Sabtu, 17 Disember 2011

SMM ROBOT MENYERANG , SUDAH KU BILANG TAPI KALIAN ENGGAN MENDENGARNYA.

alt

BENDERA DS NAJIB RAZAK DITURUNKAN BENDERA KOMUNIS DINAIKKAN
(Mahasiswa Atau Mahabahlol ?)

Keangkuhan dan kebiadapan mahabahlol robot belaan bekas reformis 98 dalam PKR dengan bantuan dan kerjasama gunting dalam lipatan melakukan aksi simbolis di bangunan UMNO di bawah batang hidung ahli UMNO tanpa sebarang usaha menghalangnya. Baca di sini mengenai insiden tersebut KLPOS.

Mustahil tiada maklumat terawal mengenai kejadian dilakukan oleh mahabahlol robot tersebut. Namun mengapa ianya terjadi? Dimanakah pengawal keselamatan di bangunan PWTC? Dimanakah Ketua Cicak Rumah berada pada waktu kejadian?

Apakah mahabahlol robot tajaan Reformis 98 dalam PKR fikir bahawa simbolisma yang mereka lakukan itu akan menjadi kenyataan? Tidak ada perbuatan yang angkoh mampu berjaya. 

Jelaslah bahawa kepimpinan UMNO telah terpedaya dengan mainan segelintir puak Pembaharuan di dalam UMNO. 

Perkara yang paling lucu ialah mahabahlol robot yang melakukan perbuatan angkoh itu rupa-rupanya telah lama diprogramkan menjadi robot untuk PKR. Hamba ingat mereka cerdik sangat rupanya lebih bahlol dari robot. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HOI MAMAT DAP DIMANAKAH KAMU HENDAK MENCARI TUHAN?

BILA MAK BAPAK SURUH MENGAJI 
TAPI ASIK MEMONTENG INILAH AKIBATNYA.


Disyakki pemilik akaun Fesbuk Nama Ahmad Arshad Amir atau Rock Lee. Nama Rasmi Firdaus Zolkifli ( Mak Aiiihhh gabungan Nama Surga dan Nama Nabi Allah Tapi Tak Tau Di mana Tuhan )
Skestsa.

" Eh Mat ko cari apa tur?"
" Berlian aku tadi hilang"
" Berlian jenis apa? kat mana kau letak? Saiz berapa?"
" Entahlah , aku pun tak tau berlian apa, jenis apa, saiz apa dan di mana aku letak"
" Dah tu macamana hendak kau hendak mencari berlian kau tu yang kau tak kenali?"
" Alarh, cari je la .. nanti jumpa AKU TAU LAH SEBAB AKU DAH TANYA TUKANG KASUT, yang kau sibuk kenapa?"
Begitulah keadaannya mamat di atas semasa menulis sebuah artikel di Roketkini. Beliau hendak mencari berlian yang hilang tetapi tidak mengenali berlian yang di cari. Begitulah halnya dengan manusia sepertinya yang mahu mencari agama tetapi tidak mengenali siapakah Tuhannya. Jenis manusia seperti ini memang ramai di dalam SOSIALISMA terutama di dalam DAP. 
---------------------------------------------------------------------------------

Mamat dalam gambar di atas bernama Firdaus Zolkifli. Seorang penulis dan ahli DAP Rasis Melayu Sosialis yang sering menulis di dalam Roketkini. Artikel terbarunya ialah mengenai topik 'MENCARI TUHANBAH. 1' klik di sini untuk artikel penuhnya ROKETKINI

Beliau membicarakan bab ketuhanan dari aspek pertembungan falsafah Hegel dengan Feuerbach. Dalam artikel itu juga beliau ada menghentam UMNO, seperti berikut;-
Apa solusinya?
Di sini, Feuerbach kelihatannya radikal, bukan seperti radikalnya ahli-ahli politik di Malaysia.  Feuerbach berpendapat untuk membuang keterasingan ini jauh-jauh dari diri manusia ialah dengan menenggelamkan agama itu.  Keseluruhannya. Bukan menolak agama, bahkan menarik ke dalam dirinya sendiri.  Manusia harus punya kekuatan untuk percaya, bahawa dia sendiri yang punya potensi untuk mencapai maha baik, maha adil, maha kaya dan segala macam maha. (Bermaksud manusia menjadi Tuhan)
Pada fikiran anda bagaimanakah mamat itu mampu menggarap siapakah Tuhan yang sebenarnya jika beliau bertanya dan mencari Tuhan kepada tukang kasut  dan bukan mengenali NYA di dalam Al Quran dan Hadis ?

Pada akhir pencariannya nanti beliau akan menjadi seorang athies kerana Allah swt itu walaupun ghaib tetapi tidak hilang. Melalui al Quran dan Hadis Rasul Nya kita mampu mengenali NYA. Allah swt bukanlah suatu "benda" yang perlu di cari tetapi Allah swt adalah Zat yang wajib dikenali melalui segala kitab-kitabNya dan segala para Rasul Nya. Inilah bahaya fahaman SOSIALISMA yang ada dalam DAP RASIS.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

INILAH SEBAB DAP RASIS AKAN HILANG SEMUA KERUSI. JOM TONTON APEK TUA MEREPEK.

BILA APEK TUA INI MEREPEK
RAMAI YANG BUAT-BUAT FAHAM.

Siapa yang mempercayai kata apek tua ini memanglah jenis sekolah tinggi tapi tak habis belajar.

Suatu soalan kepada Apek Tua ini : Apakah DAP Rasis Mampu Berubah (termasuklah dirinya yang tak berapa nak fasih berbahasa Melayu) ?

Apek Tua ini menuduh DAP dan beliau menerima Islam sebagai Agama rasmi Persekutuan tetapi bukan Tauhid Islam serta syariat Islam. asalkan saja murtad dibenarkan mengikut piagam Hak Asasi Manusia bebas beragama. Anda faham?

Apek Tuan ini menuduh tidak menentang institusi Raja-raja Melayu asalkan institusi itu tidak berfungsi. Anda faham?

Apek Tua ini yakin UMNO tidak akan mampu berubah kerana jika beliau yakin UMNO mampu berubah itu bermakna mengakui kekuatan UMNO. Anda faham?

Apek Tuan ini menuduh pentadbiran DS Najib lebih rasuah daripada pentadbiran terdahulu berdasarkan kepada indeks yang di buat oleh pihak DAP sendiri tanpa di audit oleh pihak bebas ketiga. Jika Apek Tua ini kata pentadbiran DS Najib bagus nanti rakyat tak mengundi DAP Rasis. Anda faham?

Apek Tua ini menuduh Ketua Wanita UMNO adalah korup kerana jika Apek Tua kata Ketua Wanita UMNO tidak korup itu bermakna beliau tidak menyokong aspirasi pengimpot daging lembu yang majoritinya adalah penyumbang dana DAP Rasis. Anda faham?

Anda dengar dan nilaikan sendiri dengan apa yang telah Apek Tua ini lakukan dan sebutkan pada 13 Mei 1969 ' MALAI SI- MATI MELAYU!"


Jangan Lupa juga Teresa Kok kata Apek Tuan ini adalah seorang ATHIES. kalau setakat cakap boleh lah. Adakah anda fikir Apek Tua tidak anti Melayu dan tidak anti Islam ?
MUSTAHIL !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HAMBA TETAP SOKONG UTUSAN MALAYSIA.

PEMBANGKANG TAK BISING PULA KATA MAHKAMAH TAK ADIL.


Inilah cara kebebasan Media yang diamalkan oleh DAP Rasis. Utusan Malaysia di serang kerana mengkritik Lim Guan Eng. Bagi menutup segala kritikan terhadapnya Guan Eng memfailkan Saman Futnah ke atas Utusan Malaysia. Pada peringkat awal beliau berjaya. Namun keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang tersebut boleh di rayu. Memang Lim Guan Eng tidak 'macho'. Para pecacai pembangkang mula meniupkan segala macam sorakan terhadap Utusan Malaysia. Di satu segi mereka terlupa bahawa saman fitnah terhadap Harakah, Suara Keadilan, Roketkini , mahkamah memberikan keputusan memihak pihak yang menyaman mereka. 

Para pecacai pembangkang selama ini melaungkan dan menyebarkan persepsi tiada kebebasan media. Bagaimana media hendak bebas jika pemimpin pembangkang sendiri seringkali mengekang kebebasan media?  Mereka juga selama ini mengecam sistem kehakiman negara tetapi mereka akan berdiam diri jika sesuatu keputusan mahkamah itu memihak kepada mereka.

Kenapa pada kali ini mereka tidak menjerit mengatakan bahawa mahkamah tidak adil, tidak telus dan dipengaruhi? Sebabnya kerana mahkamah pada kali ini menyebelahi mereka.

Bolehkah kita katakan bahawa konsep keadilan pihak pembangkang ialah ' Mahkamah sentiasa menyebelahi mereka'.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PAS PERCAYA CAKAP BOMOH SIAM?


BOMOH SIAM PENASIHAT POLITIK PAS?

Seperti yang di duga PAS menyalahkan UMNO dalam hal isu berbangkit mengenai Hasan Ali dan Nasharuddin Isa. Mungkin orang PAS ada berjumpa Bomoh Siam untuk menilik siapakah yang bertanggungjawab. Bomoh Siam kata UMNO ! 

Tuduhan PAS tersebut telah di bidas oleh Ahmad Zahid Hamidi. Tegasnya kedua pemimpin PAS itu tidak dipengaruhi oleh UMNO. Mereka berdua menyatakan pendirian mereka sendiri. Tambahnya lagi kedua pemimpin PAS itu tidak mengamalkan politik sempit.
"Seperti sebelum-sebelum ini, Pas terus menjadikan UMNO sebagai kambing hitam pada setiap masalah yang menimpa mereka. Mereka terlalu takut untuk menggalas tanggungjawab selesaikan masalah sendiri.

"Dalam hal Hasan dan Nasharudin ini, kedua-dua secara jujurnya menyuarakan pendirian mereka. Adakah setiap kali terdapat pemimpin jujur, berfikiran terbuka dan tak amalkan politik sempit, golongan itu terperangkap dengan UMNO?

"Saya jelaskan di sini, UMNO tidak ada kena-mengena berkaitan perkara ini. Bagaimana pula dengan kedudukan Ketua Pemuda Pas (Nasrudin Hassan) yang menyokong Hasan? Terperangkapkah mereka dengan UMNO?"
 "Kepada Pas, janganlah membuta tuli mengikut telunjuk DAP yang sudah menjadi 'taukeh baru' mereka. Secara jelas, tindakan tersebut menukar kiblat politik mereka kini, semuanya berpunca daripada DAP,"
Sememangnya berlaku perpecahan dan perebutan kuasa di dalam PAS. Kini apabila semakin hampir dengan PRU 13 ianya bertambah kronik. Ini amat jelas semasa Muktammar PAS pada Jun lepas. Hakikat ini cuba disembunyikan oleh PAS kepada pengetahuan umum. Tetapi selama mana PAS mampu menyembunyikannya? Lebih baik PAS Pusat akur saja kepada kehendak umat Islam di negara ini yang mahukan PAS dan UMNO bekerjasama dalam satu jemaah. Buat apa dengar cakap 'Bomoh Siam' dalam DAP Rasis dan PKR?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...