Sabtu, 10 Ogos 2013

BUKU PAK LAH KATAKUNCI PEMBUKA ZAMAN BU-DU

AWAKENING - TERSEDAR, adalah terma yang membawa maksud sama dengan ZEITGEIST. Binatang spesis apakah benda tu? Zeitgeist dipelopori oleh sekumpulan anak muda yang beraspirasi tinggi. Kumpulan anaknmuda mana? Anak muda yang dilahirkan dan di didik oleh Sosialis Fabian dalam diam dan senyap. Nurul Izzah , Nik Nadzmi serta KJ adalah pemimpin muda dalam gerakan Zeitgeist. Cuma mutakhir ini, ada sedikit perlencongan pergerakan tersebut dari matlamat asalnya. Zeitgeist sudah lama wujud. Sejak Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pergerakan UMNO dulu. Bila zeitgesit sudah lama wujud... apa selepas Zeitgeist? Selepas zeitgeist ialah Awakening. Apa Zeitgeist dan apa Awakening?

PADA SEBUTAN LIDAH Melayu itulah yang di sebut sebagai Mulkan Jabbariyah. Apa itu Mulkan Jabbariyah? Itulah zaman di mana kehendak pemerintah dipaksakan ke atas rakyat. Benarkah begitu? Sebenarnya, ianya adalah zaman anak-anak muda menjadi pemerintah. Dan kehendak mereka akan dipaksakan ke atas rakyat. Bagaimana anak-anak muda ini naik dalam tangga sosial politik untuk menjadi pemerintah? Dan kenapa mereka mahu menjadi pemerintah? Bagaimana mereka memaksakan kehendak mereka ke atas rakyat bila mereka menjadi pemerintah? Di mana mereka berada di kalangan kita?

Dimanakah bukti-bukti yang membuktikan mereka wujud? Apakah aspirasi dan matlamat mereka? Jawapannya ialah, sejauh mana dan setajam mana celiknya minda dan mata hati anda untuk melihat dan mengenal kebenaran ? Renungkanlah kembali semua isu-isu politikal yang berbangkit akhir-akhir ini. Dan bertanya kepada diri anda sendiri, kenapa wujud kondisi yang mendesak di mana rakyat mencari-cari sang adiwira? Dan kenapa anda hanya disogokkan dengan isu-isu yang tertentu saja? Dan kenapa pemikiran dan penglihatan anda terarah kepada persoalan-persoalan tertentu saja? Dan kenapa mereka kelihatan menyokong dan membantu Tunggul Perdana? 

Kelemahan manusia pada duit dan seks. Dua perkara ini mampu menjadikan mana-mana manusia yang tiada teguh pendirian adalah berkelayakan menjadi hamba abdi yang tunduk patuh dan setia kepada tuan mereka. Tapi manusia yang bebas, adalah musuh utama kelompok berkenaan. Tapi sejauhmana mereka mampu mengekang  manusia bebas? 

TIADA SIAPA BOLEH MENGEKANG JIKA ALLAH MAHU MEMBERI DAN TIADA SIAPA BOLEH MEMBERI JIKA ALLAH MENGEKANG.

Jumaat, 9 Ogos 2013

Buku TERSEDAR dan Zaman BU-DU

Briget welsh adalah penulis buku Pak Lah bertajuk TERSEDAR 'AWAKENING'. Beliau ialah guru kepada  Nurul Izzah anak perempuan Anwar Ibrahim, yang bapanya merupakan mentor politik KJ, yang selama ini di didik oleh seorang politikus dari Pantai Timur. Tokoh tersebut juga rapat dengan sebuah ngo yang bergiat aktif dalam alam maya yang dikepalai oleh .... ..... .... perkenalan KJ dengan isterinya sudah di atur lama oleh puak broker kuasa. Sejauhmana kebenaran kisah tersebut, kita nantikan sahaja. 

KJ adalah satu-satunya, watak penyelamat yang sengaja di cipta puak BU-DU. Ada lagi beberapa watak Pembantu Adiwira. KESEMUANYA anak-anak muda belaka. Kesemuanya mencipta nama dalam masa yang begitu singkat. Falsafah mereka, "Women,Money, Power". 

Mereka licik dan bijak menjerat mana-mana individu untuk berkhidmat kepada mereka. Tiada kebenaran yang keluar daripada mulut mereka melainkan penipuan dan pendustaan. Mereka lebih terok dan dahsyat daripada Syiah, puak Liberal, puak Plural dan puak Sosialis demokrat. Mereka bukan broker kuasa politik sebaliknya mereka adalah MAFIOSO POLITIK. 


Bila Nurul Izzah bersetuju melancarkan buku Pak Lah yang didalangi sepenuhnya oleh KJ, kita sudah mampu mencium 'haruman' konspirasi politikal puak Mafioso Politik. Pemberi dana kepada mereka ialah puak-puak Keynesians. 

Pada PAU Disember nanti, mereka sudah menyediakan skrip ultra-Melayu untuk di baca oleh Tunggul Perdana mereka. Sasaran mereka kini ialah menghapuskan saki-baki kekuatan kuasa politik rangkaian Tun Dr. Mahathir. 

Kenapa mereka mahu skrip itu di baca semasa PAU nanti? Kerana ucapan itu bakal dijadikan pencetus gelombang 'Kematian' kepada Ketuanan Melayu. Kenapa mereka mahu mematikan Ketuanan Melayu? Akan didedahkan dalam siri artikel seterusnya nanti. 



Khamis, 8 Ogos 2013

Kenapa Buku Pak Lah Tak Mesra Melayu?

Buku Pak Lah telah di kecam dan di kritik hebat. Ambe belum membacanya lagi. Ambe fikir ambe perlu membacanya terlebih dahulu. Projek menulis buku bagi pemimpin adalah projek penulisan lumayan. Sudah terlintas di benak fikiran kita muka KJ di sebalik buku betkenaan. KJ sejak Pak mertuanya diturunkan dari takhta, tak mudah melupakan impiannya untuk menjadi PM. Malah KJ sering dipertahankan para macai PKR.  

Persoalan yang bermain di fikiran ambe ialah kenapa Pak Lah hantam PERKASA? Setahu ambe sentimen anti PERKASA adalah sentimen KJ. Ambe masih mengkaji dan menganalisa sentimen tak mesra Melayu di kalangan para pemimpin Melayu. Buat masa ini ambe menyeru setiap seorang Melayu tanamkan jatidiri Melayu dan mula bangkit menyatakan hak anda selaku Melayu. 

MELAYU PERLU BANGKIT SENDIRI MENYATAKAN HAK!

Melayu Rajok. Raikanlah Satu-satunya Vid Raya Daripada Pemimpin Islam Pada Tahun Ini.

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وللهِ الْحَمْدُ

Hari Raya .... 
Org Melayu bertugas
Tahun Baru Cina....
Org Melayu bertugas 
Thaipusam .....
Org Melayu bertugas 
Krimas ......
Orang Melayu bertugas 
PRU 13 ............
Orang Melayu Selamatkan BN 
Tapi musykil orang Melayu, hanya satu Iklan Hari Raya daripada pemimpin Melayu Islam daripada semua parti politik.



Adab Pada Hari Raya 1 Syawal 1434 Hijrah

  1. Mandi Sunat Haari Raya Aidilfitri
  2. Solat Subuh berjemaah
  3. Bermaafan sesama anggota famili
  4. Bertakbir dari malam raya sehingga terbenam matahari di hari raya 
  5. Solat jemaah Sunat Aidilfitri
  6. Menziarahi kaum keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga
Selamat Menyambut Aidilfitri ..... 

Rabu, 7 Ogos 2013

Edisi AidilFitri Menjelang Syawal 1434 , Ada Tak Ada Yang Penting Kita Gembira.

Syawal menjelang tiba. Alhamdu-Lillah-hir-Robbil-'alaamiin. Syukur. Semoga dapat ketemu lagi Ramadan dan Syawal di tahun-tahun hadapan. Bertemu Ramadan dan Syawal adalah kegembiran yang tak terhingga nikmat-Nya. Allah Ta'ala berfirman dalam surah An Najm, bahawa yang menjadikan manusia ketawa dan menangis adalah Dia (Allah Ta'ala). Jadi samada kita menangis dan ketawa , itu adalah nikmat pemberian Allah Ta'ala. Biasanya, orang bila nak raya, orang lupa mengenai nikmat kegembiraan dan kesedihan bila Syawal menjelang. Itu semua pemberian daripada Allah Ta'ala. Samada kita gembira dan sedih , bak kata Salih Yaakob dalam lagunya 'ADA TAK ADA' yang penting kita gembira. Jadi sambutlah Aidilfitri dengan GEMBIRA. Mohonlah kepada Allah Ta'ala agar anda diberikan KEGEMBIRAAN. Jom layan lagi di bawah ini.


MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA JIKA ADA YANG TERSINGGUNG DAN TERASA HATI SELAMA INI. 

selamat hari raya- ceriakan aidilfitri anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...