperti pihak sebelah sinun' 

Kak Wan Jijah terpaksa dikelilingi oleh ramai jejuak jika membuat sebarang kenyataan. DS Rosmah sorang-sorang saja membuat kenyataan. Seluruh jentera pembangkang menghentam dan memfitnah DS Rosmah setiap hari tanpa henti tapi Kak Wan Jijah hidup dalam keperitan setiap saat.Ya betullah kata Kak Wan Jijah ' Mintak jauhlah saya jadi seperti Rosmah' kerana beliau tahu beliau tidak akan mampu bertahan di kritik secara hebat dan berterusan setiap hari seperti DS Rosmah hadapi kerana Kak Wan jijah Tak SEHEBAT DS ROSMAH!

"semakin laju sesuatu jirim itu bergerak semakin berat jisimnya
Alam ini diciptakan kerana KASIH & SAYANG oleh itu mustahil 
pendustaan dan pembohongan mampu mengubah Alam ini."

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bodoh betul artikel kau ni... ade sekolah ke tidak!

Jas Salleh berkata...

Artikel ini untuk orang cerdik oleh itu artikel ini akan melahirkan kebahlolan orang yang tak cerdik seperti kamu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...