Isnin, 6 Jun 2011

TALIAN HAYAT BEKAS PENGARAH URUSAN UDA HOLDINGS YANG TAK MASUK AKAL.

Hangat diperkatakan oleh blog pro BN/ UMNO yang membongkar TUNTUTAN GILA bekas Pengarah Urusan UDA Holdings Sdn Bhd sedangkan jawatan yang di pegang olehnya merupakan jawatan lantikan KEMENTERIAN KEWANGAN dan bukan hak milik peribadi.
Bekas Pengarah Urusan UDA Holdings 

1. UDA HOLDINGS mula dikritk hebat akibat ada suara-suara sumbang yang membuat dakwaan kononnya kepentingan Meayu dipinggirkan dalam Projek Pembangunan Penjara Pudu. Apakah isu sebenarnya dalam hal ini ?

2. Terdapat 2 isu berbangkit iaitu :-

(a) Isu perlantikan Pelabur China yang menyediakan Dana dan kemahiran untuk Projek Pembangunan Tanah Penjara Pudu. Perlantikan tersebut merupakan polisi kerajaan ke kerajaan dan sudah tentulah kepetningan Melayu tetap dipelihara namun disebabkan ada segelintir pemimpin Melayu yang tidak dapat habuan terus daripada projek tersebut atas alasan yang hanya diketahui oleh pihak atasan dan pengurusan , maka kelompok yang tidak berpuashati mula buat bising dan menjadikan Isu Kepentingan Melayu untuk meraih simpati wlahal mereka tidak mempunyai cukup Dana seperti Pelabur China.  YAB Perdana Menteri pun sudah bersuara mengenainya 

(b) Isu ini kemudian ini diperbesarkan lagi oleh kelompok tidak bertanggungjawab tersebut melalui isu perletakkan jawatan bekas Pengarah Urusan UDA Holdings , Datuk Jaafar yang kononnya meletak jawatan atas kerelaan sendiri. Walhal, mengikut sumber maklumat yang diperolehi, Datuk Jaafar diarahkan meletakkan jawatan ini kerana jawatan tersebut adalah lantikan Kementerian Kewangan, bermakna jawatan itu merupakan Jawatan Lantikan secara kontrak. Malangnya, beliau meletakkan pelbagai syarat yang tidak masuk akal untuk meletak jawatan.


3. Dalam entri Papa Gomo menyatakan hal ini berkaitan dengan perletakkan jawatan Datuk Jaafar bukanlah di atas sebab beliau benar-benar prihatin kepada kepentingan Melayu tetapi sebaliknya kerana berkait rapat dengan Kepentingan Pihak tertentu yang gagal memberikan tawaran terbaik kepada UDA Holdings yang membuat Surat Jemputan  kepada 15 buah syarikat di dalam dan di luar negeri. Pada Mac, 7 & 8 2011, Surat Jemputan UDA HOLDINGS telah di jawab oleh 11 syarikat.

Bukit Bintang City Centre
(BBCC)

4. Antara lain di dalam Surat Jemputan UDA HOLDINGS bagi memajukan Tapak Penjara Pudu , projek pembangnan yang dikenali sebagai:-

BUKIT BINTANG CITY CENTRE, UDA HOLDINGS MENETAPKAN PRA SYARAT DALAM BENTUK TERMA RUJUKAN YANG DIBERIKAN RASIONALISASINYA KEPADA SYARIKAT YANG DI JEMPUT MEMBUAT TAWARAN BALAS BIDAAN KEPADA UDA HOLDINGS:-

PRA-SYARAT UDA HOLDINGS DALAM SURAT JEMPUTANPROJEK : PEMBANGUNAN BUKIT BINTANG CITY CENTRE3 TERMA RUJUKAN UTAMA UDA HOLDINGS. 
(a) UDA mahu memliki kompleks membeli belah dari Basemen 1 sehingga ke tingkat 5 yang rekabentuknya perlu inovatif serta mampu bersaing dengan kompleks beli belah sedia ada 
(b) UDA mahu memiliki semua tempat letak kereta.
(c) Terminal bas yang mempunyai 180 petak perlu diintergrasikan dnegan setesen monorel dan LRT sedia ada.
Seterrusnya UDA HOLDINGS memberikan rasionalisasi kepada 3 Terma Rujuan tersebut kerana mahu menunaikan tanggungjawab melaksanakan agenda Melayu yang dipikul oleh mereka selama ini , rasionalisasi 3 Terma Rujukan Tersebut adalah seperti berikut:-
(a) Untuk meminimumkan risiko kewangan dan pembangunan kepada aset UDA termasuklah:-(i) Tanah tidak dicagarkan(ii) Penyiapan Aset UDA didahulukan (ii) Memilih rakan kongsi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh serta pengalaman yang luas.
(b) Memastikan aset yang diberikan oleh UDA HOLDINGS mempunyai nilai pasaran hartanah yang maksimum
(c) Memastikan pendapatan tahunan daripada aset tersebut maksimum UDA HOLDINGS bagi kelangsungan di masa depan
(d) Sebagai pengukur dan panduan bagi menilai semua cadangan pembangunan di terima.
5. Syarikat EVERBRIGHT INTERNATIONAL CONSTRUCTION ENGINEERING CORPORATION [ EICEC] telah memenuhi 3 Terma Rujukan tersebut di samping memberikan cadangan yang mempunyai butiran terperinci mengenai pecahan lot milik UDA HOLDINGS dengan lot milik Pelabur. Ini adalah AMALAN BIASA mengikut Piawaian Amalan Projek Pembangunan yang bersifat dan berbentuk sepertimana yang dikehendaki oleh UDA HOLDINGS bagi mengwujudkan situasi MENANG-MENANG. Butiran lebih lanjut akan diberikan berdasarkan kepada maklumat dan sumber yang diperolehi.

6. UDA HOLDINGS telah memikirkan kaedah dan cara terbaik untuk membangunkan BUKIT BINTANG CITY CENTRE [BBCC] tanpa meminggirkan peranan mereka sebagai menjaga kepentingan Melayu di dalam kawasan bandar. Inilah cara terbaik kerana sepertimana saranan PENGERUSI UDA HOLDINGS, ' Bagaimana UDA HOLDINGS hendak menjaga kepentingan Melayu jika kekurangan sumber kewangan?'

Penerangan lebih jelas akan di buat selepas ini setelah JS cuba mendapatkan maklumat lebh terperinci dan jelas mengenainya serta JS akan memperjelaskan Perjalanan AMALAN KORPORAT dalam soal PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN seperti UDA HOLDINGS lakukan, tapi jelas apa yang UDA HOLDINGS lakukan ini adalah TELUS dan TIDAK meminggirkan mana-mana kepentingan MELAYU. SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA LEMBAGA PENGARAH UDA HOLDINGS TERUTAMA DATUK NUR JAZLAN ! TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...