Selasa, 19 April 2011

PETA LOKASI BANGUNAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR DIHAPUSKAN OLEH PKR!


1.  Cuba anda baca moto dan slogan lapok dan kuno pentadbiran PKR Selangor ini. Kemudian, anda cuba masuk ke laman sesawang DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR seperti http://dun.selangor.gov.my/v2/  ini. Anda perhatikan betapa komitednya pentadbiran PKR Selangor untuk menyampaikan maklumat kepada orangramai sehinggakan tiada peta lokasi dan cara-cara orang awam untuk mengakses masuk ke bangunan DUN Selangor dimaklumkan. 

2.   Malah, kebanyakan info yang di cari anda perlu muat turun dokumen dari laman sesawang tersebut. Anda juga perlu mendaftar masuk ke laman sesawang tersebut bagi mendapatkan akses penuh, Ya begitulah komitednya kerajaan PKR Selangor dalam menunaikan janji-janji kosong mereka !

3.   Cukup menghairankan kerana anda perlu muat turun dokumen-dokumen yang diperlukan. Kenapa PKR begitu takut dan berada dalam 'mood' defensif sebegitu rupa? Apa yang hendak dirahsiakan sangat oleh PKR di Selangor ini ? Banyak sungguh rahsia yang dirahsiakan sehinggakan peta lokasi bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor juga turut dirahsiakan !

4.   Tidak mudah bagi mendapatkan akses maklumat di laman sesawang DUN Selangor dan aksesnya adalah amat terhad serta dirahsiakan !

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...