Petikan daripada Harakah sebelum wujudnya Tahaluf Siyasi 'Menempah Bilik Neraka'. Ada juga terselit berita mengenai 'MAT SABU HANYA BERKHALWAT'. Oleh itu, ambe lepaskan kepada imaginasi para pembaca sekelian untuk menilai, dimanakah kejujuran DAP PKR PAS dalam Tahaluf Siyasi mereka. Dan arahtuju sebenar mereka bertiga. Tak dinafikan, mereka bertiga memang menolak ISLAM dan mempersendakan ISLAM serta memperbodohkan Rakyat.
Isnin, 23 September 2013
Sabtu, 21 September 2013
Azalina Utamakan Kepentingan Agama Bangsa Dan Negara & Ketepikan Kepentingan Diri.
KENYATAAN AKHBAR DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
JUMAAT 20 SEPTEMBER 2013
1. Setelah mengambil kira nasihat dan pandangan daripada pelbagai pihak, saya dengan penuh takzim mengesahkan tidak akan menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia didalam pemilihan parti kali ini.
2. Saya yakin keputusan saya ini akan diterima baik oleh semua pihak demi perpaduan dan keutuhan UMNO. Sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan parti dan sayang serta cintakan UMNO, apa yang penting bagi saya ialah melihat UMNO terus padu, utuh dan unggul bagi kita bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya UMUM ke-14 nanti.
3. UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi. UMNO bukan dimiliki oleh individu atau pihak tertentu. UMNO adalah untuk semua ahlinya demi menjaga kepentingan dan hak orang Melayu.
4. Saya juga secara rasmi mengumumkan penawaran diri saya sabagai calon bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Ketua UMNO Bahagian Pengerang. Saya yakin dengan pengalaman dan kebolehan yang ada pada diri saya sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal sehingga hari ini dan pernah menjadi Menteri Kabinet serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Naib Presiden UMNO, saya mampu mencurah bakti dan berkhidmat kepada parti, ahli-ahli UMNO, bangsa, Negara dan Agama.
5, Disini saya saya juga ingin mengambil kesempatan mengulas kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mengucapkan jutaan terimakasih kepada beliau yang telah menjanjikan sokongan padu Pergerakan Wanita UMNO kepada saya bagi merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said
Ahli Parlimen Pengerang (P157)
Akhirnya, segala persoalan mengenai Dato Azalina Othman Said didalam PAU, terjawab. Dan amat perlulah, Kak Ijat menunaikan janji-janjinya. Terbukti Dato Azalina Othman Said bukan seorang yang gilakan kuasa dan jawatan. Sanggup berkorban demi keutuhan parti dan mendahulukan perpaduan ahli serta Hak Orang Melayu.
“Umno adalah untuk semua ahlinya demi menjaga kepentingan dan hak orang Melayu,” kata Azalina.
Beliau yakin pengalamannya sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal berturut-turut, pernah menjadi Menteri kabinet, pernah menjawat Naib Presiden, pernah menjadi Ketua Pergerakan Puteri UMNO, mampu digunakan untuk berbakti dan berkhidmat kepada parti, ahli-ahli UMNO, agama, bangsa dan negara.
Beliau akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang. Dan memilih untuk bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Inilah pemimpin yang kita perlukan. Sanggup ketepikan kepentingan diri, tidak tamak jawatan dan kuasa. Menghormati yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda daripadanya.
Beliau akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pengerang. Dan memilih untuk bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Inilah pemimpin yang kita perlukan. Sanggup ketepikan kepentingan diri, tidak tamak jawatan dan kuasa. Menghormati yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda daripadanya.
Jadi, ambe serulah kepada semua 150,000 orang perwakilan yang bakal mengundi, berilah undi anda kepada Dato Aza bagi membolehkan kita mempunyai seorang pemimpin berjiwa besar seperti beliau didalam saf kepimpinan UMNO.
Ambe respeklah Dato Aza.
Kak Ijat, anda wajib tunaikan janji-janji anda!
Kak Ijat, anda wajib tunaikan janji-janji anda!
Jumaat, 20 September 2013
UBAH Muka - Anwar Ibrahim Petua Madu Bersepah-sepah.

Mengkreditkan Artikel kepada dua orang bloger Dr MiM dan Kedah Ke KL.
Gambar kredit rakyatnews.my, Dr MiM dan Kedah Ke KL.
Bosan punya pasal, sebab tak boleh 'cari pasal'. Akhirnya dapat juga 'Bahan' untuk di'lawak'kan. Politik Malaysia jangan ambil serius sangat. Sebab, pada hemat ambe, politikus Malaysia ini semuanya bertaraf Pelawak. Oklah, akhir-akhir ini, timbul pertanyaan mengenai per'UBAH'an pada muka bang Non. Dari cengkung ke berisi padat dan licin bak telur rebus pengantin baru pada pulut kuning. Pada pandangan mata ambe, pipi bang Non seperti membengkak secara 'tak semulajadi'. Maka timbullah 'misteri' pada per-UBAH-an muka bang Non. Marilah kita bersama merungkai 'misteri' tersebut.

Menurut bloger Kedah Ke KL memetik pendapat Dr MiM, ada kemungkinan botox dan suntikan vitamin C memainkan peranan. Dan memetik kata bang Non,

"Kerana MADU dan SENYUMAN hehe.."
Lantak ko lah bang Non.....
Selasa, 17 September 2013
Syukur Alhamdu-Lillah, Bapak Komunis dah Mampos.
Negara ini namanya Malaysia. Semasa mendapatkan kemerdekaan pada 1957, dan penggabungan wilayah pada 1963, bapak komunis si mampos Chin Peng tidak pernah mengiktirafkan kemerdekaan Malaysia dan penubuhan Malaysia. Malah, perjuangan si mampos Chin Peng ialah menolak dan menafikan kemerdekaan negara dan Malaysia. Sama seperti puak-puak pelampau anti kemerdekaan dan Jalur Gemilang. Mereka tak mengiktiraf kemerdekaan dan Malaysia. Cuma bezanya, Chin Peng tak mempunyai Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran seperti puak-puak anti-kemerdekaan dan Jalur Gemilang.
Kesimpulannya ialah, dimanakah hak untuk membawa balik abu mayat si mampos itu ke Malaysia? Yang kemerdekaan Malaysia pun si mampos tu tak pernah nak iktiraf. Si mampos dan parti Komunis Malaya berjuang dan menentang kemerdekaan dan penubuhan Malaysia. Yang peliknya, depa berjuang dakwa depa melawan British dengan membunuh rakyat yang tak berdosa seramai mana yang dapat.
Apa yang depa fikir masa tu? Takkan membunuh rakyat tak berdosa itu dikatakan 'melawan British?'. Kalau rakyat habis dibunuh, bagaimana nak tubuhkan negara? Depa dakwa depa bunuh 'barua-barua' dan 'anjing-anjing' British. Hai, takkan janin dalam perut yang mak bapaknya depa bunuh secara kejam, adalah 'barua-barua' dan 'anjing-anjing' British? Malah pada si mampos, nyawa rakyat jelata yang tak berdosa tak bernilai apa-apa, melainkan sekadar 'Kerosakan Kolateral'. Apakejadahnya?
Itu ke jenis manusia yang nak diagung-agungkan dan disanjung-sanjung sebagai Pejuang? Tak layak langsung! Bahkan, si mampos dan gerombolannya yang membuat pilihan mereka sendiri. Diberikan peluang pun semasa hidup, si mampos masih tetap berdegil. Sendiri punya salah.
Ahad, 15 September 2013
Puak Syiah & Sosialis Patut Terjun KeDalam Kumbahan Najis.
DAP PKR PAS PSM berjaya melahirkan ramai manusia ingkar dan jahil murakkab. Lebih jahil murakkab dari lembu dan Fir'aun. Pemimpin mereka dengan Fir'aun dan Haman satu 'level'. Menipu dan berdusta memang tak boleh dipisahkan dengan mereka. Ketaksoban mereka adalah sama dengan ketaksoban puak kafir Quraisy yang menyembah berhala Al Uzza dan Al Latta. Teras perjuangan mereka ialah amalan assobiyah. Amalan sihir Mesir Purba dan ilmu hitam pun depa buat.
Gerak kerja depa didalam politik sungguh meloyakan dan memualkan. Semuanya boleh belaka bagi depa. Depa sama merbahaya dengan puak komunis dulu. Meluat sungguh bila depa persoalkan mengenai Yang DiPertuan Agong dan Institusi Raja-raja Melayu. Apa yang menjadi kesusahan kepada depa pun? Kenapa depa dok sibuk pasai apa perlu ada YDPA dan Institusi Raja-raja?
Setahu ambe lah, YDPA dan Institusi Raja-raja tak menyusahkan depa pun. Tapi depa yang paling banyak nyusahkan rakyat dengan demo dan bantahan serta fitnah ciptaan depa. Tindakan depa dah banyak memalukan dan mengaibkan agama, bangsa dan negara. Depa spesis 'Sore-Losers'. Diri mereka sendiri pun mereka tak mampu nak uruskan.
Langgan:
Catatan (Atom)

