Selasa, 28 Jun 2011

KARPAL SINGH MENGIKUTI FB JAS SALLEH MENGENAI ISTILAH IBLIS???


"Dalam surat khabar Tuan Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) ekoran daripada apa yang jadi dalam mahkamah,pada hari Sabtu dalam The Star,jelas Anwar dalam Sinar Harian,memang Anwar dan 'Utusan iblis' ini sama" katanya.
Petikan ini saya petik daripada blog sahabat baik saya BADUT RAKYAT yang melapurkan mengenai keberangan KARPAL SINGH akibat pendedahan mengenai identiti anakguamnya AnWAR IBRAHIM di dalam prosiding mahkamah yang tidak boleh dipertikaikan. Ini berdasarkan kepada peruntukan perundangan dalam AKTA KETERANGAN .






Natijah perundangan di dalam perbicaraan terhadap Datu Eskay ialah setiap keterangan lisan dan dokumentari serta keterangan pakar mengenai identiti ANWAR IBRAHIM boleh diterimpakai sebagai KETERANGAN YANG SUDAH DIBUKTIKAN di dalam prosiding liwat 2 ANWAR IBRAHIM. 

Natijah seterusnya ialah orang awam mengetahui kebenaran identiti lelaki dalam video salahlaku seksual adalah ANWAR IBRAHIM tanpa melakukan sebarang kesalahan subjudis. Keterangan ini pula tidak dapat disarkiskan oleh peguambela ANWAR IBRAHIM kerana perbicaraan tersebut tidak melibatkan ANWAR IBRAHIM mahupun dicabar kesahihannya oleh KARPAL SINGH. 

KARPAL SINGH tidak perlu mengamok kerana kita boleh andaikan bahawa beliau juga yang memberikan nasihat guaman kepada AMK agar membuat LAPORAN POLIS mengenai kesalahan mengedar bahan lucah terhadap Datuk Eskay.

Kita mengingati suatu ketika dulu KARPAL SINGH jugalah yang lantang bercakap dalam Parlimen mengatakan bahawa beliau mempunya Bukti salahlaku liwat ANWAR IBRAHIM dan desakan oleh seluruh ahli pakatan toghut satanisma dapkrpas mahukan DATUK ESKAY dibicarakan di atas kesalahan mengedar bahan lucah. 

Kini, KARPAL SINGH tidak perlu menempelak UTUSAN MALAYSIA melapurkan perjalanan perbicaraan DATUK ESKAY. atau mengamuk di dalam sidang Parlimen. Bukankah kapasitinya sebagai AHLI PARLIMEN dan PEGUAMBELA adalah jauh berbeza ? Tak perlu KARPAL SINGH menciplak idea istilah IBLIS daripada facebook JAS SALLEH. 

Senjata Makan Tuan. Padan muko KARPAL SINGH. TAPUK DADA TANYA IMAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...