Khamis, 13 Oktober 2011

Rabu, 12 Oktober 2011

AMOKAN SEGAMAT, GUAN ENG CABUT LARI!



Hoii Guan Eng bewok ! .. Balik laaaaaaa....!!!!!!

GUAN ENG? Pembohong, pembelit dan pengecut. Orang seperti Guan Eng layak di tampar mukanya lagi. Sejak petang tadi beratus penduduk Segamat berkumpul secara aman di hadapan restoran Siang Kee, Kg Abdullah, Segamat, Johor. Tujuan mereka hanya satu. Membantah sekeras-kerasnya kedatangan Guan Eng yang telah menyebabkan Sultan Johor murka. Baca seterusnya di sini.

Memang jenis muka takde malu punya bewok spesis komunis tegar. Di bantah pun masih hendak buat muka seposen. Selepas itu mula menyalahkan UMNO. Kurang ajar!

SELAMAT MENOLAK DAP-PKR-PAS PADA PRU 13 NANTI YEA.
TEPUK DADA TANYA IMAN!

JANGAN JADI BAHLOL BOLEH TAK AZIZ BARI?

Kamon lah ... bang Nuo dah janji nak jadikan aku Menteri ...

AZIZ BARI. Akalnya tidak sampai sejengkal tapi mahu menduga laut yang dalam. Apa yang dipertikaikan oleh Aziz Bari tiada kewajaran dan kewarasan di sisi syariat Islam dan perundangan negara. Belaiu di petik sebagai berkata:

Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari. Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.
Memanglah tidak salah mengkritik Raja-raja tetapi biarlah berpada dan beradab dan jelas khekhilafan berlaku. Takkanlah bila KDYMM mengatakan bahawa JAIS bertindak betul menurut perundangan sedia ada menyatakan baginda tersinggung dan tidak melakukan pendakwaan maka kenyataan itu suatu khilaf perundangan? Rekod sedia ada menunjukkan setiapkali pihak DAP-PKR-PAS buka mulut mengkritik Raja-raja ianya berniat untuk memansuhkan institusi raja-raja. Buktinya si ADUN Seri Muda, kenyataan Karpal Singh dan banyak lagi. Takkan buat-buat lupa  kot? 

Si Bahlol itu mengatakan lagi:
“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.
Helo ! Tolong sikit. Berikan peruntukan dalam Perlembagaan dimanakah dinyatakan adanya Hak sedemikian (Hak Pembayar Cukai Menilai Prestasinya). Kenyataan kamu (Aziz Bari) sudah terlalu melampau dan memesongkan takrifan perundangan. 
“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata Aziz.
Aziz, jangan lupa kisah saidina Ali karamullahiwajhah bila ada umat yang berperangai seperti kamu mempersoalkan pemerintahan beliau di mana dengan sinis beliau menjawab 'Dulu semua umat berakhlaq seperti aku tapi sekarang semua umat berakhlaq seperti kamu!'
Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa
Baiklah, adakah institusi awam dan swasta lain seperti DUMC tidak boleh dikenakan sebarang perlaksanaan perundangan? Adakah DUMC ini lebih tinggi daripada institusi awam dan institusi raja-raja?  

Perlukah dan wajarkah mengkritik institusi awam dan institusi Raja-raja dikritik apabila Tiada Kekhilafan Berlaku Dalam Perlaksanaan Tugas-tugas mereka?

Persoalan sebenar ialah bukan sepertimana yang kamu (Aziz Bari) sebaliknya persoalan yang sebenarnya ialah Kenapa DUMC Melakukan Kegiatan Pengembangan Doktrin dan ajaran agama lain di kalangan Umat Islam di mana perbuatan tersebut jelas melanggar peruntukkan Perlembagaan dan perundangan negeri. Sila jawab Aziz Bahlol.

Kesimpulannya.
  • Aziz Bari sengaja memberikan takrifan dan tafsiran salah mengenai peruntukan Akta Hasutan.
  • Aziz Bari sengaja mengelirukan takrifan had-had kritikan yang dibenarkan.
  • Aziz Bari bukanlah orang yang diberikan kuasa di bawah Perlembagaan dan mana-mana perundangan negeri dalam hal ehwal Islam untuk mengkritik.
  • Aziz Bari bersifat melampau tanpa asas perundangan.
  • Aziz Bari telah dengan sengaja menyeru rakyat memansuhkan institusi raja-raja secara tersirat.
SELAMAT MENOLAK DAP-PAS-PKR PADA PRU 13 NANTI YEA.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SYADAP U ! JERIT KAK WAN JIJAH.

Syaddap U! .. nanti akaq lempang kang! ....


INI MENGENAI BOB LOKMAN DAN TITAH UCAPAN KDYMM SULTAN SELANGOR DIPERKOTAK-KATIKKAN. Pertama, siapa tidak kenal Bob Lokman? Dulu kuat berjenaka kini kuat bertazkirah tanpa tauliah. Di tangkap dan di tahan oleh JAIS. Beranglah si Bob. Katanya seorang ulama sepertinya haram di tangkap. Dalam herdikannya ia mengungkit, kenapa dulu masa ia buat jahat JAIS tidak tangkap tapi masa buat 'baik' JAIS tangkap? Si Bob ini jugalah menyalahkan 'sistem' bila gagal mendidik anak sendiri. Amatlah dikesali dengan sikap si Bob tersebut. Si Bob patut boleh membezakan antara tugas dakwah dengan kegiatan politik. Pada pandangan hamba, si Bob ini ibarat masuk ke mulut buaya. Sendiri mencari padah. Kemudian menyalahkan penguatkuasaan. Tidak moleklah begitu.

Samalah seperti halnya puak-puak anti institusi Raja-raja Melayu. Pantang mana-mana Sultan Melayu bertitah di atas kapasiti Ketua Agama Islam negeri pasti di bangkang dan di bantah sesuka hati. Kewarasan pembantahan pula tidak masuk akal. Sengaja di buat-buat. Sekadar atas maksud membangkang sahaja. Bagi membuktikan bangkangan dan bantahan mereka tersebut adalah berniat jahat, di sini hamba siarkan klip video penuh kejadian di DUMC. Memanglah pepuak sinun DUMB-C.

PAS PUSAT pula mengambil jalan berdiam diri sahaja. Hanya Dato Hasan Ali sahaja yang beriya-iya mahu bekerjasama dengan JAIS dan KDYMM Sultan Selangor. PAS telah gagal melaksanakan apa yang mereka tuturkan selama ini.Begitu juga pemimpin dan ahli Melayu di dalam PKR. Mereka lebih pentingkan politk daripada agama Islam.


Kesimpulan.
  • Menjadikan Sultan sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri bukanlah suatu kesalahan di sisi syariat Islam. Ini kerana sejak pengembangan agama Islam di nusantara, para Sultanlah memainkan peranan besar dan memakai gelaran 'Amirul Mukminiin'. Gelaran tersebut dipahat pada matawang emas mereka.
  • Segala peraturan berkenaan Tauliah mengajar ilmu-ilmu agama adalah untuk menjaga kesucian agama Islam dan kemashlahatan umat agar tidak mudah dipesongkan dan diselewengkan akidah mereka.
  • JAIS dan KDYMM Sultan Selangor hanya bertindak mengikut syariat Islam dan perundangan negara melindungi agama Islam dan akidah umat Islam.
  • Nampaknya PAS tidak boleh di harap untuk mempertahankan agama Islam dan akidah umat Islam di negara ini kerana mereka hanya mendiamkan diri apabila enggan bekerjasama dengan JAIS dan KDYMM Sultan Selangor.
SELAMAT MENOLAK DAP-PKR-PAS PADA PRU 13 NANTI YEA.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HISTERIA KAK WAN JIJAH GARA-GARA PAPAGOMO & PRAPUKARI.

Aduuuhhhhh ..... depa dah buat lagiiiiiiii !!!!
Mana Mala KFC? .. tunggu apa lagiiii ..


ULANGTAYANG. Sebelum ini Prapukari melalui MIK melalui Gelagat Anwar menghebahkan mengenai suatu mesyuarat tergempar di ibupejabat PKR yang di bawah perintah lelong. 

GELAGAT ANWAR menulis:
Pagi ini, pejabat PKR di Tropicana macam dilanda ribut + tsunami + gempa bumi. Kecoh. Satu opis diarah datang awal disebabkan ada taklimat khas mengenai kaedah mengenepikan rakaman video terbaru yang dikeluarkan oleh Papa Gomo dan Parpu Kari. N Surendran dan Latheefa Koya adalah antara orang terawal yang dipanggil mengadap. Tajuk perbincangan adalah ‘damage control’ kepada apa yang sedang berlaku di laman alternatif. Namun seorang yang ternama dalam kem Anwar – menyatakan bagaimana ini akan menjadi ‘the end’ kepada perjuangan Anwar. Tidak ada lagi kredibiliti. Hancur berkecai. Berderai. Khabarnya, berdasarkan rekod diari di Pejabat – yang biasanya akan ‘synchronize’ dengan diari peribadi Anwar – mencatatkan kebenaran bahawa pada tarikh yang tersebut; Anwar memang block untuk satu lawatan ke Thailand. Kantoi?Anwar perlu mencari jalan baru bagi menafikan itu adalah dirinya.Kalau ikut kepada gerak geri – menurut kalangan pimpinan PKR yang menonton rakaman di tersebut di Subang Jaya pagi ini…memang benar; itu adalah Anwar.Gambar kata ya. Rekod diari kata ya. Kawan-kawan kata ya. Apa lagi?Surendran dan Latheefa Koya diarah berbincang untuk mencari kaedah menghentikan perkara ini.Yang lebih rosak – katanya, Kak Wan sudah mula histeria dengan video yang terbaru ini. Kacau nampaknya rumah tangga boss lama aku ni. Kacau.
 Hari ini PRAPUKARI memetik sumber Portal PERAK TODAY mengulas perkara sama, menulis:
Memandangkan pada kali pertama video seks Anwar disiarkan, kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat heboh dan kecoh dan keadaan menjadi lebih teruk daripada itu apabila sebahagian lagi baki video tersebut didedahkan sehingga menampakkan kemaluan Anwar Ibrahim dan wajahnya yang lebih jelas, satu perkara yang kelihatan sangat jelas ialah, kesemua pemimpin Pakatan Rakyat membungkamkan mulut masing-masing dan enggan mengulas. Sebabnya, kalau diulas dan diberikan reaksi, pendedahan yang jauh lebih besar akan dibuat. Anwar semakin malu dan Pakatan Rakyat akan menanggung kerugian sangat besar. Kecuali beberapa buah blog yang cuba untuk memperkatakan klip video tersebut dengan tetap menyifatkannya sebagai fitnah walaupun nada mereka sangat berhati-hati.
PAPA GOMO memetik sumber WAYANG KULIT MODEN sambil melontarkan persoalan 'Pemimpin Beragama Islam atau Pemimpin Islam?' dan memetik sebuah hadis sahih, menulis:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)
Seterusnya mengupas  dari sudut perpekstif hudud, menulis
Persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri. Hukumannya jika sabit kesalahan terbahagi kepada dua iaitu,bagi mereka yang telah berkahwin dengan perkahwinan yang sah, jika didapati berzina maka hukumnya ialah rejam sampai mati.Sumber hukumnya ialah firman Allah yang telah dimansuhkan bacaan tetapi diteruskan hukumnya iaitu. Dari hadits ialah sabda Nabi S.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, "Dari Imran b Husin, seorang perempuan dari Kabilah Jahinah datang mengadap Rasulullah S.a.w dalam keadaan mengandung akibat perbuatan zina lalu berkata, "Wahai nabi Allah, saya telah mengenai hukuman had, maka jalankanlah ke atas saya." Lalu Rasulullah S.a.w memanggil walinya sambil bersabda, "Berlaku baiklah kepadanya, apabila dia telah melahirkan anaknya, bawalah dia kepadaku." Lalu walinya melakukan apa yang diperintah. (Setelah sampai tempoh) maka diperintah supaya diperkemaskan pakaiannya kemudian diperintah supaya direjam. Kemudian Rasulullah s.a.w menyembahyangkan jenazahnya. Berkatalah Umar r.a, "Adakah engkau telah menyembahyangkannya wahai Rasulullah padahal dia telah berzina?" Lalu Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya dia telah bertaubat, sekiranya dibahagikan taubatnya di kalangan tujuh puluh orang penduduk Madinah, nescaya luas untuk mereka. Adakah kamu sendiri mendapati lebih baik dia bersikap baik kepada Allah dengan menyerah dirinya kerana Allah?" Sementara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin (Ghairul Muhson) maka hukumnya disebat sebanyak 100 kali dan dibuang negeri selama setahun. Ia berdasarkan ayat AlQuran yang bermaksud, "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." (Surah An-Nuur : Ayat 2)
Dan sebelum daripada ini hamba telah menerbitkan pendapat Hj Hadi mengenai jenis pendedahan sebegini ke atas pemimpin seperti Anwar Ibrahim yang akan menjadi calun dalam pilihanraya adalah Tanggungjawab Agama dan Wajib didedahkan peribadi calun pilihanraya samada seorang bersifat ADIL, Tidak FASIQ dan Tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruahnya. 

Kesimpulannya, sepertimana WAYANG KULIT MODEN di perenggan akhir artikelnya, menulis:
kepada penzina terulung tersebut, anda seharusnya menjadi contoh dan teladan sebagai penzina pertama dihukum hudud rejam sampai mati di Malaysia. Inilah cara terbaik dan mulia disisi Islam untuk rakyat mengenang dirimu. mintalah dirimu dihukum di Kelantan, kerana Kelantan telahpun mempunyai enakmen hudud tersebut.
Anda tentu bersetuju dan kak Wan Jijah sendiri pun pernah menulis (Cerita Kak Wan)
CERITA KAK WAN: BAB 1: Ramai yang bertanya, ramai juga yang ingin tahu. Namun apabila memikirkan tiada keperluan bagi membicarakannya saya memilih untuk diam sahaja sebelumnya.Terfikir juga saya, sampai bilakah semuanya harus saya pendam sahaja? Indah, manis, sedih, geram,marah, kasihan, meluat dan jijik semuanya ada. Ia adalah sebahagian daripada aturan Allah kepada kami sekeluarga dan saya redha, cuma di sana ada tuntutan bagi kita sebagai  hambaNya agar sentiasa berusaha membuang segala kefasadan dan mengambil segala kebaikan. Saya adalah seorang wanita biasa yang mempunyai keinginan dan impian tersendiri. Bezanya cuma, saya adalah isteri kepada seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim
Pada fikiran dan penilaian anda pula? Adakah anda memilih Pemimpin Beragama Islam atau Pemimpin Islam?


TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...