Sabtu, 13 April 2013

#PRU13 Wajarkah Tempat Ibadah Dijadikan Bilik Gerakan? #TolakPR

KDYMM Sultan Selangor telah lama bertitah agar surau dan masjid tidak digunakan bagi tujuan politik.

Tapi kerana PAS merasakan mereka lebih besar dan lebih tinggi daripada Ketua Agama Negeri PAS tidak menghormati sebarang arahan Ketua Agama Negeri. PAS terlupa bahawa mereka tidak lagi memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Resam. Jawatan itu milik PKR yang diwakili oleh orang bukan Islam waima yang tercongok di depan ialah Khalid G.
 
Kita semua maklum bahawa PAS sudah menawarkan pakej baru, JOM UBAH DOSA JADI PAHALA selain pakej sorga, mati syahid, pahala solat dijamin, negara kebajikan dan yang tak terjangkau dek akal waras.

Halatuju PAS sudah dimeteraikan dengan Perjanjian Syaithan.  Perjanjian yang PAS kata sebagai Tahaluf Siyasi.

Bila surau dan masjid dijadikan Bilik Gerakan pada pandangan ambe, bukan pahala yang diperolehi tapi dosa saja dan menggangu ketenteraman ahli kariah dan jemaah untuk beribadat.

Bukan ke lebih baik surau dan masjid tidak digunakan bagi tujuan politik?
Walaupun di zaman baginda Rasullullah s.a.w. masjid digunakan sebagai tempat membincangkan masalah negara tapi tak pernah digunakan sebagai Bilik Gerakan Pilihanraya. Adalah mustahil untuk melakukan qias memgharuskan masjid digunakan bagi tujuan politik.

Tapi pada pandamgan PAS segalanya mungkin dengan pakej Hj Hadi, 
JOM TUKAR DOSA MENJADI PAHALA!

#PRU13 'DOSA MENJADI PAHALA' Jaminan Terbaru Hj Hadi Kepada Semua Pendosa @PapaGomo @barisannasional #TolakPR



Konpius Ambe dengan Ajaran Hj Hadi, Orang Islam Jadi Kafir, Mati Syahid Semasa Melawan Orang Islam, video saksi besi dan terkini Dosa Menjadi Pahala.

Kenyataan Mustapha Ali, SUA PAS :-
Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan. 
Berikut pula adalah apa yang Peguamnya kata..
Asmuni Awi, yang mengetuai firma Awi dan Co, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau baru sahaja dilantik oleh Mustafa untuk mewakilinya. "Ini memang fitnah. Tidak ada orang buat kerja ini melainkan Umno. "Pelanggan saya menafikannya. Video itu tiba-tiba sahaja muncul," kata Asmuni yang juga pengerusi Lajnah undang-undang PAS. Asmuni (kiri) memberi amaran bahawa anak guamnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengeluar atau blogger yang memuat-naik imej tersebut. "Kalau kita tahu prodesur siapa yang terbitkan video ini kita akan ambil tindakan," katanya.
Kenyataan Ahmad Maslan:-
“Tayar basikal pancit tepi jalan pun salah UMNO,” “Tidak adil apabila mengaitkan semua yang yang terjadi dengan UMNO, sepatutnya tuan punya badan tampil menafikan perkara itu. “Kalau betul diri tak bersalah hantar video berkenaan kepada pakar untuk disahkan pelaku dalam video itu bukan dirinya,”
Kenyataan Hasan Ali,:-
"Adakah wajar paparan yang menyalahi syarak itu berlaku kepada pimpinan besar parti boleh ditolak tepi dan cuba dimatikan begitu sahaja?,"tanya beliau. Sekiranya Dato Mustapa Ali menafikannya, beliau perlu sekurang-kurangnya bersumpah dengan nama Allah bahawa individu yang telibat dalam video tersebut bukan dirinya;(Kenyataan penuh sila ke pautan ini AgendaDaily
Paling kelakar ialah kenyataan Hj Hadi, :-
“Kita (PAS) anggap itu satu fitnah…lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). “Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala,”  Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon PAS untuk bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
Pada pemahaman ambe lah ke atas kenyataan Hj Hadi ialah:-
  1. Apa-apa pendedahan mengenai salahlaku mana-mana pemimpin PAS itu secara automatisnya adalah FITNAH; 
  2. Sebarang dosa melibatkan mana-mana pemimpin PAS , DOSA ITU BERTUKAR MENJADI PAHALA.
Bandingkan dengan apa yang pernah Hj Hadi perkatakan mengenai pendedahan mengenai peribadi pemimpin dan bakal pemimpin selepas PRK di Permatang Pasir (di mana PAS mengaibkan dan mendedahkan hal ehwal keluarga calun BN):-



Hj Hadi sudah konar baring lah bila ianya melibatkan 'checklist' mana-mana pemimpin DAP, PKR dan PAS. Secara umumnya bolehlah kita simpulkan, Hj Hadi lidahnya sudah berpintal seperti benang kusut dan 'Cakap Tak Serupa Bikin' dalam isu berbangkit mengenai soal maruah dan kepribadian Mustapha Ali waima masih belum disahkan secara rasmi samada Mustapha Ali menjadi calun atau tidak.

Beginilah 'Standar' sebuah Parti Politik yang menggunakan nama 'ISLAM' untuk melariskan segala produk-produk rosak dan sub-standar PAS. Dengan hanya beralasankan ' FITNAH' tanpa mengemukakan sebarangg bukti kukuh ( atau sedang dikilangkan bukti-bukti), serta tanpa merasa bersalah sedikit pun memutarbelitkan kenyataannya terdahulu, Hj Hadi menggunakan Janggut Sakti PAS, mengubah DOSA MENJADI PAHALA.

Adakah ianya kini menjadi satu lagi 'PAKEJ' dan 'PRODUK' PAS bagi sesiapa saja yang mahu mengundi PAS selain 'PAKEJ SORGA' , 'PAKEJ MATI SYAHID' dan 'PAKEJ NEGARA KEBAJIKAN' ?

You all masih mau lagi undi PAS ka ini macam?
Masih nak mempercayai mengundi PAS itu membantu AGAMA ISLAM?
Ada akai tolonglah gunakan dan jangan hanya menyerahkan OTAK dan AKAI kepada pemimpin PAS untuk BERFIKIR BAGI PIHAK ANDA!

MENOLAK PAS BERMAKNA ISLAM SELAMAT!

Jumaat, 12 April 2013

#PRU13 - SENARIO MAKIN PANAS ANTARA PAS & PKR, POLIS REPOT PENGADUAN DI LIWAT ANWAR IBRAHIM PULA KELUAR @PapaGomo

SMILE ! Yor Are On Candid Kamera !
Pemes Gwe ... Sapa Yang Upah ????? 
Lagi gambar-gambar di Mediawangsamaju.

Ok korang dah baca tak semua blog-blog Paperwaris, AAKJ, PapaGomo, Medan Info Kita, Mediawangsa , The Flying Kick berkenaan dengan video skandal seks berkenaan? Takpe di sini ambe nak tulis sedikit berkenaan faktanya:-
Telah disahkan dua orang anggota AMK ditahan berhubung penyebaran video lucah membabitkan seorang lelaki menyerupai Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dengan seorang wanita warga asing.
Kedua-dua orang anggota AMK tersebut kini ditahan polis untuk soal siasat
Dalam laporan awal, seorang lelaki telah ditahan oleh anggota polis di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut Terengganu. Pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat, Kampung Alor Lintang itu menemui 16 sampul surat yang mengandungi sekeping VCD setiap satu pada lelaki terbabit. - sumber The FlyingKick 
Petikan lain menyebutkan ~ HaprakNews:-
Pada 11/4/2013 jam lebih kurang 0745 hrs semasa pengadu bersama-sama KPL/S 14656 sedang menjalankan Tugas Rondaan MPV Kawasan pentadbiran Balai Polis Kg.Raja Besut Terengganu telah terima arahan daripada Bilik Gerakan IPD Besut untuk menjalankan pemeriksaan di Kampung Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu kerana terdapat maklumat orang awam menjumpai sampul surat yang mengandungi cakera padat berunsur lucah. Hasil pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat Kg.Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu telah menjumpai (16) sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi (1) keping cakera padat video gambar lucah. Kemudiannya barang kes di bawa balik ke IPD Besut Terengganu bagi tindakan lanjut.
Jadi video sensasi tersebut dijumpai di Terengganu. Diulangi dijumpai dan di kesan di Terengganu. 

Ada apa di Terengganu? Baca petikan ini:-
PAS Terengganu sepatutnya mengumumkan calon-calon DUN mereka malam ini. Bagaimanapun, pengumuman tersebut terpaksa ditunda ke 18 April memandangkan tentangan sengit telah dibuat oleh PKR yang masih dan enggan berganjak daripada tuntutan untuk bertanding di beberapa kerusi kuat PAS.
Orang yang dianggap menjadi PENGHALANG terbesar kepada PKR di Terengganu adalah Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. Malah Setiausaha Agung PAS itu dilihat sebagai ancaman utama kepada PKR di seluruh Malaysia apabila dikatakan dan dituduh menjadi PEMAIN UTAMA meletakkan nama calon-calon PAS untuk kerusi Parlimen, jauh lebih pantas daripada PKR sendiri.
Dek kerana itulah, PKR terpaksa mencari jalan dan mengusahakan sesuatu yang dilihat dapat memusnahkan Mustafa Ali. Mustafa Ali perlu diugut dan digertak. Mustafa Ali perlu ditakutkan dan perlu diundurkan kalau perlu. Semangat PAS perlu dicairkan dengan menakut-nakutkan Setiausaha Agung PAS. (Nota JS: Perkara yang sama pernah berlaku ke atas Din Pudu)
Petikan ini pula di tulis oleh PapaGomo:-
Gomo simpati kepada Mustapha Ali kerana beliau sebelum ini merupakan orang yang paling lantang dalam mendesak agar PAS dan UMNO bersatu dalam kerajaan Perpaduan. Beliau merupakan orang yang cukup baik kerana beliau juga waktu ini sedang mengatur untuk Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa menjadi orang tengah antara perpaduan PAS dan UMNO.  
Anwar Ibrahim pastinya tersenyum puas waktu ini kerana PAS tidak lagi boleh mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak sebagai Pemimpin Pakatan Rakyat kerana PAS juga mempunyai pemimpin yang bermasaalah moral.

Pendek kata PAS tidak boleh mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak sebagai Perdana Menteri Jika Pakatan Menang PRU 13 ini.
CERITANYA:-
Nampaknya ada pergaduhan besar di antara PKR dan PAS di Terengganu kerana Gerakan Anti Anwar Ibrahim. BATU PENGHALANG UTAMA PKR DI TERENGGANU IALAH MUSTAFA ALI SUA PAS (Pada pandangan PKR). Yang di tangkap beserta bukti penyebaran cd skandal seks lucah adalah anggota AMK di TERENGGANU. Bukan satu tapi 16 keping sampul surat ditemui! 
Maknakata , apakah KLU dan BUKTI seterusnya bagi MENGESAHKAN atau paling tidak MEMBAWA KITA KEPADA CERITA SEBENAR DI SEBALIK SKANDAL VIDEO SEKS YANG SENGAJA DISEBARKAN OLEH PKR TERSEBUT? Sudah tentu kita akan menjangkakan SUATU TINDAKAN BALAS/ RESPONSIF BALAS terhadap Gerakan Sabotaj PKR berkenaan? Betul tak? 
Baiklah ..... anda baca pula Polis Repot ini yang di buat di Balai Polis KERTEH DALAM DAERAH KEMAMAN TERENGGANU oleh seseorang yang MENGAKU PERNAH DI LIWAT OLEH ANWAR IBRAHIM sebanyak dua kali di antara tempoh 1992- 1995 di Hotel Mandarin Jalan Maharajalela, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Polis repot ini di buat pada 11hb April 2013 pada jam 4.42 petang dalam situasi di mana Video lelaki yang menyerupai Mustapha Ali mula beredar dan hangat diperkatakan:-

Beberapa butiran terpaksa dipadamkan terlebih dahulu sehinggalah muncul sebarang BUKTI dan KLU yang mungkin bakal muncul di pihak PAS .  (gwa agak je la kan ).... Cukuplah sekadar buat pada masa ini membuktikan REPOT POLIS berkenaan WUJUD. 

HIPOTESIS (KOMEN SAKSAMA) MENGENAI ISU:-
Apabila satu laporan polis di buat terhadap Anwar Ibrahim mengenai pengaduan di liwat sebanyak dua kali; tidakkah itu satu responsif terhadap penyebaran video skandal seks Mustapha Ali? Sudah tentulah di sebalik dua isu ini yang saling berkait di antara satu sama lain berpunca dari pergeseran maha hebat dalam perebutan kerusi di antara PAS dan PKR di seluruh negara pada masakini. Puak PKR sebar video lucah lelaki yang menyerupai Mustapha Ali dan pihak PAS pula buat polis repot mengadu mengenai perbuatan liwat Anwar Ibrahim. Kata Sherlock Holmes, "Apabila kita buangkan segala yang tak munasabah apa yang tinggal waima nampak tak munasabah ITULAH KEBENARAN-NYA"
Makin Ganas Politiking PAS dan PKR dalam bab cantas mencantas di antara satu sama lain dan pada masa yang sama cuba menyalahkan UMNO/BN. Tapi awal-awal lagi pola tindakan dan gerak kerja PKR dan PAS sudah dapat di hidu ! Namun demikian satu perkara yang pastilah bagi semua rakyat Malaysia, betapa PKR dan PAS dipenuhi dengan pelbagai jenis ragam dan skandal seks.

Mungkin selepas ini jika ada lagi klu-klu dan bukti-bukti lain yang muncul bagi memperkuatkan Hipotesis di atas ianya akan dikemukakan lagi. Hati-hatilah dengan  putar belit tipu muslihat puak PAS PKR DAP.

Khamis, 11 April 2013

Kecoh Pasal Video SKandal Seks - Dua AMK Di Tahan Polis , Wajah Siapakah Ini? #TolakPR #ManifestoBukanJanji

Errr .. Wajah-wajah siapakah Itu?

Kecoh Malaysia!
Tiba-tiba ada video skandal seks seorang lelaki yang menyerupai seorang pemimpin besar PAS. Berikutan dengan itu, dua orang AMK di tahan polis berkaitan dengan penyebaran video seks tersebut (sila ke pautan blog paperwaris dan The FlyingKick). 

Malah di fesbuk ada terkeluar sedikit sedutan video skandal seks tersebut. Apa-apa je la kan. Pada kali ini terbuktilah bahawa UMNO tak bersalah dalam penyebaran dan maklumat mengenai sebarang penyebaran video skandal seks mana-mana pemimpin DAP, PKR dan PAS yang selama ini 'Menikmati Kekebalan' kerana 'Kebebalan dan Prejudis' damacai mereka kepada UMNO/BN.

Memang malang lah bagi DAP, PKR dan PAS kerana bakal berakhir 'Kekebalan' tersebut bakal punah-ranah akibat semakin banyak terdedah segala kejahatan-kejahatan 'tersembunyi' mereka selama ini.

Kita mengharapkan ada lah sebarang penjelasan 'Berani' daripada pihak yang terbabit daripada menghantar bala tentera siberok mereka dengan slogan Umnporno" untuk menutup 'kemaluan' yang terdedah.

Pada Rabu 10hb April 2013, SPR telah umumkan tarikh penamaan calun pada 20hb Arpil 2013 (Sabtu) minggu depan.Manakala hari mengundi ialah pada 5hb Mei 2013. 




Pada kali ini tempoh berkempen ialah selama 15 hari bermula dari tarikh pengumuman penerimaan calun sehingga ke detik 12 tengahmalam sehari sebelum tarikh mengundi pada 5hb Mei 2013. Seramai 13.3 juta pemilih bakal mengundi.    

Bagi memudahkan anda semua membuat pilihan tepat anda hanya perlu mengingati dua perkara ini saja:-

  1. Jenama Pakatan Rakyat Tak bertanding.
  2. Manifesto Pakatan Bukanlah Janji-janji DAP, PKR & PAS.

Rabu, 10 April 2013

#PRU13 Perbandingan Jelas Antara #ManisfestoBN Dengan Pakatan (Tak Bertanding) #BetterNation

Salah satu perkara yang di sebut dalam Manifesto BN @ Akurjanji BN (Janji ditepati) mengenai Polisi Pengangkutan Awam:-

  1. Bas
  2. Perkhidmatan rel.
  3. Teksi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah Suruhanjaya yang ditubuhkan khusus bagi fungsi merancang, meregulasi dan menguatkuasakan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang di gubal Parlimen pada Mei 2010. Pada 31 Januari 2011, Akta berkenaan diwartakan. Ianya diletakkan di bawah mata PM sendiri.

SPAD adalah istimewa kerana ianya merupakan satu-satunya entiti khusus bagi melihat tranformasi pengangkutan awam darat di bawah satu bumbung. BN bukan setakat cakap sahaja tapi terus bikin dengan pelan tindakan teliti dan mantap.

Setakat ini, DS Najib telah melancarkan TR1MA dan pakej insurans bagi perkhidmatan bas sekolah. Di sini ambe ambil kesempatan nak maklumkan bahawa perkhidmatan bas percuma GO-KL yang telah lama beroperasi di ibukota. Percuma tau ! Yang beshnya, perkhidmatan percuma tersebut tak menjejaskan pendapatan operator teksi dan bas sedia ada. Kerana masing-masing ada kelompok pengguna setia mereka tersendiri.

Setakat ini dulu ambe stori. Lainkali ambe sambung lagi sebab cerita pasal SPAD ni memang besh dan mantap power renjers. Sudi-sudi lah ke pautan di atas nun dan baca sendiri apakah usaha-usaha yang telah kerajaan BN ambil dan lakukan.

Ambe nak gi try tes acu cuba GO-KL ! Ada WiFi wooooo !


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...