Khamis, 19 Januari 2012

'HAK KEBEBASAN PERLU SELARAS DENGAN KESELAMATAN NEGARA' H20 TIMBANG KILO.

"Jika kita bercakap tentang undang-undang baru yang kita kemukakan, transformasi yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, kita perlu imbangi antara kepentingan negara dan keselamatan negara, hak dan kebebasan. Ini mengambil masa, dan saya percaya majoriti rakyat Malaysia sanggup memberikan kita masa," 
~ H20 MENTERI TIMBANG KILO.
""A politician is a person who says one thing, does the opposite, and fails to acknowledge the contradiction. A leader is a person who does the right thing, no matter the consequences."  ~ Kevin Hasset

"The necessary thing for the triumph of evil is for good men do nothing" 


" Laws are made to be broken" Pakatan 1998-2012


"If you have ten thousand regulations you destroy all respect for the law." Winston Churchill


"If you have an important point to make, don't try to be subtle or clever. Use a pile driver. Hit the point once. Then come back and hit it again. Then hit it a third time - a tremendous whack."
Winston Churchill


Kelemahan paling ketara pada pemimpin UMNO seperti H2O ialah kegagalan beliau memahami strategi Pakatan dan sejarah dunia. Beliau hanya bergantung kepada maklumat-maklumat perisikan sahaja tanpa merujuk dan membuat analisa mengenai sejarah kebangkitan Hitler yang merupakan mercutanda kemenangan puak Sosialisma.


Hitler dan parti NAZI (Sosialis Nasional) berjaya bangkit walaupun kalah di peti undi. Mereka hanya melakukan propaganda :-
  1. Memberikan imej Penyelamat Bangsa Jerman
  2. Mempamirkan solidariti melalui perhimpunan raksaksa.
Ini menimbulkan ketegangan kepada pihak parti yang menang. Walaupun seluruh rakyat Jerman tahu Hitler adalah seorang 'Gila Kuasa' namun propaganda berterusan oleh Goebbels berjaya menambat hati majoriti rakyat kelas bawahan Jerman. Hitler di lihat sebagai penyelamat bangsa Jerman. 

NAZI menjadikan Yahudi sebagai sasaran politik mereka samalah seperti Pakatan menjadikan tema Melayu dan agama Islam sebagai sasaran politik mereka pula. 

Akhirnya parti yang menang akur kepada tekanan politik Hitler dan NAZI Jerman. Hitler kemudiannya di angkat menjadi Kaiser Jerman walaupun NAZI tidak menang di peti undi.

Kesimpulannya adakah kita menyedari taktik Pakatan yang meniru cara Hitler dan NAZI? Sosialisma telah melahirkan sebuah regim yang amat zalim seperti HITLER NAZI tetapi demokrasi Raja Berperlembagaan pernah melahirkan sebuah pemerintahan yang mampu mengalahkan regim sosialis sekejam Hitler. 


Pakatan tidak syak lagi adalah sebuah regim sosialis yang bakal muncul sebagai sebuah regim sekejam Hitler dengan sedikit pengubahsuaian melalui doktrin zionisma.
Apakah anda akan mengundi Pakatan atau Barisan Nasional?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

POK NIK & TANDA SALIB PADA KAIN RENTANG.


'T (t) EMU MATA ANAK KELATE" kenapa ada huruf 'T' kecil yang bentuknya sama dengan tanda salib? Salah eja? Mustahil. Ejaan dalam loghat Kelantan? Mustahil. Jadi kenapa ada dua T ? Satu besar satu kecil (menyamai tanda salib)? Dalam penafian PAS dimalukan oleh PKR dan DAP Selangor, PAS dimalukan lagi. Hasil seni parasit PAS? Sila baca seterusnya di sini SEL13

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BERITA YABEDABEDU ! ABANG KHALID JADI IMAM DAN KHATIB ESOK.

Terus dari meja MYMASSA, mula-mula kita tengok dulu gambar-gambar maksiat tak sengaja oleh EXCO Potfolio agama Islam Selangor yang baru.




Kemudian kita tengok serba-sedikit beberapa kenyataan Khalid G mengenai Islam dan akidah.


MYMASSA menulis,
MB berportfoliokan agama Islam ini juga dijangka akan menyampaikan khutbah Jumaat sekaligus mengimamkan solat di masjid negeri tersebut. 
Dipetik dari sumber: HaramkahDaily
* (mymassa) Duit elaun lendir rumah urut daripada DAP makan ratus ribu sebulan. Bila nak simpan buat pergi HAJI agaknya Exco Agama seorang ini? 
 (komen SE: Sesuai sangatlah tu. Jadi imam dan khatib solat Jumaat sebagai penafian dan bantahan kepada PAS bagi memalukan PAS.

Kenapa PKR dan DAP begitu yakin dengan tindakan sebegini? 

UMNO Selangor tak profesional dan tidak cekap kot untuk manipulasikan isu Hasan Ali?)

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MAT MASLAN NAFIKAN TOHMAHAN LABEL SAMPAH.

Nasib baiklah wong Jowo Jugak. Kalu Tak Kuwala Dah Kritik Rapat-rapat. sori lah semangat Kejowoan sikit.


Ahmad Maslan: Saya tak pernah label blogger pro-Umno sampah 
WARTAWAN SINAR HARIANJanuary 18, 2012
 AHMAD-MASLAN
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan sebuah Facebook kononnya beliau pernah membuat fitnah dengan melabel pemblog-pemblog pro-Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sampah.
Katanya, dalam hidupnya selama ini beliau tidak pernah menganggap dan menggelar mana-mana pihak sebagai sampah, lebih-lebih 'panglima-panglima' siber Umno-BN. 
"Seumur hidup saya sudah 46 tahun, tidak pernah walau sekali menggelar, menuduh, menyebut orang atau pihak lain sebagai sampah, lebih-lebih lagi jika mereka itu membantu Umno dan BN," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen ini menambah, beliau tidak sebodoh itu dan "saya kira ini adalah cubaan untuk mencemar usaha berterusan kita sebagai satu pasukan bagi menggagalkan pihak pembangkang menawan Putrajaya." 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kenyataan beliau baru-baru ini yang menyebut bahawa negara ini akan hancur jika pembangkang memerintah Malaysia, tentunya menambah usaha mereka menyerang beliau.
"Kita berjuang sebagai anak jantan yang berani mendepani lawan... Kita berjuang atas landasan kebenaran, untuk agama bangsa dan tanah air.
"Cabaran remeh Facebook ini hanya seperti batu kecil di atas lebuh raya yang nak berniat menghalang kemaraan sepasukan kereta kebal yang sedang menyambut semboyan perang," katanya lagi.

 TEPUK DADA TANYA IMAN!

3 EKUR LEMBU SEJAGAT DI SAMAN KAK IJAT.



Rafizi Burger dan Mak Lempira Zuraidah Di Saman RM100 Juta Kerana Membuat Fitnah Melampau Dalam Isu NFC.

Disahkan melalui lapuran Utusan Malaysia bahawa Kak Ijat melalui peguamnya Datuk Seri Shafie Abdullah ke atas Rafizi dan Zuraida sejumlah RM100 juta kerana memfitnah beliau sekeluarga dalam isu NFC.

Setelah 3 bulan kak Ijat sekeluarga menahan sabar dan mencuba pelbagai alternatif lain memberi peluang kepada Rafizi dan Zuraida akhirnya menyaman keduanya adalah cara terbaik. Kedegilan Rafizi dan Zuraida sendiri yang menjemput saman malu sebesar itu difailkan terhadap mereka. 

Rafizi dan Zuraida sengaja memutarbelitkan mengenai pinjaman mudah RM250 juta sebagai geran. Mereka seterusnya sengaja melemparkan persepsi bahawa 'Geran' itu disalahgunakan melalui pembelian kondo mewah di Bangsar dan di Singapura. Mereka juga sengaja melakukan kekeliruan mengenai prosedur perlepasan jumlah RM250 juta seolah-olah berlaku penyelewengan.

Kak Ijat bersendirian dalam hal ini. Kita doakan agar beliau sukses dalam membersihkan kekotoran fitnah mega Pakatan haram jadah serta rakyat menolak fitnah mega tersebut.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...