Sabtu, 13 Oktober 2012

SAYA JUMPA SOROS DUA TAHUN LEPAS BUKAN UNTUK MINTA DANA & GULINGKAN KERAJAAN.


Kuala Lumpur, 12 Okt – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan  memang benar beliau telah  mengadakan pertemuan dengan penyangak matawang,  George Soros kira-kira dua tahun lepas ketika berada di New York seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah portal berita pembangkang baru-baru ini, namun ia hanyalah satu pertemuan biasa.

Menurut beliau, pertemuan itu dibuat adalah di atas permintaan George Soros sendiri yang ketika itu ingin mengambil kesempatan untuk bertemu dan berbual dengan beliau.

“Saya anggap pertemuan itu tidak jadi satu masalah. Saya jumpa Soros selepas Tun Mahathir bertemu dengan beliau. Ia bukan satu masalah besar, apa yang penting ialah apa yang kita bincangkan. Dan kita bukan berbincang untuk gulingkan kerajaan atau untuk meminta bantuan kewangan.

“Ianya hanya satu perbincangan biasa. Lagipun, beliau (Soros) yang minta untuk bertemu dengan saya dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan dengan pertemuan itu,” jelas beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Majlis Tertinggi Barisan Nasional di PWTC hari ini.

Sebelum itu, Najib turut menjelaskan bahawa bajet 2013 yang dibentangkan oleh kerajaan baru-baru ini mendapat respon yang positif daripada rakyat berbanding dengan bajet Pakatan Pembangkang yang dibentangkan dua hari sebelum itu.

“Bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Pembangkang tidak mendapat tumpuan, terutamanya daripada penilaian penganalisa ekonomi, yang merasakan bajet itu tidak dapat dipertahankan kredibilitinya,  termasuk dari segi kemampanan untuk melaksanakan segala janji-janji yang telah dimuatkan, sebab ianya boleh membawa kesan dan mudarat yang besar terhadap kewangan kerajaan dan keyakinan kepada ekonomi negara. Perkara ini telah pun dijelaskan oleh pemimpin-pemimpin kita,” tegas beliau.

Justeru itu menurut beliau lagi, kerajaan akan terus menjelaskan kepada rakyat mengenai apa itu 111 cadangan atau touchpoint yang tersebut di dalam bajet 2013   satu persatu dan kerajaan beriltizam untuk melaksanakan segala janji-janji yang telah dibuat.

Selain itu, Najib turut menyentuh isu kabinet bayangan Pakatan Pembangkang yang menurutnya, merupakan satu helah pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

“Dalam isu kabinet bayangan ini pun, mereka (pembangkang) bagi kenyataan yang bertentangan. Ada yang mendakwa itu adalah kabinet bayangan mereka dan masukkan di dalam blog. Dalam pada itu, ada pula diantara mereka yang kata itu bukan kabinet bayangan mereka. Ada yang kata kabinet bayangan ini tidak perlu dan hanya akan didedahkan kepada rakyat hanya sekiranya mereka memenangi PRU yang akan datang ini.

“Sebenarnya, ini adalah permainan pihak Pakatan Pembangkang untuk mengelirukan rakyat.Pada asasnya, kalau mereka tak boleh buat sesuatu yang memberi keuntungan politik kepada mereka, mereka akan cari pelbagai helah untuk kelirukan rakyat.

Dalam hal ini,  menurut Najib, menubuhkan kabinet bayangan merupakan satu keperluan dalam sistem supaya kabinet bayangan ini boleh menjadi satu punca atau asas untuk rakyat menilai pasukan pembangkang itu samada ianya berwibawa atau tidak.

“Namun dalam hal ini mereka tidak berbuat demikian, biarpun kabinet bayangan itu didedahkan namun ia boleh dipertikaikan dari pelbagai sudut antaranya jelas bahawa kabinet bayangan tersebut tidak menunjukkan penyertaan yang seimbang dan menyeluruh. Ini termasuk  juga penentuan mengikut keluarga yang selalu dikatakan pada kita seperti nepotisme dan kronisme, namun apabila mereka melakukan perkara tersebut, mereka cuba pertahankan pula, ” ujarnya.

DI PETIK SEPENUHNYA DARI UMNO ONLINE.

KOMEN JS: Sejak didedahkan SUARAM kantoi dalam fitnah mengenai kes Scorpene , menerima Dana Soros dan kemenangan kes oleh 5 bekas tahanan ISA terhadap KDN dan bekas Ketua Polis Negara, didedahkan pertemuan DS Najib dua tahun lepas bagi menimbulkan kecurigaan dan kepercayaan kepada DS Najib. Tapi kira kantoi jugalah DS Najib berjumpa dengan Soros  termasuklah Tun Dr Mahathir. Bermakna ini mengurangkan impak kepada SUARAM MENERIMA DANA SOROS. Tak kisahlah apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

Bagaimana pula dengan dakwaan JMM berkenaan kebocoran maklumat dan rahsia kerajaan kerana seorang pegawai kerajaan telah di rasuah oleh SUARAM menggunakan DANA SOROS?

Siapalah yang mengantoikan DS Najib berjumpa Soros

Welaweh lainkali buat kerja betul-betul jangan nak RM sahaja.


Jumaat, 12 Oktober 2012

KRISIS SKANDAL KEPIMPINAN DAP SELANGOR DI TAHAP KRITIKAL.

Teresa Kok
Teresa Kok Pengerusi DAP Selangor - Menang Dengan Undi Tipis
ADUN Selangor
EXCO Selangor
Ahli Majlis Perbandaran 
Pegang 7 Jawatan Dalam Satu Masa. 


Teresa Kok Banner
Banner Protes Terhadap Teresa Kok.

Bekas pimpinan DAP Tan Tuan Tat telah menyelar dan membuka pekong kemelut krisis skandal kepimpinan DAP Selangor dan Pusat. Menurut Tan, akibat kelemahan dan penguasaan Dinasti Lim di dalam DAP di peringkat Pusat dan Negeri, perpecahan serius telah berlaku dan ramai ahli akar umbi tidak berpuashati dengan amalan kuku besi yang di amal kan bagi memastikan kekuasaan kekal pada tangan keluarga Dinasti Lim. 

Perang mulut dan Perang Dalaman dalam DAP Selangor bukan rahsia lagi. Teresa Kok telah membidas kembali kritikan dan teguran Tan Tuan Tat dan menyatakan dengan nada sombong dan angkoh bahawa Tan Tuan Tat tidak tahu apa yang berlaku kerana bukan ahli komiti negeri, EXCO dan ADUN. 

Jadi memang betul lah Kata Tan Tuan Tat, apasaja yang dilakukan oleh Teresa Kok dan Ronnie Liu serta Dinasti Lim semuanya dalam kerahsiaan dan tidak telus kepada ahli-ahli di akar umbi.

Bakal menyusul lagi pendedahan mengenai krisis skandal kepimpinan DAP Selangor nanti. Tunggulah sahaja.


Khamis, 11 Oktober 2012

BILA MAT SABU DATANG BERKUNJUNG KE KUALA LANGAT.

"Saya Tak Tau Parti Komunis Malaya Hendak Tubuh Negara Komunis"
Keterangan Balas Mat Sabu Dalam Perbicaraan di Mahkamah.

Pada kali ini biarlah gambar berbicara dan anda fikirkanlah sendiri jika ceramah oleh Mat Sabu dan penceramah-penceramah biasa Pakatam sudah tidak mendapat sambutan daripada rakyat, adakah kita masih menganggap bahawa apasaja tindakan kerajaan BN di tolak rakyat?

Kehadiran Mat Sabu dan para tukang fitnah Pakatam pada malam semalam di sambut oleh hujan amat lebat, guruh gempita dan kilat sabung menyabung. Langit pun sudah marah dengan Pakatam.

Photo: TAHNIAH KPD PAS K.LANGAT KRN BERJAYA MENGKOMERSIALKAN AGAMA ISLAM DI KALANGAN PEMIMPIN BUKAN ISLAM. Atikah Gegirls Arwis Bersatu Bersetia Berkhidmat Azeeza Abdullah Jeneral Yakuza Ogawa Senja DKuala  Ahmad Fauzi
Kain Rentang Pakatam Mengkomersialkan Islam Untuk Melariskan Jualan Pakej Mimpi Pakatam Kepada Rakyat. 

Antara Kerusi-kerusi Plastik Yang Semakin Berjaya DiPengaruhi Oleh PAS Bagi Menambah Bilangan Kerusi di Semua DUN dan PARLIMEN nanti.

Antara Penceramah Yang Bermuka Kelat Dan Kesejukan

Antara Ahli-ahli PAS Kawasan Kuala Langat Yang Turut Hadir Bagi Memeriahkan Suasana Kesejukan

Photo: SEMASA BERCERAMAH MALAM SMLM DI TELUK PANGLIMA GARANG DALAM CERAMAH ANJURAN PAS TAJAAN DANA SOROS SUARAM YG KANTOI PASAL KES PERBICARAAN SCORPENE YG X WUJUD; PENCERAMAH X DPT MENHANGATKAN SUHU KEADAAN N TUBUH BADAN PENDENGAR KRN KESEJUKAN AKIBAT HUJAN LEBAT SERTA SUARA GURUH DI LANGIT YG SEAKAN MINTA PENCERAMAH BERHENTI MEMFITNAH.

Arwis Bersatu Bersetia Berkhidmat Zainuddin Samek Atikah Gegirls Senja DKuala
Penceramah Yang Kesejukan Manakala Kelihatan di Belakang Mat Sabu & seoang Lagi Penceramah Sibuk Bersms Tak Beri Perhatian Pun Apa Yang Direpekkan oleh Rakan penceramah Mereka. 

Photo: MAT SABU AGAK KECEWA KERANA BOMOH HUJAN PAKATAM GAGAL MENGALIHKAN HUJAN MALAM SEMALAM. KESIAN MAT SABU KESEJUKAN SERTA KELEMBAPAN SERBA SERBI. TAPI DEMI JTK TAMBAH KERUSI DI DUN N PARLIMEN TERPAKSALAH MAT SABU TARBIYAHKAN KERUSI KERUSI PLASTIK JENAMA DONGFENG. DUIT SOROS DAH AMIK TAKKAN TAK BUAT KERJA PLAK.
Atikah Gegirls Arwis Bersatu Bersetia Berkhidmat Senja Kelabu Senja DKuala Zainuddin Samek Rohim Ali Ali
Mat Sabu Nyanyi Lagu Untuk Hiburkan Hatinya Yang Gundah Gulana...
Katak Oh Katak Hijau Kenapa Panggil Hujan?
Macamana Tak Panggil hujan .. Mat Sabu Datang SIniii... Mat Sabu Datang Sini ,,,


Rabu, 10 Oktober 2012

MAT SABU TAK TAHU PKM NAK TUBUHKAN NEGARA KOMUNIS.


PULAU PINANG 9 Okt. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak mengetahui matlamat Parti Komunis Malaya (PKM) adalah untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu.

Meskipun berpendirian sebelum tahun 1957 PKM dianggap sebagai pejuang kemerdekaan, beliau juga tidak tahu bahawa penubuhan sebuah negara komunis di negara ini merupakan ideologi komunis.

Beliau menjawab demikian kepada soalan yang dikemukakan oleh peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin pada hari kedua perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan beliau terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. di hadapan Hakim Datuk Seri Zakaria Sam.

Firoz juga bertanya tentang peranan PKM sebagai salah satu parti dalam Pertubuhan Komunisme Antarabangsa yang mempunyai matlamat menjadikan dunia ini pengikut komunis dan masih dijawab tidak tahu oleh Mohamad.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121010/ma_01/Mat-Sabu-tak-tahu-matlamat-PKM-mahu-tubuh-negara-komunis#ixzz28qjPdIy3 © Utusan Melayu (M) Bhd

Komen JS: Inilah standard Timbalan Presiden PAS pada waktu ini. Serba serbi tak tahu. Beliau tak tahu apakah yang menyebabkan beliau jatuh mtorosikal dulu dan beliau turut tak tahu berdua-duaan dengan isteri orang dalam bilik hotel adalah suatu kesalahan di sisi agama sehingga terlekat bau.

Selasa, 9 Oktober 2012

PAKATAM SELANGOR DALAM KEMELUT SKANDAL KRONISMA TERBURUK.

6 Cawangan DAP Dibubarkan Di Sepang Gara-gara Ketidakpuashati Terhadap Hipokrasi Pemimpin DAP dan PAKATAM Di Selangor.
"CAKAP TAK SERUPA BIKIN"

Pembubaran 6 cawangan DAP di Sepang dan siri jelajah ceramah seluruh negara oleh bekas pemimpin DAP serta kemelut polemik di antara Guan End dengan Mansur Othman merupakan pergolakan yang telah berlaku dalam Pakatam.

Pembohongan SUARAM mengenai kes Scorpene didedahkan oleh Yves Charpenel Pendakwaraya Perancis. Di tambah pula [endedahan Dana Soros yang di terima oleh SUARAM serta pendedahan oleh JMM mengenai amalan rasuah yang di dakwa dilakukan oleh SUARAM. Kesemuanya ini membawa kita kepada satu kesimpulan sahaja Pakatam sedang di landa skandal kronisma terburuk. Dan CAKAP TAK SERUPA BIKIN. 

Kini timbul satu pendedahan daripada rakan bloger mengenai isu lori kompektor sampah dengan perkaitan dengan bas mewah serta syarikat Dong Feng syarikat pengeluar lori kompektor dan bas mewah tersebut. Sila baca di sini MEGA BIDAMAN.

Antara lain bloger tersebut mempersoalkan beberapa perkaitan jelas di antara pembelian lori sampah kompektor dengan bas mewah,
Semacam ada satu teka - teki yang perlu dihuraikan disini iaitu kaitan Dong Feng di China, agennya di Puchong, dan Intercoach Sdn Bhd . Syarikat mana yang sebenarnya dapat keuntungan supply 50 buah kompaktor sampah itu ? Namun, walau apa pun penjelasannya pengeluar kompaktor sampah dan bas adalah dari pengilang yang serupa. Kaitan Cih (M) , (agen Don Feng di Malaysia) dengan kerajaan negeri Selangor Pakatan boleh dilihat dari petikan akhbar di bawah (rujukan Selangor Times , 9 March )
 
Kesemua lori kompektor tersebut di bawa masuk sebagai komponen terurai dan di pasang semula di sebuah kilang di Rawang iaitu Intercoach Sdn, Bhd. Kenapa berlaku sedemikian ?

Kenapa Pakatam tak membeli terus daripada CIH sebagai agen kepada Dong Feng ?

Apakah teka-teki nya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...