Khamis, 12 Mei 2011

KECIL HATI, BESAR HAJAT. ADA TERIMA JEMPUTAN KE PWTC SEMALAM?

Nak tergelak membaca entri terkini Papa Gomo yang mempunyai tajuk yang hampir sama dengan entri JS pada kali ini. Entah di mana silapnya, sambutan ulangtahun ke 65 UMNO semalam menjadi bualan hangat di kalangan para bloger. JS ada menerima undangan, tapi daripada UMNO Terengganu bagi acara sambutan di Terengganu. Terimakasih kepada rakan JS yang menjemput. Disebabkan kesibukan tugas harian, JS juga tidak dapat hadir bersama semalam di PWTC. JS percaya dan yakin, jika para bloger pergi ke sana pun takkan kena halau punya. Memanglah tiada jemputan rasmi, namun sambutan itu bukan bersifat Privasi. Ianya terbuka untuk semua. 2 bloger yang dihantar oleh Gomo untuk buat liputan pun tidak menerima jemputan dan tidak di halau daripada membuat liputan. 





1. Malas hendak mengulas panjang mengenainya tapi JS ingin utarakan pendapat JS sahaja. Sambutan semalam bukan bersifat Privasi dan mana-mana ahli serta penyokong UMNO serta orang awam boleh hadir ke sambutan tersebut. Bagi JS soal menerima atau tidak jemputan rasmi bukanlah pengukur kepada kepada sebarang nilai dan penghargaan. 

2. Namun, JS turut bersimpati dengan keluhan dan luahan rasa rakan-rakan bloger JS, ialah kalo iya pun, Jawatankuasa sambutan ulangtahun UMNO ke 65 takkan sampai terrrrrr -lupa nak sebut-sebut bloger datang, iya tak? Bak kata Gomo, ramai pemimpin UMNO yang amat menghargai jasa-jasa bloger, terimaksih kepada mereka.

3. Kami bloger jalanan ini tahulah membawa diri memasing bagi memastikan Barisan Nasional menang besar dalam PRU 13 nanti. Cuma dibimbangkan janganlah berkecil hati walaupun hajat besar nak menyambut bersama-sama di PWTC semalam.

SELAMAT ULANGTAHUN KE 65 UMNO ! 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...