Khamis, 18 Disember 2014

DAP & PKR IDIYET PERLU HENTIKAN PROVOKASI DAN JANGAN KACAU HAK MELAYU SERTA ISLAM


Bila AMBIGA tanpa segan silu dan secara gelojoh sifar cerdik menghamburkan maki hamun terhadap tindakan mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH, kita Melayu Kebanyakan fahami tindakan biadap Ambiga. Setakat ini, Melayu Kebanyakan masih mampu menahan diri dari membalas kebiadapan Ambiga. Tidak seperti Ambiga yang sifar matang dan sifar cerdik, Melayu Kebanyakan tahu orang seperti Ambigalah yang membawa perkauman dan mengocak konflik keagamaan. 

DAP sudah sebulat suara menolak Hudud. Ahli Parlimen Kuala Langat PKR yang pro DAP sudah menempelak bantahan Projek Babi Mega di kawasan Majoriti pengundi Melayu. Puak PAS di Kuala Langat mendiamkan diri membiarkan DAP-PKR menindas dan menyusahkan majoriti Melayu Kebanyakan di Kuala Langat. 

Di Pulau Pinang, DAP kacau ganggu hak Islam dengan sengaja membuat penghinaan kepada mahkamah, Yang DiPertuan Agung dan orang Islam, membenarkan kalimah ALLAH digunakan orang bukan Islam. Sedangkan DAP tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Begitu juga dengan Larangan Perarakan Maulidur Rasul yang dikatakan bakal dikuatkuasakan oleh DAP di Pulau Pinang. Kemungkinan besar, akan menjadi polisi utama PR bila menjadi Kerajaan Pusat. 

Jelas sebenarnya, politikal DAP PKR adalah amat anti Islam. Dan PAS pula seperti rakan politikal yang bisu, pekak dan buta dalam mempertahankan institusi Islam serta Hak Melayu dalam Perlembagaan. 

Melayu Kebanyakan perlulah bangkit dan bersuara menantang semua polisi dan tindakan provokatif serta kacau ganggu yang di buat DAP-PKR. Jangan duduk dan tengok serta tunggu UMNO dan PAS serta NGO yang bersuara. Anda pun perlu bersuara mempertahankan Hak-hak anda dan maruah ISLAM. 

Anda boleh melakukannya di media sosial dan letakkan status KAMI BANTAH SIKAP PERKUAMAN DAN ANTI ISLAM DAP-PKR- BERHENTILAH, HORMATI HAK MELAYU & ISLAM. 


Rabu, 17 Disember 2014

BIARKAN SAJA TIM EKSEKUTIF 1MDB MENERUSKAN AGENDA BANGANG MEREKA. MELAYU PERLU FOKUS.


‪#‎Bismillah‬
لا اله الا الله الملك الحق المبين محمد رسول الله الصادق الوعدالإ مبن

1MDB bukanlah satu isu yang bakal menguntongkan masadepan dan survival Melayu pun. Waima blog MIK dan PRAPUKARI menerbitkan penjelasan daripada Tim Eksekutif 1MDB, namun bagi ambe, semakin mereka (CEO 1MDB) memberikan penjelasan, semakin mereka melondehkan kelemahan keputusan pengurusan dan urustadbir bisnes 1MDB. Jadi kata Pepatah Bani Jawi, Biarlah Luncai Terjun Dengan Labu-labu nya sendiri. Andai berlaku juga perkara negatif nanti seperti Skandal BMF dulu; tak susah, kita sita saja semua aset milik tim CEO 1MDB nanti. Dan hadapkan mereka semuanya di mahkamah di atas pertuduhan Pecah Amanah. Tapi jangan tunggu macam kes KETUM plak, dah dijatuhkan hukuman tapi masih bebas berkeliaran. 

Biarlah Tim CEO 1MDB menghadapi kemelut dan serangan daripada pihak pembangkang. Kita jangan masuk campur sebab merekalah yang menguruskan dan mentadbir 1MDB bukan kita pun. Kita , Melayu Kebanyakan, asingkan isu 1MDB tu dari fokus dan matlamat survival kita. 

Lagipun 1MDB bukanlah hasil Buah Fikiran dan Kehendak semasa Melayu Kebanyakan. Ianya lahir dari aspirasi dan kehendak puak korporat yang mendapat keyakinan daripada Najib. So, nak buat apa kita menyibuk? Biarlah mereka 'Terasing' dari arus perdana politikal BN dan UMNO BARU. Lagipun mereka adalah manusia-manusia korporat yang angkoh, sombong dan ingkar yang setaraf dengan politikus dap pkr pas. 

Isu 1MDB ini bermula daripada mulut longkang Rafizi yang kemudiannya di sambut dengan gagak gempita oleh pihak berkepentingan sama bangang dengan Rafizi dalam UMNO BARU. Maka biarlah mereka sahaja bergegak gempita membinasakan sesama mereka. Yang kita nak join sekali jadi binasa seperti mereka, apakehalnyer ?

Melayu Kebanyakan perlu fokus mengenai survival mereka sendiri dari melayan isu takde pekdah cam 1MDB tu. Ringgit Malaysia dalam keadaan menurun. Tiada langkah mengikat mati Ringgit. Tak tahu lah di masa depan nanti , mungkin di ikat atau dibiarkan terus terapung di tangan-tangan spekulator matawang. 

Oleh kerana kita tahu Puak POLITIKUS dah jadi sebijik cam LUNCAI, maka Melayu Kebanyakan perlu mengambil langkah-langkah atas inisiatif sendiri. Kita tak perlu berdemo atau berguling di atas jalanraya. Tapi kita Melayu Kebanyakan boleh mendesak lahanat dan malaon dap agar menasihati kelompok peniaga cina TIDAK MELAMPAU dalam menjual barangan dan produk mereka. Jika, dap gagal memenuhi desakan kita, maka kita desak puak PKR , Rafizi dan PAS agar mendisplinkan peniaga-peniaga Cina. Kita perlu memberi tekanan kepada DAP agar mendisplinkan peniaga dan persatuan bisnes Cina supaya tidak melampau mengambil keuntungan dalam keadaan ekonomi tak menentu. 

Disamping itu, kita mulakan Gerakan Massa di media sosial, agar bank-bank dan institusi kewangan jangan BERLAGAK. Supaya mereka menjalankan bisnes mereka dengan ada perikemanusiaan dan bukan macam LINTAH DARAT dan DRAKULA.

So Melayu Kebanyakan daripada korang melayan kebangangan dan sikap childish serta idiyet puak Politikus dengan anak-anak buah mabok ketum mereka, lebih baik kita buat desakan dan asakan kpd dap pkr pas , persatuan peniaga Cina dan perbankan agar tunduk patuh kepada kehendak dan aspirasi Melayu kebanyakan yang dah fedap dan buhsan dengan Manipulasi dan Diskriminasi di sektor awam dan perbankan. 

Itu lagi berpekdah kepada Melayu Kebanyakan.


Isnin, 15 Disember 2014

MULA-MULA BANGANG PASTU BANGSAT KENDIAN CUKUP-CUKUPLAH MENIPU- DAP MAKIN BESAR KEPALA.



‪‎Bismillah‬
لا اله الا الله الملك الحق المبين محمد رسول الله الصادق الوعدالإ مبن

Bermula dari teguran Tun Dr Mahathir mengenai 1MDB, kemudian disusuli laungan SOOOO--LEEEE---DAAAAAKKKK---RREEEEEE----TIIIIIII dalam PAU 2014. Dan perkataan ' BANGANG ! Cari makan dengan siapa?. Tak lama selepas itu, timbul plak laungan ' 25 Orang Kenamaan adalah Bangsat, Saya Hero Malaya'. Di tambah lagi dengan ' Cukup-cukuplah Menipu Tu'.

Maka riuh-rendah hiruk pikuklah kat fesbuk. kat mana-mana di alam siber, di warung kopi tepi jalan. dalam cafe lima bintang. Manakala puak dap cauvinis plak, melaungkan ' Enakmen Islam Pulau Pinang Tak Terpakai Maaa Pada Orang Bukan Islam. Boleh Pakai guna kalimah ALLAH'. Kemudian kecoh mengenai usaha DUN Selangor nak hapuskan dan sailang kuasa-kuasa Raja Selangor dalam Enakmen Agama Islam. 

Cuba kita renung balik dan santai fikir atas apa yang berlaku semuanya ini. Yang ambe nampak sejak 2003, yang menjadi mangsa adalah Melayu Kebanyakan. Politikus Melayu dalam PAS-PKR-DAP dan puak Liberal dalam UMNO banyak membantu memperkuatkan dan memperkasakan Kuasa Politikal DAP cauvinis. 

So, apa kita simpulkan Kuasa Politik Cauvinis dap makin bertambah kuat bukanlah kerana Tsunami Pengundi Cina atau Melayu tak undi UMNO pun. Tai disebabkan oleh perlakuan sumbang pencak silat puak politikus Melayu dari semua tindakan-tindakan mereka. 

Sasaran dan matlamat Transformasi dan Jom Ubah serta Lawan tetap Lawan yang dibawa oleh puak-puak politikus Melayu lebih menguntungkan politik cauvinis DAP. Maka, makin besar kepala lah puak cauvinis dan puak yang tak berapa nak suka Semangat Melayu. 

Betul la kata pepatah Melayu, sebab pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. 

Isnin, 8 Disember 2014

RINGGIT JATUH PADA 3.5261 1 USD SETAKAT JAM 11 PAGI TADI


Ringgit Malaysia makin stedi jatuh pada hari ini. Mencecah paras 1 USD bersamaan 3.5261 MYR. Belum nampak tanda-tanda ianya akan reda. Dan kita masih belum nampak atau dengar sebarang tindakan proaktif daripada penasihat dan menteri cgpa. 

Apakah nak tunggu sampai hampir semua rakyat jadi bangkrap seperti di tahun 1997? 



Jumaat, 5 Disember 2014

BAROMETER RASUAH 2014 TAHNIAH KEPADA PARTI POLOTIK MALAYSIA ANDA MENDAPAT TEMPAT.



KUALA LUMPUR – Parti politik kini diakui lebih banyak dicemari masalah rasuah kerana ramai ahli politik menggunakan kedudukan mereka untuk mengumpul kekayaan peribadi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ada di kalangan ahli politik hari ini sanggup belanjakan wang yang banyak untuk dipilih memegang jawatan.

“Masa (zaman) saya (dahulu) pun ada juga rasuah. Kita tak boleh nafikan kewujudan rasuah di mana-mana, dalam kerajaan, sektor swasta. Tetapi parti politik kebelakangan ini makin korup kerana kepercayaan kalau jadi ahli politik (atau) dapat jadi pemimpin dalam parti politik, terutama parti yang berkuasa, ada peluang buat duit.

“(Mereka ini) bukan (sertai politik) pasal nak berjuang (tetapi) boleh dapat kontrak, boleh dapat macam-macam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di sini, semalam.

Dr Mahathir mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian semalam mengenai Indeks Persepsi Rasuah 2014 yang meletakkan parti politik sebagai institusi dianggap paling korup, diikuti dengan polis dan kakitangan kerajaan.

Diminta mengulas mengenai hakikat hampir tiada pendakwaan membabitkan kes rasuah dibuat ke atas ahli politik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dr Mahathir mengakui sukar untuk agensi itu mendapatkan bukti kukuh mengenai salah laku rasuah dalam kalangan orang politik.

“Memang susah sikit (SPRM nak dakwa) terutama kalau parti politik itu berkuasa. Nak dapatkan bukti yang boleh diterima mahkamah ini yang susah.

“Orang yang korup ini dia tak akan cerita. Orang (yang memberi suapan) pun tak akan cerita. Dia tak nak pergi mahkamah. Sebab itu susah nak dapat maklumat cukup untuk dakwa,” katanya.

Namun beliau menegaskan, apa yang lebih penting kini bukanlah menahan dan mendakwa individu yang  melakukan rasuah semata-mata tetapi cara untuk mencegah rasuah.

Menurutnya, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasuah, contohnya memendekkan tempoh memberi kelulusan dalam sesuatu projek selain memastikan proses itu jelas.

“Kalau proses ini mempercepatkan perkhidmatan kepada orang ramai, ia akan kurangkan rasuah. Dulu masa saya ambil alih jadi Perdana Menteri, bangunan tidak boleh dibina di Kuala Lumpur sebab permintaan tidak dilayan dengan cepat dan proses itu kadang-kadang mengambil masa sampai dua, tiga tahun.

“Jadi untuk percepatkan proses biasanya dihulur rasuah. Itulah yang jadi masalah. Tetapi kalau kita pendekkan masa itu dan lebih terbuka, saya fikir ia akan kurangkan rasuah.

"Sekarang ini banyak tumpuan kepada ambil tindakan terhadap orang yang terlibat rasuah tapi (usaha) tak ditumpu kepada pencegahan. Ia lebih penting,” katanya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...