Isnin, 24 November 2014

POLITIK WANG , POLITIK LEGASI & POLITIK HUTANG BUDI- DI MANA POLOTIKUS BERDIRI?


بسم الله لا اله الا الله محمد رسول الله

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2014 (PAU) , datang lagi. 
  1. Sudah bermula lah pelbagai spekulasi dan keluarlah pelbagai cerita dongeng, hikayat dan cakap-cakap. Bermacam-macam stori yang diceritakan dan di ulang tayang sesama mereka. Cerita-cerita yang keluar dan tersebar dicampur gaul kan pula dengan macam-macam asam-garam pulak bagi penyedap cerita. Inilah amalan kebiasaan yang diperlihatkan oleh semua parti polotikus di Malaysia sejak 2004 lagi.

  2. Semasa Anwar Ibrahim berada dalam UMNO selama 17 tahun, bermula lah era Politik Wang, Di mana wang di tabur dan diberikan kepada perwakilan-perwakilan sebagai 'wang Belanja' , 'Wang Rokok', 'Wang Kopi, 'Duit Minyak' 'Belanja Anak Sekolah' 'Wang Shoping'. Malah game politik ini memang pemes la diamalkan secara bebas dan secara rawak oleh semua parti politikal di Malaysia. Cuma SPRM malas nak layan sahaja sebab terlalu banyak sangat diamalkan. Duit memang sedap.

  3. Melalui pengaruh 'Politik Wang', maka bermulalah pula 'Politik Legasi'. Yakni, dari bapa kepada anak, dari bapa saudara kepada anak saudara, dari pupu ke sepupu. Kadangkala, jawatan tertentu dalam parti diwarisi oleh sesebuah keluarga. Polotikus menolak amalan adat Temenggung dalam pewarisan takhta beraja, tetapi mereka mengamalkannya tanpa segan silu di dalam parti polotik mereka. Inilah kepuraan yang diterima dan tak pernah nak difikirkan oleh pengundi di luar lingkungan polotikus.

  4. Melalui amalan 'Polotik Wang' dan 'Polotik Legasi' maka muncullah pula 'Polotik Hutang Budi'. Ya la, bila sudah ada penaja yang menaja kos, bila sudah mahu mewarisi sesuatu jawatan kepada keluarga, sudah tentulah akan menabur budi sana sini kepada orang-orang tertentu. Diberikan peluang memegang jawatan sokongan. Membina rangkaian dan pagar-pagar ghaib kuasa bagi melindungi hajat dan kepentingan yang dibawa.

  5. Mereka yang sudah termakan budi pula, akan terhutang budi dan membayar dengan 'Bodi'. Sepanjang tempoh Anwar Ibrahim berkuasa selama 16 tahun di dalam UMNO dengan Politik Wang dan Politik Legasi, maka ramailah pewaris-pewaris dalam kelompok 'Polotik Hutang Budi'. Gurunya berfikir mampu mengendalikan nafsu besar anak didiknya. Malangnya, gurunya pula terpaksa meletak jawatan. Akhirnya berputih mata melihat anak didiknya dibebaskan selepas 6 tahun dipenjarakan.

  6. Halatuju dan matlamat majoriti polotikus Malaysia ditentukan oleh faktor Polotik Wang, Polotik Legasi dan Polotik Hutang Budi. Tidak sukar membaca kulit buku dan isi kandungan seseorang polotikus di Malaysia. Mereka sentiasa terdedah kepada ugutan polotikal oleh pihak-pihak yang mengetahui sejarah kerjaya polotikal mereka. Sebab itu mereka berkokok pun sekadar untuk menyedapkan hati mereka.

  7. By-produk kepada ketiga-tiga amalan itu ialah wujudnya kumpulan sokongan terdiri dari pengampu supa tegar, pembodek tanpa batasan, broker kuasa & projek, pemakan komisen dan proksi yang hanya ada dua patah perkataan , 'YES BOS !'.

  8. Hasilnya, terlahirlah sebuah konsidi Polotik Kelesuan yang tak berdaya saing, tidak dinamik, tidak maju ke depan, tidak berkhidmat kepada masyarakat, tidak mempeduilkan unutng nasib rakyat di bawah, menjadi jumud, terlampau banyak khayalan, terlampau banyak politiking, terlalu banyak kerosakan dan terlalu negatif.

  9. Namun begitu, ada juga kemeriahan dan keriangannya. Bukanlah semuanya hambar dan tawar. Terbit jualah dari sisa-sisa radioaktip dan kumbahan buangan pepejal dari amalan itu, kisah-kisah manis lagi suwet. Inilah kenyataan hakiki dunia Polotik Malaysia yang penuh dengan warna warni yang bukan Pelangi. Tiada Tempayan Emas di hujung warna-warni itu melainkan kebinasaan.

  10. Adakah PAU kali ini bakal menjadi suatu titik perubahan yang benar-benar berubah atau hanya menjadi medan pertemuan gelak ketawa di ribersayid dan di bawah jambatan sambil perwakilan bernostalgia akan kerusi menteri dan jawatan di dalam GLC dan entiti SWF?

Selasa, 4 November 2014

KESOTONGAN POLOTIKUS MELAYU ALAF BARU MEMBAWA BENCANA KEPADA MELAYU.

Musuh-musuh Islam dan Melayu faham benar mengenai kelemahan dan kepalsuan Polotikus Melayu Alaf baru. Kelemahan dan kepalsuan itu dijadikan para musuh mentransformasikan dan mereformasikan polotikus Melayu Alaf Baru menjadi Encik Sotong dengan pelbagai jenama. Dijual murah di pasaran politik dan dijadikan 'Snack' waktu menonton filem 'Philadelphia'. 

Sistem Demokrasi kita memaksa kita memilih polotikus yang bertanding dalam pilihanraya bagi membentuk Badan Legislatif dan badan Eksekutif (EXCO & Mak Jemaah Menteri). Dan, polotikus Melayu Alaf baru hanya mampu menawarkan calun-calun takde mutu keunggulan dan tiada Semangat Juang yang dah dikompromi Semangat jatidiri Melayu mereka. 

Calun-calun tidak dipilih dan pandangan pengundi Melayu tidak diambilkira kerana pemilihan dibuat oleh puak ELITIS KELAB POLOTIK mereka. Jadi kita memang TAK DIBERI PILIHAN lah. 

Sejak 2004, kita ditawarkan calun-calun yang dikosmetikan dengan mekap propaganda politikal yang amat tebal tapi palsu segala-galanya. Kelompok polotikus Melayu Alaf Baru gagal untuk bersatu dan gagal untuk menyatukan Suara Mereka. Bahkan, suara mereka seringkali tenggelam dalam suara-suara sumbang puak polotikus-bukan-Melayu Alaf Baru.  Yang mereka berjaya hanyalah mempromosikan diri mereka sendiri. 

Kekuatan sokongan yang diberikan oleh pengundi Melayu seramai lebih 6 juta orang dipersiakan oleh Polotikus Melayu Alaf baru dengan melakukan tindakan-tindakan yang merugikan Melayu. Paling menyedihkan, tindakan-tindakan itu dilakukan kerana ketakutan mereka kepada pengundi Cina dan Tamil yang tak mengundi mereka pun. 

Keadaan sudah menjadi terbalik, yakni Polotikus Melayu Alaf Baru lebih menjaga pengundi yang tak mengundi mereka. Sepatutnya, mereka menjaga pengundi yang mengundi mereka. Mereka memberikan alasan bahawa tanpa pengundi Cina dan Tamil, mereka tak boleh menjadi EXCO dan MAK JEMAAH MENTERI. Bermakna mereka tidak memerlukan undi pengundi Melayu yang mereka kata sudah berpecah menjadi empat dan tak solid. Pala Hotak mereka. 

Dalam tempoh 5 tahun, pengundi yang mengundi mereka hanya diberikan perhatian dan manafaat selama sebulan sebelum pilihanraya. Selepas itu, mereka cuma fikir apa projek pembangunan nak sakau.

Kini terdengar kata-kata bahawa mereka yakin dan konpiden boleh menguasai minda serta keyakinan pengundi Melayu serta pengundi Cina dan Tamil dengan STRATEGI SOTONG mereka. 

Syok Sendiri adalah Tema Utama Strategi Sotong mereka. Mood pengundi tak pernah mampu diterjemahkan oleh Power Poin presentation dan data yang dimanipulasi.  

Mereka gagal membina dan mencari semangat Jatidiri Melayu yang hilang dari mereka. Batin mereka kosong tapi poket penuh. Dan mereka fikir, wang ringgit mampu mengekalkan mereka di puncak kuasa selama-lamanya. 

Taktik dan kaedah 'Rindu dan Dendam' yang mereka amalkan ke atas pengundi Melayu, difikirkan mampu mengabui pengundi Melayu sepanjang masa. Mereka lupo yang pengundi Melayu masakini lebih cerdik berbanding mereka. 

Mereka rela diperalatkan dan dijadikan keldai oleh pengundi Cina, Tamil dan polotikus bukan Melayu. Mereka mendakwa merekalah Pejuang Asli yang tulin. Bila benar-benar diamati, kita dapat melihat dengan jelas perkataan 'Made In China' di dahi mereka. Dan kad waranti mereka tertulis , "Once Broken Considered No Good Forever". Dan pada kotak pembungkusan mereka tertulis, " Handle With Care - Fragile Goods". 

Anda mungkin skeptik dengan artikel ini dan merasa sakit hati teramat sangat. Tapi penulisan ini bukan Penyedap hati Polotikus Melayu Alaf baru. Ianya ibarat seperti mengasah tajam sebilah PARANG KONTOT YANG SUDAH MENJADI BESI LUSUH dan mengilat semula 'SEBATANG BESI YANG DAH KARAT TEROK". 

Insya Allah Hu Ta'ala, kita boleh tengok nanti keputusan PRU 14 mendatang. Samada artikel ini betul aatu sebaliknya. Tapi jangan bimbang, Melayu Kebanyakan tetap ada JALAN KELUAR. Kita hanya perlu yakin sepenuhnya kepada perjalanan Takdir Allah Hu Ta'ala dalam Qada' dan Qadar Nya. Dan puak polotikus Melayu Alaf Baru tidak mempunyai untung nasib yang baik berbanding Melayu Kebanyakan dalam Qada dan Qadar yang mendatang. 


Isnin, 3 November 2014

100% MACAI KHADAM PUAK POLITAIK PKR SETUJU KETUM MELIWAT SAIFUL.

Sekadar penulisan ringkas mengenai analisa reaksi dan maklum balas puak macai khadam politaik PKR mengenai rayuan liwat anwar sang ketum idola mereka. 

Kesemua mereka (macai khadam setia penjilat tegar sang Ketum politaik PKR) bersetuju, perbuatan liwat berlaku dan terjadi. Ini kita dapat lihat secara tersurat dan tersirat dalam setiap posting-posting mereka di media sosial. Atau dengan katalain, mereka setuju liwat berlaku secara suka-sama-suka (seperti penghujahan mendiang Karpal Singh dan 14 loyor tim pembalaan anwar ibrahim dengan 46 poin hujah bulan dibuat daripada keju hijau).

Mereka cuma pertikaikan perkara ini sahaja:-
  1. Kenapa Saiful tak terjun bangunan masa liwat berlaku?;
     
  2. Kenapa Laporan Perubatan Pertama mengatakan Saiful mengaku di jolok batang plastik (keterangan Saiful sudah menjawab persoalan ini dan keterangan doktor berkenaan pun sudah menjelaskan dalam bentuk menegatifkan botol plastik - botol plastik berkenaan tidak dipanggil sebagai saksi oleh tim pembalaan anwar pada bila-bila masa pun)
  3. Mengenai DNA Lelaki Y yang dijumpai - namun mengenai DNA, tim pembalaan anwar ibrahim gagal menemui Lelaki DNA Y dan tidak dapat mempertikaikan keterangan bagaimana DNA Ketum boleh dijumpai sejauh 4 cm di dalam rektum mangsa.
Jadi jelas lah, satu kesimpulan yang pasti kita boleh buat tanpa memprejudiskan hak-hak rayuan ketum dan tanpa sebarang niat menggangu proses rayuan ketum; bahawa macai khadam poltitaik PKR pun bersetuju Ketum mereka adalah pengamal amalan kaum Sodom dan Gemurah.

Sekian terimakasih. - FAIR COMMENT 

Ahad, 2 November 2014

POLOTIKUS MELAYU ALAF BARU HILANG PUNCA & LEMAH SEMANGAT JUANG@NajibRazak




Mengulas dari luar akan Konvensyen UMNO Selangor dan ucapan Presiden UMNO; kita dapat mendengar dengan jelas Presiden UMNO meluahkan 'Letih' nya dengan komitmen dan semangat juang UMNO Selangor sejak kalah pada 2008 & 2013. Melayu Kebanyakan lagi lah LETIH dan pelbagai 'RIT" dengan komitmen dan semangat juang Politikus UMNO Alaf Baru. Selangor terlepas dari UMNO bukan kerana PR kuat tapi UMNO Selangor sendiri yang membenarkan ianya berlaku.

Selama 57 tahun UMNO Selangor tidak menambah ahli dan tidak mempedulikan strategi kemenangan di Selangor. Semuanya mereka ambil mudah dan Take For Granted. Akhirnya, Melayu Kebanyakan LETIH dan bertindak untuk menerima semua dakyah propaganda PR pada 2008. Namun, bukan salah UMNO Selangor sahaja.

Bahkan, UMNO PUSAT dan UMNO NEGERI buat derk dan buat tak tahu sahaja untuk mengambil tahu bilangan pengundi dalam PDM mereka dan pertambahan bilangan pengundi dalam PDM mereka. 

Mereka juga tidak memantau pun kawasan-kawasan perumahan baru. Malah membiarkan sahaja tokeh-tokeh DAP membangunkan kawasan perumahan baru dan dengan diam-diam menambah bilangan pengundi mereka. 

Mereka juga tidak memperkasakan dan memperkukuhkan kedudukan mereka serta menguasai masjid-masjid serta surau-surau kariah dalam PDM-PDM mereka sendiri. 

Mereka juga tidak mempedulikan dan tidak mengambil berat untuk memujuk dan mengambil hati kelompok peniaga Melayu serta pekerja swasta agar masuk menjadi ahli UMNO.

Mereka juga gagal mendekati kumpulan sokongan baru di kalangan pengundi Cina dan pengundi Tamil di semua kawasan PDM-PDM mereka.

Mereka juga gagal berkorban membelanjakan wang ringgit dan harta bertimbun mereka untuk program-program kemasyarakatan bagi mendekati para pengundi di kawasan PDM-PDM mereka.

Mereka juga gagal mempertajamkan kemahiran komunikasi, sahsiah diri, kepimpinan dan macam-macam lagi kelemahan yang tidak diperbaiki. 

Mereka juga tidak pernah nak ambil tahu dan memperkasakan mana-mana pertubuhan Silat dan Persatuan Silat di tempat mereka sendiri ! Program Budaya dan Program Keagamaan yang di buat oleh mereka apabila mereka tengah kelemasan di asak puak polotikus dap pkr pas.

MAJLIS PENERANGAN langsung takde ! Hanya ada masa dekat Pilihanraya. Pendekata, UMNO PUSAT dan UMNO NEGERI memang tidak bersedia sepanjang masa. Komitmen dan semangat juang mereka 'Bermusim' dan  di kala 'Poket Kosong.'

Mereka tidak pun menjemput dan menawarkan kepada MELAYU KEBANYAKAN dan penyokong mereka untuk menyertai dan bersama dalam setiap program mereka. Tiada ucapan Terima Kasih pun daripada mereka kepada penyokong dan Melayu Kebanyakan kerana membantu UMNO ke puncak KUASA selama 57 tahun. 

UMNO PUSAT juga banyak menyumbang kepada kekalahan UMNO di Selangor sejak 2008. Masalah Utama UMNO BARU ialah mereka hanya menerima ahli baru dari kalangan Kontraktor dan yang berduit sahaja. Mereka menutup pintu kepada golongan profesional, anak muda dan penyokong sendiri.

Ide-ide baru yang bernas datang daripada penyokong mereka, diketepikan dan dikesampingkan dengan jawapan retorik , "alarh itu kami dah fikirkan' Ya dah fikirkan tapi tak buat! Satu lagi jawapan retorik mengada yang diterima ialah, "Masa belum sesuai' Helo, Masa Tak Menunggu Kamu dan Masa Itu Tidak Akan Mengikut Kehendak Kamu. Kita lah yang sepatutnya mencipta dan mengujudkan kondisi bagi MASA YANG SESUAI. 

Berkenaan PEMASARAN POLITIKAL pula, mana ada pemimpin UMNO yang benar-benar memahami konsep itu. Yang mereka faham konsep PEMASARAN PROJEK.

Dan satu lagi PENYAKIT KRONIK UMNO BARU ialah mereka memang tidak tahu nak menjaga Kepentingan dan kebajikan ahli serta penyokong mereka sendiri, Mereka juga tidak tahu bagaimana nak mengawal MINDA dan KELAKUAN pengundi Cina dan Tamil. 

Sejak 2003, Polotikus Melayu UMNO BARU di alaf Baru  betul-betul menunjukkan sikap Pentingkan diri sendiri & puak mereka; tunjuk ego sombong dan angkoh bongkak; pendapat Konsultan lebih diutamakan daripada pendapat ahli akar-umbi dan penyokong sendiri. Mereka sendiri pun memperlihatkan dan mengamalkan sikap Dwi-Standar dan tidak mempercayai penyokong dan ahli mereka sendiri. 

Malah, walaupun tewas teruk dua kali di Selangor, mereka masih mengamalkan sikap dan budaya Eksklusif dan Elitis serta menyombong dengan penyokong sendiri. Mereka sendiri yang memusuhi penyokong mereka sendiri. Dan mereka juga memusuhi di antara satu sama lain. 

Mereka juga tidak menghormati dan tidak tahu adab dengan penyokong mereka sendiri waima penyokong mereka memberikan penghormatan dan beradab dengan mereka. 

Pendekata, betul lah kata Presiden UMNO, MELAYU KEBANYAKAN dan penyokong UMNO BARU dah LETIH mengalami pelbagai 'RIT' dengan sikap dan amalan bahlol retorik sombong angkoh ingkar yang sentiasa ditunjukkan oleh pemimpin UMNO BARU sendiri.

JADI LETIH LAH NAK TUNGGU MEREKA BERUBAH DAN TUNGGU MEREKA KELUAR DARI KEPOMPONG ILUSI KHAYALAN MEREKA.


Rabu, 29 Oktober 2014

TRAGEDI TANAH RIZAB MELAYU & HAK PEMILIKAN TANAH MELAYU - POLITIKUS KATA MEREKA DEWATA PEMILIK TANAH.

Hati Amat Sedih Melihat Melayu DI Layan Begini 

Mereka Bukan Penjenayah Tapi Mereka Pertahankan Kediaman Mereka.

Pada 1hb Febuari 1974, sewaktu arwah Tun Abdul Razak mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah kawasan Wilayah Persekutuan dan ibukota Negara, dan Sultan Selangor bersedia menyerahkannya; tidaklah mereka berdua mahukan perkara-perkara buruk berlaku ke atas Melayu yang berhijrah ke Kuala Lumpur dan penduduk asal Kuala Lumpur.

Namun setelah 40 tahun berlalu, kebanyakan kawasan-kawasan penempatan Melayu yang baru selepas 1969; satu persatu mula dirobohkan. Waima dinaikkan flat-flat PPRT, namun ianya tidak mencukupi dan tidak selesa bagi perkembangan dan pembinaan insaniyah.

Sebelum merdeka, semasa Tunku Abdul Rahman melakukan kesilapan menerima dan memberi kewarganegaraan kepada puak pendatang seramai 1 juta orang; Raja-raja Melayu memaklumkan kepada Undang Nan Empat mengenai hasrat Tunku Abdul Rahman. Maka, diperbuatkan oleh Undang Nan Empat satu persetiaan yang kemudian dinamakan WASIAT 7 RAJA-RAJA MELAYU. Persetiaan ini tetap terpakai sehingga kiamat dunia. Tidak boleh diubah walaupun satu huruf. Jika di ubah maka hukuman daripada Allah Hu Ta'ala akan sampai kepada puak yang ingkar dan mungkir. Dan itu sudah pun berlaku.

Antara lain, dimasukkan mengenai Pemilikan Tanah dimana 50% tetap dirizabkan kepada Melayu termasuklah segala gunung-ganang, bukit-bukau, kuala Sungai, Lembah, sungai dan tasik. Tapi, bukit yang pertama terlepas dari pemilikan Melayu ialah Genting Highlands. 

Kini, diketahui bahawa selepas 57 tahun merdeka, tanah rizab Melayu hanya tinggal 12% sahaja. Semasa FELDA ditubuhkan, dimana Melayu diberikan 10 ekar tanah untuk diteroka, pemilikan tanah rizab Melayu meningkat. Bila, berlaku 'Dawn Raid' maka sempurnalah sikit pemilikan tanah kembali ke dalam penguasaan pentadbiran yang diterajui oleh politikus Melayu. 

Keadaan itu menjadi terbalik dan gostan apabila setelah tak mampu nak menangkis serangan puak pembangkang, pentadbiran Pak Lah dan Najib membuka semula pemilikan-pemilikan kepada korporat-korporat yang didalangi kapitalis-kapitalis kaum pendatang puak NWO.

Salah satu mangsa kapitalis NWO ialah para penduduk Kampung Chubadak di Sentul. Oleh kerana undang-undang tanah negara menetapkan bahawa pemilikan tanah terletak kepada pihak berkuasa negeri, maka tak nampaklah kapitalis NWO yang buat jahat. Yang kelihatan buat jahat ialah Pihak Berkuasa. 

Namun begitu, timbul juga persoalan, kenapa Pihak Berkuasa menerima cadangan dan pelan pembangunan daripada pihak kapitalis NWO? Maka, bilamana penentangan dan bantahan di buat, dikatakan menentang gomen. Walhal, yang dibantah dan dilawan bukan gomen tapi pihak kapitalis NWO.

Memang rakyat Melayu musykil dan masyghul, kenapa Pihak Berkuasa, pegawai-pegawai DBKL, Kementerian, Menteri serta politikus Melayu sanggup bersyubahat dan bersengkongkol dengan kapitalis NWO untuk ambil penempatan Kampung Chubadak. Kemanakah penduduk Kampung Chubadak nak pergi dan menetap?

Dan kenapa kepentingan kapitalis NWO diberikan perlindungan berbanding kepentingan penduduk penempatan Kampung Chubadak?

Dan kenapa Pihak Berkuasa tidak memberikan sahaja pegangan hakmilik tanah lot kepada penduduk Kampung Chubadak selama ini? Tidakkah itu akan membuat mereka membayar Cukai Tanah dan Cukai Pintu kepada DBKL? Dan hilanglah apasaja 'Status Kependudukan' mereka di mata Pihak Berkuasa? Inilah yang dipersoalkan dan dipertikaikan. Takkan itu hendak dianggap sebagai 'Melawan Gomen'?

Kita bercerita mengenai HAK PEMILIKAN TANAH bagi orang MELAYU. Bukannya kita bercerita mengenai Hak Pemilikan Tanah bagi warga asing. Sedangkan warga asing melalui syarikat-syarikat EXPATRIAT boleh pulak memiliki aset-aset dan tanah. Kenapa MELAYU tak diberikan HAK YANG SAMA?

Penempatan Setinggan mula bercambah selepas tragedi 13 Mei 1969 bagi mengimbangi jumlah penduduk bukan Melayu di Kuala Lumpur. Malangnya, usaha berkenaan menyebabkan berlakunya gerakan mahasiswa pada tahun 1974 yang melihat penempatan setinggan dirobohkan. Kita boleh bacalah permainan dan strategi siapa sebenarnya dan dalang utama perobohan penempatan setinggan di atas nama Pembangunan di atas hujah 'Nak Tambah Pendapatan Melalui Cukai Tanah & Cukai Pintu' kepada DBKL.

Permasalahan penempatan Melayu di Kuala Lumpur sepatutnya diselesaikan dengan cara Pemberian Hakmilik Tanah Lot kepada mereka. Dan bukannya dengan menerimapakai cadangan-cadangan dan pelan-pelan pembangunan korporat-korporat NWO yang memang bencikan Melayu ada di Kuala Lumpur. 

Melayu tak nak PPRT, Melayu nak Hakmilik Tanah Lot di Kuala Lumpur. Kenapa tak nak beri Hakmilik Tanah Lot kepada Melayu di Kuala Lumpur? Dan kemudiannya dirizabkan sebagai Rizab Melayu?

Sepatutnya, 50% keluasan tanah di Lembah Kelang dirizabkan sebagai Rizab Melayu dan Melayu diberikan pegangan Hakmilik Tanah Lot seluas setengah ekar. Ini adalah Hak Yang Termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Seharusnya, sudah dimulakan semula Penstrukturan Semula Pemilikan Tanah di Kuala Lumpur. Di mana pemilikan hartanah melalui Pegangan Hakmilik Strata dikaji semula. 

Manakala, mekanisma harga bagi penjualan hartanah di Kuala Lumpur ditetapkan dan diikat pada satu kadar yang Mampu Beli dan bukan Mampu Tengok. Harga hartanah di Kuala Lumpur sepatutnya ditetapkan dibawah RM200,000.00 sahaja.

Seperkara lagi, pihak perbankan pun amat cemburu dan hasad dengki terhadap pembeli-pembeli hartanah. Mereka enggan memberikan kerjasama yang baik dan bersikap prejudis serta diskriminasi terhadap pembeli-pembeli Melayu.

Politikus Melayu gagal membasmikan amalan-amalan prejudis dan diskriminasi terhadap peniaga dan pembeli Melayu dikalangan korporat dan perbankan yang dikuasai kaum pendatang.

Kita boleh melihat dengan amat jelas amalan-amalan diskriminasi dan prejudis diamalkan dengan bebas oleh kaum pendatang disemua sektor industri dan ekonomi dalam sektor swasta. 

Perkara itu sentiasa didiamkan oleh Politikus Melayu setiapkali dibangkitkan oleh MELAYU. Kenapa hendak mendiamkan suara-suara Melayu yang mahu amalan-amalan itu dihapuskan?

MELAYU hanya mahukan Hak-hak mereka dan tidak mahu Hak-hak kaum pendatang. 

MELAYU juga mahu Hak-hak yang sikit tinggal itu tidak lagi diberikan kepada mana-mana pihak.

INILAH CABARAN BUAT POLITIKUS MELAYU YANG SETIAPHARI KATA MEREKA ADALAH DEWATA PEMILIK TANAH YANG TIDAK MEMPEDULIKAN PEMILIKAN TANAH MELAYU. JIKA MEREKA GAGAL DAN TERUS BERDIAM DIRI, MAKA KEMURKAAN DAN HUKUMAN DARIPADA ALLAH HU TA'ALA MENIMPA MEREKA DAN SELURUH KETURUNAN MEREKA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...