Khamis, 9 Jun 2011

EDISI SARAPAN: Bantu Membantu Dalam Kebaikan Dan Membantu Yang Memerlukan.

TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH
Kita sebagai suatu bangsa yang beragama Islam dan sudah tentu amalan kehidupan kita seharian mengikuti apa yang dituntut dalam agama kita, dalam ucaptama DS Najib di WIEC Astana, Kazakhstan menyebutkan hal ini dengan jelas, dalam isu UDA HOLDINGS, kita sepatutnya berganding bahu dengan UDA HOLDINGS menjayakan AGENDA BUMIPUTERA dan tidak menyalahkan UDA HOLDINGS semata-mata.
1. EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA DAN AKAL pada kali ini hendak menempelak sikap pentingkan diri sendiri dan cepat melatah dalam isu-isu perlaksanaan Agenda Bumiputera bagi  memastikan  kepentingan Bumiputera terpelihara dalam kawasan perbandaran dan di bandar-bandar utama.

2. Adalah benar penubuhan UDA HOLDINGS untuk menjayakan kepentingan Bumiputera di kawasan perbandaran tanpa memprejudiskan kepentingan kaum lain. 40 tahun dahulu, UDA HOLDINGS telah berjaya melaksanakannya dengan begitu baik. Namun dalam dekad akhir 80an dan 90an, di mana ada seekur bapak setan nama Anwar Ibrahim telah merosakkan segala-galanya. 

3. Dalam tempoh pemulihan UDA HOLDINGS, pengerusi barunya DATO NUR JAZLAN mengambil langkah berani memikul beban dan tanggungjawab tersebut membetulkan kembali semua kerosakan yang dilakukan oleh beruk setan Anwar Ibrahim. 

4. Bagi mengembalikan semula kegemilangan UDA HOLDINGS suatu masa dulu, Dato Nur Jazlan mengambil langkah-langkah yang telah disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak yang selama ini mengambil -kesempatan memperkayakan diri mereka melalui kontrak-kontrak pembinaan yang dilakukan oleh UDA HOLDINGS tetapi tidak megembalikan semula keuntungan yang mereka perolehi kepada Bumiputera lain. Mereka dok sakau sendiri. Adakah ini membantu Agenda Bumiputera?

5. Syarikat bumiputera yang gagal dalam bidaan ke atas projek pembangunan BBCC  adalah kerana mahu mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Ini akan mengakibatkan bebanan ke atas hartanah UDA HOLDINGS, Bebanan ini akan dibebankan ke atas peniaga-peniaga bumiputera yang bakal berniaga di situ nanti dalam bentuk kenaikan kadar sewa berlebihan setiap tahun. Adakah ini membantu menjayakan AGENDA BUMIPUTERA?

6. Persoalan seterusnya ialah adakah kerana UDA HOLDINGS tidak memberikan kontrak pembinaan pembangunan yang tidak dapat di tampung oleh syarikat Bumiputera yang gagal dalam bidaan mereka maka itu merupakan langkah yang mengabaikan kepentingan Agenda Bumiputera? Sudah tentu tidak. Apa guna memberikan tanggungjawab dan amanah kepada mereka yang tidak mampu memikulnya? Bukankah pada akhirnya nanti akan menyebabkan projek tersebut terbengkalai ? Bila terbengkalai adakah boleh peniaga-peniaga Bumiputera berniaga di situ? Sudah tentu tidak.

7. Pihak yang membuat bising tidak tentu fasal dengan memutarbelitkan kenyataan Dato Nur Jazlan sebenarnya tidak membawa sebarang menafaat dan tidak membantu dalam Agenda Bumiputera yang di bawa oleh UDA HOLDINGS. Mereka sepatutnya membantu UDA HOLDINGS menjayakan Agenda Bumiputera.

8. UDA HOLDINGS berada dalam keadaan kewangan yang kritikal akibat kerosakan yang dilakukan oleh bapak setan Anwar Ibrahim dan selama ini kontraktor Bumiputera yang menikmati pakej kontrak pembinaan daripada UDA HOLDINGS pun gagal melaksanakan tanggungjawab mereka malah tidak memulangkan semula keuntungan yang mereka perolehi selama ini kepada Bumiputera, yang menjadi kaya adalah mereka sendiri sedangkan sepatutnya mereka memulangkan semula 30% - 40% keuntungan mereka dengan membeli beberapa unit dan lot kedai kemudiannya menyewakan semula pada kadar yang rendah kepada peniaga-peniaga Bumiputera lain. 

9. Inilah cara mereka membantu UDA HOLDINGS menjayakan AGENDA BUMIPUTERA tapi mereka berpandangan bahawa AGENDA BUMIPUTERA hanya berjaya jika mereka yang mendapat habuan kontrak projek pembangunan dan diberikan keutamaan walaupun mereka tidak mampu melaksanakannya. Jangan jadi seperti Abu Jahal. Oleh itu jangan salahkan UDA HOLDINGS jika mengambil langkah untuk mengumpul dana bagi membolehkannya melaksanakan Agenda Bumiputera secara sendirian tanpa bantuan dan pertolongan daripada syarikat bumiputera yang selama ini mengaut keuntungan daripada kontrak-kontrak UDA HODINGS tetapi tidak membantu UDA HOLDINGS menjayakan Agenda Bumiputera di kawasan bandar. 

Sudah tiba masanya syarikat-syarikat Bumiputera yang selama ini mendapat manafaat daripada UDA HOLDINGS membantu UDA HOLDINGS menjaya AGENDA BUMIPUTERA. Mereka kena ingat bahawa UDA HOLDINGS sudah tidak diberikan bank tanah dan peruntukan dan terpaksa mencari dana sendiri untuk menjayakan Agenda Bumiputera bukan seperti masa -masa awal penubuhannya dulu. Bantu membantulah takkan hendak kaya sendiri kan? TEPUK DADA TANYA IMAN.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...