Ahad, 2 November 2014

POLOTIKUS MELAYU ALAF BARU HILANG PUNCA & LEMAH SEMANGAT JUANG@NajibRazak




Mengulas dari luar akan Konvensyen UMNO Selangor dan ucapan Presiden UMNO; kita dapat mendengar dengan jelas Presiden UMNO meluahkan 'Letih' nya dengan komitmen dan semangat juang UMNO Selangor sejak kalah pada 2008 & 2013. Melayu Kebanyakan lagi lah LETIH dan pelbagai 'RIT" dengan komitmen dan semangat juang Politikus UMNO Alaf Baru. Selangor terlepas dari UMNO bukan kerana PR kuat tapi UMNO Selangor sendiri yang membenarkan ianya berlaku.

Selama 57 tahun UMNO Selangor tidak menambah ahli dan tidak mempedulikan strategi kemenangan di Selangor. Semuanya mereka ambil mudah dan Take For Granted. Akhirnya, Melayu Kebanyakan LETIH dan bertindak untuk menerima semua dakyah propaganda PR pada 2008. Namun, bukan salah UMNO Selangor sahaja.

Bahkan, UMNO PUSAT dan UMNO NEGERI buat derk dan buat tak tahu sahaja untuk mengambil tahu bilangan pengundi dalam PDM mereka dan pertambahan bilangan pengundi dalam PDM mereka. 

Mereka juga tidak memantau pun kawasan-kawasan perumahan baru. Malah membiarkan sahaja tokeh-tokeh DAP membangunkan kawasan perumahan baru dan dengan diam-diam menambah bilangan pengundi mereka. 

Mereka juga tidak memperkasakan dan memperkukuhkan kedudukan mereka serta menguasai masjid-masjid serta surau-surau kariah dalam PDM-PDM mereka sendiri. 

Mereka juga tidak mempedulikan dan tidak mengambil berat untuk memujuk dan mengambil hati kelompok peniaga Melayu serta pekerja swasta agar masuk menjadi ahli UMNO.

Mereka juga gagal mendekati kumpulan sokongan baru di kalangan pengundi Cina dan pengundi Tamil di semua kawasan PDM-PDM mereka.

Mereka juga gagal berkorban membelanjakan wang ringgit dan harta bertimbun mereka untuk program-program kemasyarakatan bagi mendekati para pengundi di kawasan PDM-PDM mereka.

Mereka juga gagal mempertajamkan kemahiran komunikasi, sahsiah diri, kepimpinan dan macam-macam lagi kelemahan yang tidak diperbaiki. 

Mereka juga tidak pernah nak ambil tahu dan memperkasakan mana-mana pertubuhan Silat dan Persatuan Silat di tempat mereka sendiri ! Program Budaya dan Program Keagamaan yang di buat oleh mereka apabila mereka tengah kelemasan di asak puak polotikus dap pkr pas.

MAJLIS PENERANGAN langsung takde ! Hanya ada masa dekat Pilihanraya. Pendekata, UMNO PUSAT dan UMNO NEGERI memang tidak bersedia sepanjang masa. Komitmen dan semangat juang mereka 'Bermusim' dan  di kala 'Poket Kosong.'

Mereka tidak pun menjemput dan menawarkan kepada MELAYU KEBANYAKAN dan penyokong mereka untuk menyertai dan bersama dalam setiap program mereka. Tiada ucapan Terima Kasih pun daripada mereka kepada penyokong dan Melayu Kebanyakan kerana membantu UMNO ke puncak KUASA selama 57 tahun. 

UMNO PUSAT juga banyak menyumbang kepada kekalahan UMNO di Selangor sejak 2008. Masalah Utama UMNO BARU ialah mereka hanya menerima ahli baru dari kalangan Kontraktor dan yang berduit sahaja. Mereka menutup pintu kepada golongan profesional, anak muda dan penyokong sendiri.

Ide-ide baru yang bernas datang daripada penyokong mereka, diketepikan dan dikesampingkan dengan jawapan retorik , "alarh itu kami dah fikirkan' Ya dah fikirkan tapi tak buat! Satu lagi jawapan retorik mengada yang diterima ialah, "Masa belum sesuai' Helo, Masa Tak Menunggu Kamu dan Masa Itu Tidak Akan Mengikut Kehendak Kamu. Kita lah yang sepatutnya mencipta dan mengujudkan kondisi bagi MASA YANG SESUAI. 

Berkenaan PEMASARAN POLITIKAL pula, mana ada pemimpin UMNO yang benar-benar memahami konsep itu. Yang mereka faham konsep PEMASARAN PROJEK.

Dan satu lagi PENYAKIT KRONIK UMNO BARU ialah mereka memang tidak tahu nak menjaga Kepentingan dan kebajikan ahli serta penyokong mereka sendiri, Mereka juga tidak tahu bagaimana nak mengawal MINDA dan KELAKUAN pengundi Cina dan Tamil. 

Sejak 2003, Polotikus Melayu UMNO BARU di alaf Baru  betul-betul menunjukkan sikap Pentingkan diri sendiri & puak mereka; tunjuk ego sombong dan angkoh bongkak; pendapat Konsultan lebih diutamakan daripada pendapat ahli akar-umbi dan penyokong sendiri. Mereka sendiri pun memperlihatkan dan mengamalkan sikap Dwi-Standar dan tidak mempercayai penyokong dan ahli mereka sendiri. 

Malah, walaupun tewas teruk dua kali di Selangor, mereka masih mengamalkan sikap dan budaya Eksklusif dan Elitis serta menyombong dengan penyokong sendiri. Mereka sendiri yang memusuhi penyokong mereka sendiri. Dan mereka juga memusuhi di antara satu sama lain. 

Mereka juga tidak menghormati dan tidak tahu adab dengan penyokong mereka sendiri waima penyokong mereka memberikan penghormatan dan beradab dengan mereka. 

Pendekata, betul lah kata Presiden UMNO, MELAYU KEBANYAKAN dan penyokong UMNO BARU dah LETIH mengalami pelbagai 'RIT' dengan sikap dan amalan bahlol retorik sombong angkoh ingkar yang sentiasa ditunjukkan oleh pemimpin UMNO BARU sendiri.

JADI LETIH LAH NAK TUNGGU MEREKA BERUBAH DAN TUNGGU MEREKA KELUAR DARI KEPOMPONG ILUSI KHAYALAN MEREKA.


Rabu, 29 Oktober 2014

TRAGEDI TANAH RIZAB MELAYU & HAK PEMILIKAN TANAH MELAYU - POLITIKUS KATA MEREKA DEWATA PEMILIK TANAH.

Hati Amat Sedih Melihat Melayu DI Layan Begini 

Mereka Bukan Penjenayah Tapi Mereka Pertahankan Kediaman Mereka.

Pada 1hb Febuari 1974, sewaktu arwah Tun Abdul Razak mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah kawasan Wilayah Persekutuan dan ibukota Negara, dan Sultan Selangor bersedia menyerahkannya; tidaklah mereka berdua mahukan perkara-perkara buruk berlaku ke atas Melayu yang berhijrah ke Kuala Lumpur dan penduduk asal Kuala Lumpur.

Namun setelah 40 tahun berlalu, kebanyakan kawasan-kawasan penempatan Melayu yang baru selepas 1969; satu persatu mula dirobohkan. Waima dinaikkan flat-flat PPRT, namun ianya tidak mencukupi dan tidak selesa bagi perkembangan dan pembinaan insaniyah.

Sebelum merdeka, semasa Tunku Abdul Rahman melakukan kesilapan menerima dan memberi kewarganegaraan kepada puak pendatang seramai 1 juta orang; Raja-raja Melayu memaklumkan kepada Undang Nan Empat mengenai hasrat Tunku Abdul Rahman. Maka, diperbuatkan oleh Undang Nan Empat satu persetiaan yang kemudian dinamakan WASIAT 7 RAJA-RAJA MELAYU. Persetiaan ini tetap terpakai sehingga kiamat dunia. Tidak boleh diubah walaupun satu huruf. Jika di ubah maka hukuman daripada Allah Hu Ta'ala akan sampai kepada puak yang ingkar dan mungkir. Dan itu sudah pun berlaku.

Antara lain, dimasukkan mengenai Pemilikan Tanah dimana 50% tetap dirizabkan kepada Melayu termasuklah segala gunung-ganang, bukit-bukau, kuala Sungai, Lembah, sungai dan tasik. Tapi, bukit yang pertama terlepas dari pemilikan Melayu ialah Genting Highlands. 

Kini, diketahui bahawa selepas 57 tahun merdeka, tanah rizab Melayu hanya tinggal 12% sahaja. Semasa FELDA ditubuhkan, dimana Melayu diberikan 10 ekar tanah untuk diteroka, pemilikan tanah rizab Melayu meningkat. Bila, berlaku 'Dawn Raid' maka sempurnalah sikit pemilikan tanah kembali ke dalam penguasaan pentadbiran yang diterajui oleh politikus Melayu. 

Keadaan itu menjadi terbalik dan gostan apabila setelah tak mampu nak menangkis serangan puak pembangkang, pentadbiran Pak Lah dan Najib membuka semula pemilikan-pemilikan kepada korporat-korporat yang didalangi kapitalis-kapitalis kaum pendatang puak NWO.

Salah satu mangsa kapitalis NWO ialah para penduduk Kampung Chubadak di Sentul. Oleh kerana undang-undang tanah negara menetapkan bahawa pemilikan tanah terletak kepada pihak berkuasa negeri, maka tak nampaklah kapitalis NWO yang buat jahat. Yang kelihatan buat jahat ialah Pihak Berkuasa. 

Namun begitu, timbul juga persoalan, kenapa Pihak Berkuasa menerima cadangan dan pelan pembangunan daripada pihak kapitalis NWO? Maka, bilamana penentangan dan bantahan di buat, dikatakan menentang gomen. Walhal, yang dibantah dan dilawan bukan gomen tapi pihak kapitalis NWO.

Memang rakyat Melayu musykil dan masyghul, kenapa Pihak Berkuasa, pegawai-pegawai DBKL, Kementerian, Menteri serta politikus Melayu sanggup bersyubahat dan bersengkongkol dengan kapitalis NWO untuk ambil penempatan Kampung Chubadak. Kemanakah penduduk Kampung Chubadak nak pergi dan menetap?

Dan kenapa kepentingan kapitalis NWO diberikan perlindungan berbanding kepentingan penduduk penempatan Kampung Chubadak?

Dan kenapa Pihak Berkuasa tidak memberikan sahaja pegangan hakmilik tanah lot kepada penduduk Kampung Chubadak selama ini? Tidakkah itu akan membuat mereka membayar Cukai Tanah dan Cukai Pintu kepada DBKL? Dan hilanglah apasaja 'Status Kependudukan' mereka di mata Pihak Berkuasa? Inilah yang dipersoalkan dan dipertikaikan. Takkan itu hendak dianggap sebagai 'Melawan Gomen'?

Kita bercerita mengenai HAK PEMILIKAN TANAH bagi orang MELAYU. Bukannya kita bercerita mengenai Hak Pemilikan Tanah bagi warga asing. Sedangkan warga asing melalui syarikat-syarikat EXPATRIAT boleh pulak memiliki aset-aset dan tanah. Kenapa MELAYU tak diberikan HAK YANG SAMA?

Penempatan Setinggan mula bercambah selepas tragedi 13 Mei 1969 bagi mengimbangi jumlah penduduk bukan Melayu di Kuala Lumpur. Malangnya, usaha berkenaan menyebabkan berlakunya gerakan mahasiswa pada tahun 1974 yang melihat penempatan setinggan dirobohkan. Kita boleh bacalah permainan dan strategi siapa sebenarnya dan dalang utama perobohan penempatan setinggan di atas nama Pembangunan di atas hujah 'Nak Tambah Pendapatan Melalui Cukai Tanah & Cukai Pintu' kepada DBKL.

Permasalahan penempatan Melayu di Kuala Lumpur sepatutnya diselesaikan dengan cara Pemberian Hakmilik Tanah Lot kepada mereka. Dan bukannya dengan menerimapakai cadangan-cadangan dan pelan-pelan pembangunan korporat-korporat NWO yang memang bencikan Melayu ada di Kuala Lumpur. 

Melayu tak nak PPRT, Melayu nak Hakmilik Tanah Lot di Kuala Lumpur. Kenapa tak nak beri Hakmilik Tanah Lot kepada Melayu di Kuala Lumpur? Dan kemudiannya dirizabkan sebagai Rizab Melayu?

Sepatutnya, 50% keluasan tanah di Lembah Kelang dirizabkan sebagai Rizab Melayu dan Melayu diberikan pegangan Hakmilik Tanah Lot seluas setengah ekar. Ini adalah Hak Yang Termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Seharusnya, sudah dimulakan semula Penstrukturan Semula Pemilikan Tanah di Kuala Lumpur. Di mana pemilikan hartanah melalui Pegangan Hakmilik Strata dikaji semula. 

Manakala, mekanisma harga bagi penjualan hartanah di Kuala Lumpur ditetapkan dan diikat pada satu kadar yang Mampu Beli dan bukan Mampu Tengok. Harga hartanah di Kuala Lumpur sepatutnya ditetapkan dibawah RM200,000.00 sahaja.

Seperkara lagi, pihak perbankan pun amat cemburu dan hasad dengki terhadap pembeli-pembeli hartanah. Mereka enggan memberikan kerjasama yang baik dan bersikap prejudis serta diskriminasi terhadap pembeli-pembeli Melayu.

Politikus Melayu gagal membasmikan amalan-amalan prejudis dan diskriminasi terhadap peniaga dan pembeli Melayu dikalangan korporat dan perbankan yang dikuasai kaum pendatang.

Kita boleh melihat dengan amat jelas amalan-amalan diskriminasi dan prejudis diamalkan dengan bebas oleh kaum pendatang disemua sektor industri dan ekonomi dalam sektor swasta. 

Perkara itu sentiasa didiamkan oleh Politikus Melayu setiapkali dibangkitkan oleh MELAYU. Kenapa hendak mendiamkan suara-suara Melayu yang mahu amalan-amalan itu dihapuskan?

MELAYU hanya mahukan Hak-hak mereka dan tidak mahu Hak-hak kaum pendatang. 

MELAYU juga mahu Hak-hak yang sikit tinggal itu tidak lagi diberikan kepada mana-mana pihak.

INILAH CABARAN BUAT POLITIKUS MELAYU YANG SETIAPHARI KATA MEREKA ADALAH DEWATA PEMILIK TANAH YANG TIDAK MEMPEDULIKAN PEMILIKAN TANAH MELAYU. JIKA MEREKA GAGAL DAN TERUS BERDIAM DIRI, MAKA KEMURKAAN DAN HUKUMAN DARIPADA ALLAH HU TA'ALA MENIMPA MEREKA DAN SELURUH KETURUNAN MEREKA.

Selasa, 28 Oktober 2014

KEGAGALAN MENGAWAL PERUSUH DI UM - TOLERANSI YANG MEMANGKINKAN KEGANASAN POLITIKAL.

Perusuh di UM berjaya masuk ke dalam UM dan seorang pesalah seksual tabie' berjaya memberi ceramah. Menambahkan lagi parah di luka masyarakat, seorang mahasiswa berikrar sanggup dipecat dari UM hanya untuk membantu seorang pesalah jenayah seksual luar tabie'. So, apa nak jadi dengan Politik Malaysia? Tapi kita mesti bersangka baik. 

Menariknya, rusuhan berkenaan turut dihadiri oleh beberapa orang Politikus dari parti pembangkang. So, Politikus sendiri mengajar kepada generasi muda agar menjadi perusuh dan di pihak satu lagi seolah-olah menggalakkan ianya berlaku. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Pada kacamata seorang anggota masyarakat yang tak angkat pot sangat nak mempertahankan seorang penjenayah seksual luar tabie', kejadian di UM di lihat sebagai suatu 'Permainan Politikal' yang penuh keji dan jijik.

Kita melihat betapa lemahnya penguatkuasaan dengan hanya 'berpagarkan' yang mampu dirempuh dan di buka oleh perusuh. Apa yang berlaku sebenarnya? Adakah sememangnya, pesalah seksual luar tabie' itu memang dirancang agar boleh berpidato jua? Tapi kita mesti bersangka baik. 

Kita tak nampak pun sebarang kesungguhan di pihak berkuasa mahupun politikus di pihak kerajaan komited menghalang rusuhan dari berlaku. sebaliknya mereka kelihatan seperti merestui dan meredhoi ianya berlaku dan memang berharap ianya terjadi ??? Adakah begitu???? Tapi kita mesti bersangka baik. 

Suatu kemusykilan di mana arahan tertinggi di pihak pengurusan sebuah IPTA dibiarkan berkeseorangan menghadapi rusuhan dan karenah unsur-unsur anarkis dan subversif dikalangan pelajar mereka. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Apakah, pengurusan UM akan dipersalahkan oleh politikus kerajaan nanti? Nampaknya begitulah. Bagaimana pula Menteri yang jaga KDN? Apa pula kisahnya IGP kita? Bagaimana pula reaksi pak AG? Kita harus berbaik sangka seperti kita berbaik sangka pada malam ini yang menyaksikan sekumpulan anarkis dan subversif berjaya merobohkan undang-undang. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Kejayaan perusuh pada malam ini sudah tentu menjadi Obor Semangat untuk mereka melakukan perkara sama di Istana Kehakiman di Putrajaya. Lalu apakah tindakan dan pelan tindakan politikus di pihak kerajaan untuk menanganinya? Hanya hantar pagar dan sekumpulan pak gad warga Nepal dan Bangla ? Tapi kita mesti bersangka baik. 

Tindakan pasif politikus di pihak gomen dalam rusuhan malam ini seolah-olah memberikan suatu gambaran bahawa, 'Its ok lah .... rempuh lah apa pagar pun ... kita gomen amat sporting pasal Kebebasan Mutlak". Tapi kita mesti bersangka baik. 

Ambe jangkakan dan ramalkan, akibat kejadian pada malam ini, esok di Istana Kehakiman keadaan menjadi amat Havoc. Dan Tindakan Pasif akan diambil oleh pihak politikus di pihak gomen. Kerana mereka memang takuti Anwar Ibrahim. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Kita boleh menjangkakan senario di mana perusuh anarkis dan subversif 'berjaya' menawan istana Kehakiman. Dan kita boleh menjangkakan tiada pendakwaan akan dibuat terhadap para perusuh anarkis dan subversif. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Jika Anwar Ibrahim dibebaskan dari sabitan hukuman pada hari esok kemudian politikus di pihak gomen memberikan alasan-alsan dan hujah-hujah kebudak-budakan, ambe fikir politikus di pihak gomen mungkin sudah terlalu letih menjadi gomen selama 57 tahun dan teringin sangat nak menjadi Pembangkang pula. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Kita selaku rakyat yang masih tahu hormati undang-undang negara dan bersangka baik dengan Politikus di pihak gomen; tak perlu bimbang dan risau apa-apa. Semuanya berada dalam kawalan seperti insiden di Lahad Datu dan sebagainya. Tapi kita mesti bersangka baik. 

Dan sudah tentunya, kita perlu akur kepada kata-kata politikus di pihak gomen dan pembangkang bahawa, "....Tapi kita mesti bersangka baik. "

Bak kata seorang watak dalam filem MADU 3, " Baik ada Makna....." ehhh.... Tapi kita mesti bersangka baik. 

Isnin, 27 Oktober 2014

JANGAN MEMBELA IDOLA HANYA SEMATA IA ADALAH 'BERHALA POLITIK'

Masalah Politik Malaysia ialah kerana Politikus menjadi Berhala-berhala Hidup yang di sembah puji oleh anak-anak buah mereka. Tanyalah kepada mana-mana anak-anak buah politikus, yang keluar daripada mulut mereka hanya perkataan baik sahaja mengenai bos-bos politik mereka waima pada masa mereka bercakap itu, bos-bos politik mereka sedang mabok Carlsberg sambil berpeluk cium dengan GRO di dalam bilik VVVIP di sebuah karaoke di Bukit Bintang. 

Betul lah tu. Bukankah mereka mengamalkan sunah akhlak yang baik yakni menjauhi ghibah, fitnah dan menjauhi sangka-sangkaan buruk? Cuma bahagian berkata benar sahaja mereka masih belum dapat hidayah dan inayah untuk mengamalkannya secara konsisten kecuali pada masa 24 jam sebelum mengundi sekali setiap lima tahun. 

Anda jangan hairan jika anak-anak buah Politikus sentiasa memviralkan gambar-gambar bos-bos mereka sedang solat dan mengambil wudhu'. Kata mereka, ianya untuk memberikan gambaran dan imej yang baik kepada bos-bos mereka. Malah jika ada sekalipun video lucah/ porno bos-bos mereka, dengan cepat mereka menghapal hadis-hadis, petikan-petikan ulama' muktabbar berserta mukasurat dan nama kitab dan ayat-ayat al Quran bagi menghalalkan segala kebatilan bos-bos mereka. Tapi setakat itu sahaja lah penghapalan mereka. 

Kita tak pernah pun membaca sebarang status dan komen positif daripada anak-anak buah politikus. Yang banyak disebarkan oleh mereka hanyalah persepsi negatif mengenai saingan politikal mereka. Apa yang menarik ialah, kaedah hipokrasi mereka. Di satu perspektif, mereka arahkan anak-anakbuah mereka memviralkan keburukan saingan mereka. Di satu perspektif lain pula mereka memberikan imej bahawa mereka terlebih alim wara' dari segala malaikat yang ada. 

Soalan-soalan yang kita tanyakan kepada mereka berkenaan dengan satu-satu fakta dan informasi biasanya diberikan jawapan klise yakni 'Saya setuju dan saya akan take note' atau jawapan klise, "Kita kena redho dan bersyukur" atau jawapan klise, "Anda berfikir di luar kotak" dan persoalan itu hanya terhenti di situ tanpa sebarang Tindakan.

Pada Politikus mereka tak pernah berbuat salah dan tak mampu melakukan sebarang kejahatan. Itu adalah suatu perkara yang Amat Mustahil , dakwa mereka! Selain itu mereka turut berjaya menipu diri mereka sendiri dengan bantuan daripada setan-setan yang bersarang di hati mereka, dengan dakwaan bahawa mereka bertindak demi kepentingan pengundi dan rakyat. (Tolong jangan gelak).

Bila kita fikirkan sejenak, adakah kita memerlukan Politikus? Atau mereka yang perlukan kita? Kelebihan Politikus kerana mereka mendapat Kuasa-kuasa Eksekutif dan Legislatif. Jika mereka tiada Kuasa-kuasa itu, apakah mereka diperlukan?

Politikus hanya gah kerana dengan kuasa-kuasa eksekutif dan legislatif itu, mereka mengumpul kekayaan demi kekayaan. Kerja dan peranan mereka hanya bermesyuarat dan luluskan projek-projek yang mereka akan pastikan diperolehi oleh kroni, nepotis dan anak2 buah mereka sahaja.

Kita mempunyai Pilihan Yang Lebih Baik dari keberadaan Politikus di kalangan kita. Ketaatan dan kesetiaan ada Had Batas Sempadan. Apa faedahnya membela dan melindungi Politikus atas nama Setia dan Taat jika mereka pun memandang amat rendah dan memperlekehkan kita?

Tahukah anda bahawa semua Politikus Malaysia tak kira dari pihak mana, sudah tertanam kuat dalam diri mereka yang mereka Lebih Berkuasa dan Menguasai Rakyat dengan kuasa-kuasa Eksekutif dan Legislatif? Malah Budaya anak-anak buah mereka pun terlebih sudu dari kuah. Mereka tetap akan memandang rendah dan hina kepada rakyat bawahan.

Sifat bongkak, ego, sombong, takkabur, angkoh sudah terlalu menebal dalam diri puak politikus. 

Dan kini mereka mencari jalan dan alasan untuk melarikan diri dari semua tanggungjawab mereka.

Jumaat, 24 Oktober 2014

MAAL HIJRAH 1 MUHARAM 1436 , MARILAH KITA BERDOA KERANA DOA ADALAH SENJATA MUKMIN..

‪#‎Bismillah‬ 
Salamun 'Alaikum

SEMPENA MAAL HIJRAH 1 MUHARAM 1436 INI ... MASUK WAKTU MAGHRIB HARI INI, MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA, BERTAQWA & BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH HU TA'ALA ATAS 99 NAMA ALLAH HU TA'ALA, 114 SURAH AL QURAN, 30 JUZU' AL QURAN, 7 HURUF ASAS MUTAAQAT AL QURAN, 1,027,000 HURUF-HURUF DALAM AL QUR'AN, KITA PERTAJAMKAN DOA DAN MUNAJAT KITA, AGAR:-

1. AMALAN SONGSANG, PENYELEWENGAN, KEJAHATAN SERTA KEMUDARATAN POLITIK & POLITIK TERHAPUS SAMASEKALI;

2. MUSUH-MUSUH ISLAM DI NEGARA INI MENJADI LEMAH BINASA & KEKUATAN MEREKA HANCUR LEBUR, PERANCANGAN MEREKA GAGAL MUTLAK, SEGALA TIPU DAYA, HELAH MUSLIHAT MUSNAH MUTLAK DAN MEREKA BERPUTUS ASA;

3. ALLAH HU TA'ALA MENGHUKUM SEKERAS-KERASNYA DENGAN SIKSAAN & AZAB YG AMAT CEPAT & PEDIH KE ATAS:- 
a. GOLONGAN YG MEMBATALKAN YG HAQ DAN MEMBENARKAN YG BATHIL 

b. GOLONGAN PENGHISAP DARAH 

c. GOLONGAN PENYEKAT REZEKI 

d. GOLONGAN ADU DOMBA

e. GOLONGAN DURI DALAM DAGING, MUSUH DALAM SELIMUT & GUNTING DALAM LIPATAN

SERTA HANCUR BINASALAH SEMUA GOLONGAN TERSEBUT DAN TERUSIR DENGAN SENDIRI DARI TANAH JAWI INI

3. AGAR ISLAM KEMBALI KUKUH DAN DIAMALKAN SEPERTIMANA ASAL MULA AWAL ISLAM MASUK KE TANAH JAWI INI & SEPERTI DIAMALKAN PADA ZAMAN PARA SAHABAT RASULLULLAH SHALLALLAHU ALAIHIS SALAAM

4. TERTEGAK KEMBALI DAULAH PEMERINTAHAN MANHAJ NUBUWWAH SEMATA-MATA KERANA ALLAH HU TA'ALA

5. GOLONGAN PUAK PENENTANG, GOLONGAN INGKAR & GOLONGAN SYUBAHAT DENGAN SENDIRINYA TERUSIR DARI TANAH JAWI INI BESERTA KETURUNAN MEREKA

6. SEGALA PINTU-PINTU KEJAHATAN & KEMUDARATAN TERTUTUP DAN TERBUKA SEGALA PINTU-PINTU KEBAIKAN & KEMANAFAATAN

7. SEMUA YANG BERHAK MEMPEROLEHI KEMBALI HAK-HAK MEREKA.

AL FATIHAH ...
AMIIN .....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...