Ahad, 12 Mei 2013

2 ANALISA PRU13 YANG TERBAIK DAN MANTAP &HALATUJU PRU 14 #TolakPR


Ada dua artikel paling berkesan dan efektif untuk dijadikan landasan dan panduan gerak kerja PRU 14. Klik kepada dua pautan di bawah ini.

http://medan-info-kita.blogspot.com/2013/05/strategi-najib-untuk-5-tahun-mesti-tepat.html


Secara ringkas fakta PRU 13.

BN mendapat undi 5.22 juta undi
DAP PKR PAS mendapat 5.48 juta undi. 

BN dapat 133 kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi Parlimen masa PRU12. Hilang 7 kerusi Parlimen di mana 4 dari nya adalah di Pahang.

DAP PKR PAS menambah 7 kerusi Parlimen.

Perlis, Pahang, Johor, Melaka dan Sabah BN berjaya kekalkan 2/3 majoriti.

DAP PKR PAS berjaya memperkuatkan kedudukan di Selangor dan memperolehi 2/3 majoriti bila digabungkan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh mereka.


Walaupun BN berjaya menawan semula Kedah dengan majoriti mudah serta mendapatkan mandat baru di Perak, BN gagal menawan Pulau Pinang dan Kelantan.

Malah Pembangkang dilihat memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri berkenaan, manakala Terengganu hampir tumbang ke tangan Pembangkang.... Manakala di Negeri Sembilan juga BN menang dengan majoriti mudah.

BN memperolehi 275 dari 505 kerusi DUN. 

DAP paling untung berbanding PAS dan PKR di mana menyaksikan DAP memperolehi kerusi Parlimen 38.

MCA dan GERAKAN terus lebur di telan pengundi Cina.

Usul dan Cadangan PRU 14

Kabinet mestilah mantap dan jitu. Calun-calun Kabinet mestilah mereka yang rakyat boleh terima.

Perwakilan Cina dalam kerajaan perlu di kaji semula waima mereka pernah bantu BN pada 1999 tapi pengundi tersebut kini sudah di telan pengundi Cina yang baru.

Calun-calun PRU 14 mestilah mengikut pilihan rakyat dan bukan pilihan hirarki parti. Pemimpin UMNO melakukan pengorbanan dalam hal ini. 

DS Najib perlu dengar nasihat ramai orang. Jangan lagi biarkan Penasihat bertanding. 

Perkhidmatan perundingcara perlu ditamatkan segera.

Jenayah perlu ditangani dengan kewibawaan seorang Menteri KDN yang benar-benar ampuh dan jitu. Kerajaan perlu tegas dalam tindakan dan tidak terlalu longgar dengan DAP PKR PAS PSM.

Korupsi, Najib perlu tegas dalam hal ini dan tidak memilih mana-mana pemimpin yang terpalit dengan tuduhan korupsi. 

Akhirkata, calun-calun PRU 14 mestilah muka baru dan benar-benar bersih serta di pilih oleh rakyat. 

NASIHAT OTAI KEPADA TUNAS BARU DALAM UMNO - HELO WAKUP KOL !

Memang betul apa yang diperkatakan. 

Apa yang berlaku ialah Pertembungan IDEOLOGI di antara fahaman yang di bawa oleh UMNO/BN dengan puak SOSIALIS. 


SOSIALISMA pula ada banyak jenis dan ragam. 

Anda perlu tahu bahawa ada kelompok dalam PAS membawa SOSIALIS ISLAM yang dikelompokkan dalam SOSIALIS RELIGUS yakni memperalatkan Agama untuk mencapai cita-cita politik.

DAP membawa SOSIALIS DEMOKRAT yang lebih cenderung kepada cauvinistik perkauman dan pembawa doktrin TEOLOGI PEMBEBASAN. Sosialis jenis ini menggunakan sentimen perkauman dan agama sebagai subjek penindasan dan kezaliman. 

PKR pula pembawa fahaman SOSIALIS LIBERAL yakni menjadikan Hak Asasi Manusia dan pertentangan kelas sebagai subjek untuk menimbulkan kebencian kepada kerajaan. Kononnya bagi mencapai Keadilan Manusia Sejagat.

Tunas Baru dalam UMNO perlu fahami konsep ideologi politik yang di bawa oleh UMNO dan yang menjadi asas kepada Barisan Nasional. 

Politik Baru ternyata gagal menyelamatkan UMNO/Barisan Nasional. 

Sabtu, 11 Mei 2013

DARI PRU 13 KE PRU 14 - GUAN ENG AKAN KEKAL JADI KETUA MENTERI P PINANG SELAGI BELIAU BERNYAWA #TolakPR


Buat pertama kalinya DAP berjaya mencapai matlamat mereka memecahkan undi Melayu kepada empat yakni:- BN , PAS, PKR dan DAP sehingga diimbangi oleh peratusan undi Cina yang akan kekal mengundi DAP (lihat rajah yang dikeluarkan SPR. Percaturan seterusnya ialah mengekalkan status-quo ini. Di samping itu DAP akan meningkatkan lagi kebencian sesama Melayu tanpa memprejudiskan Cina di dalam sengketa tersebut. Hasrat DAP menjadikan Cina sebagai KINGMAKER sudah berjaya dan jika orang Melayu masih memecahkan undi mereka , dalam tempoh 10 tahun lagi MELAYU HILANG PENGUASAAN DALAM BIDANG POLITIK, EKONOMI & SOSIAL.


Untuk kali kedua , Lim Guan End menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang satu jawatan akan bakal dihakmilikkan oleh keluarga Lim Kit Siang selagimana orang Cina masih berfantasi mengenai 'Kuasa Mutlak' mereka. 

Di satu segi, orang Cina akan kehilangan lebih banyak keistimewaan dan peluang-peluang berbanding semasa mereka menyokong Barisan Nasional. Pengundi Cina akan sedar sendiri kesilapan mereka menyokong aspirasi DAP. Kita hanya perlu berpeluk tubuh dan melihat je la gelagat mereka nanti. 

Kesan saikologi yang dicetuskan oleh DAP tidak akan mampu bertahan lama di kalangan orang Cina. Lama-kelamaan bila perot menjadi semakin kosong dan orang Cina terpaksa 'Kow-tow' kepada taikun-taikun DAP, orang Cina akan sedar juga. 


Berapa lama orang Cina sanggup bertahan duduk dan mencari makan dengan taikun-taikun DAP? Penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam komuniti Cina. Pada kali ini, orang Cina sendiri akan sedar bahawa bangsa merekalah yang paling kuat menindas dan menzalimi bangsa mereka sendiri. Mereka akan sedar sendiri nanti bilamana mereka terpaksa membayar 'Wang dan Bunga Pasar' serta 'Fee' kepada taikun-taikun DAP yang membebankan dan memperhambakan mereka.

Barisan Nasional hanya perlu membina kelompok dan kluster pengundi baru dan terus menerus mengekalkan sokongan penyokong-penyokong tegar mereka. Sentiasa ingat pesanan SUA UMNO " Jangan di layan politik DAP PKR PAS".

PASKA #PRU13 - DAP HENJUT PAS & PKR PENAIK PERKAUMAN CINA, KIT SIANG KAKI KELENTONG NO 1.


Hasil didikan Ekstrimis Perkauman Cina oleh DAP


Salah Didikan DAP ke atas anak-anak muda Cina.

Kita jangan tanya lagi APA ORANG CINA MAHU sebaliknya kita tanya APA PILIHAN ORANG CINA?
Apakah benar DAP tersasar dari sasaran mereka dalam PRU 13?
Sebenarnya DAP telah mencapai 100% matlamat mereka dalam PRU 13.
Jangan nak percaya la drama-drama yang sedang berlaku di kalangan pemimpin DAP PKR PAS. Itu semua drama daaaa.
Apasaja yang keluar di dalam suratkhabar Cina pun jangan percaya lah.
Itu semua sebahagian skrip-skrip yang sudah disediakan sebelum PRU 13 lagi. 
Azmin Ali kritik Anwar Ibrahim dan nepotisma dalam PKR ? Itu skrip lawak je la. 

DAP sedar mengenai Mentaliti UMNO mengenai 'Kongsi Kuasa' dan 'Barisan Nasional'. Kejayaan DAP berasaskan kepada pemahaman 'Mentaliti' tersebut. DAP menjadikan 'Mentaliti' itu sebagai suatu 'Mitos' dan suatu kekecewaan kepada UMNO, Barisan Nasional dan pengundi Cina. DAP berjaya menjadikan konsep 'Kongsi Kuasa' dan 'Barisan Nasional' sebagai tidak relevan samasekali.

Pengundi Cina tak rugi apa-apa pun dalam PRU 13. Setakat takde wakil dalam kerajaan apa ada hal pun dengan mereka? Mereka sudah ada Selangor dan Pulau Pinang 100% di bawah telunjuk mereka. Kini mereka sudah mempunyai Kuasa Politik untuk membuat polisi-polisi yang menguntungkan ekonomi, sosial, pendidikan dan politik mereka. Mereka hanya menunggu masa sahaja untuk menguasai di peringkat pusat.

Untuk dua generasi akan datang inilah halatuju politik orang Cina di Malaysia. Yakni Cina dengan urusan mereka serta mengasingkan diri dari arus perdana politik kaum lain. Sehinggalah mereka kehilangan hero-hero mereka di persada politik negara.

Sebarang usaha untuk bekerjasama dengan mereka sudah menjadi suatu Mitos dalam masa terdekat ini. Kebajikan mereka sudah pun mampu di jaga dan dilindungi oleh DAP dan rangkaian mereka di seluruh dunia.

Mana-mana komuniti orang Cina di dalam pdm-pdm di mana kawasan pilihanraya Parlimen dan DUN dimenangi oleh BN akan berlakon dan berdrama sahaja. Buat masa ini adalah lebih baik membiarkan saja orang Cina dengan cara mereka dahulu sehinggalah mereka kehilangan tempat bergantung dan hero-hero mereka lenyap di kalangan mereka. 

Inilah masanya untuk meningkatkan kekuatan orang Melayu dan peribumi serta komuniti India sehingga persaingan di pasaran terbuka menjadi amat sengit. Tak perlu lagi risau dan takut mengenai pandangan negatif dan kritikan berbaur perkauman. 

11HB MEI - ALLAH TA'ALA BERKATI UMNO


SELAMAT ULANGTAHUN WAHAI UMNO !
WUJUD MU KERANA ALLAH TA'ALA 
HAYAT MU HINGGA TIUPAN SANGKAKALA 
PEMIMPIN MU DATANG DAN PERGI 
PEMBELA MU SILIH BERGANTI 
PEWARIS MU SENTIASA BERGANTI
DISAYANGI RAKAN DAN TAULAN 
DISENANGI PIHAK SAINGAN 
DIHORMATI PIHAK LAWAN
BISMILLAH TENGKOLOK MU
ALIF BAA TAA PAKAIAN MU
SYAHADAH ROH MU
ALLAH MUHAMMAD KERIS MU 
PENGORBANAN JALAN MU 
TERPUTUSLAH BAGI YANG MEMBENCI MU 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...