Ahad, 25 September 2011

JOM RENUNGI! KEBANGKARAPAN BUAH FIKIRAN & KEMISKINAN AKHLAK PAKATAN PRO KOMUNIS.



Orang PAS banyak salah faham mengenai Islam. Bahkan, dakyah melalui tazkirah dan ceramah selama berpuluh tahun menyebabkan mereka menyangka mereka berada di pihak yang benar. 

Ketaksoban dan assobiyah sudah lama mendarah daging di dalam pemikiran dan tindak tanduk mereka selama ini. Mereka amat sukar untuk menerima sebarang perbezaan pendapat. Malah mereka terlalu cepat menghukum tanpa usul periksa yang teliti. 


Sifat dan sikap begitu amat memudaratkan kepada Islam sendiri. Malah ianya mengundang perbalahan yang tiada berkesudahan. Inlah yang terjadi sejak 1951. 


Bertambah buruk apabila adanya pemimpin-pemimpin PAS seperti Mat Sabu, Hj Hadi, Nizar Jamaluddin, Pok Nik, Husam Musa, Zulkefly Ahmad, arwah Ibrahim Libya, Mahfuz, Mustapha Ali, Khalid Gereja dan Idris Ahmad. Keadaan semakin teruk apabila PAS bergabung dengan DAP dan PKR.  


Mereka tidak membuka ruang langsung untuk bekerjasama dengan UMNO malah terus menerus menjauhi diri mereka daripada UMNO.


Peluang-peluang untuk bergabung dengan UMNO sentiasa dipatahkan dan di pandang dengan fikiran penuh prejudis terhadap UMNO.


Minda dan mentaliti penyokong PAS termasuk anak-anak muda yang dikaderkan oleh PAS terus menerus diisikan dengan pelbagai sifat assobiyah dan kebencian kepada UMNO. Perkembangan ini tidak sihat bagi mengujudkan suasana kondusif kepada perpaduan ummah.


PAS sewajarnya berhenti sejenak dan muhasabah perjalanan mereka dalam politik. Belajar mengakui kesalahan dan kesilapan mereka sendiri dan berubah sepertimana yang diamalkan oleh pentadbiran DS Najib. 


Insya Allahu Ta'ala jika itu berlaku, tidak mustahil rakyat Malaysia lain memberikan kepercayaan dan keyakinanan mereka bagi umat Islam negara ini melaksanakan apasaja yang terkandung di dalam al Qur'an dan Hadis dengan kerelaan hati tanpa sebarang paksaan.


Mampukah kepimpinan PAS berfikir ke arah itu?


TEPUK DADA TANYA IMAN!

JOM KETAHUI ! JUAL ASET UNTUK LUNASI HUTANG, BIJAK ATAU BANGANG?

C.A.T. Sebenarnya Seekur Harimau Putih yang memakan arnab.


Anda semua wahai pengundi, rakyat, anak jati dan permukim tetap di Selangor wajib ketahui tindakan lawak jenaka puak korporat keparat PKR Selangor di bawah kepimpinan tokoh keparat penyangak ekonomi bangsa Khalid Gagap dan penasihat ekonomi RM1.

Bagi memutihkan tindakan merompak ekonomi rakyat Selangor dan dalam menjawab pertanyaan oleh ADUN Teratai Lee Ying Ha, si penyangak keparat ekonomi bangsa mengakui telah melakukan tindakan penjualan aset-aset bernilai dan berstrategik untuk mengutip kembali hutang-hutang lapuk Talam Corporation kepada kerajaan negeri Selangor.

Sungguh mudah. Melangsaikan hutang melalui penjualan aset-aset bernilai si penghutang. Adakah tindakan ini menguntungkan atau sebenarnya merugikan? Sebelum menjawab persoalan itu, kita senaraikan dahulu apakah aset-aset yang telah dijualkan oleh MBI (Menteri Besar Incorporated) tersebut.

Hutang Talam Coporation kepada kerajaan negeri Selangor ialah berjumlah RM 392 juta.(Tidak diperincikan bagaimana dan apakah jenis hutang yang dimaksudkan). 

Bagi maksud perlunasan hutang itu MBI telah menjual aset-aset yang di rampas daripada Talam Corporation (tidak diperincikan bagaimanakah ianya menjadi aset Talam Corporation)
1. Penjualan tanah 400 ekar di Ulu Yam 
2. Penjualan saham Ulu Yam Golf Resort
3. Penjualan tanah 12 ekar di Puncak Jalil
4. Penjualan aset Menara Talam di Pandan
5. Penjualan tanah seluas 2263.53 ekar di Bestari jaya
6. Penjualan tanah seluas 1322.4 ekar di Bukit Beruntung
7. Penjualan tanah di Danau Putra.


Persoalan yang amat jelas di sini ialah:


Pertama,mengenai kebijakan tindakan penjualan aset-aset yang bernilai itu. Tidak adakah pilihan dan alternatif selain menjual aset-aset tersebut? Atas kaedah penilaian apakah diputuskan untuk menjual aset-aset tersebut?


Kedua ialah kepada siapa dijualkan aset-aset tersebut dan kenapa pembeli itu di pilih? Atas dasar apa? Atas proses apa? Adakah ianya bersih telus dan bermanafaat kepada rakyat?


Ketiga, adakah semua transaksi itu berniat baik dan bersih daripada sebarang penyelewengan kuasa serta rasuah yang melibatkan pembayaran komisen dan kepentingan konflik?


Kesemua persoalan di atas tidak ada dalam jawapan yang diberikan oleh Khalid Gagap sebaliknya hanya memaklumkan sepintas lalu tanpa memperlihatkan sebarang komitmen tinggi menjaga dan memelihara intergriti, ketelusan dan kecekapan yang diwar-warkan.


Hanya menyebut bahawa semua transaksi di semak oleh Akauntan Negara selepas ianya terjadi dan penyediaan lapuran Kertas Putih tanpa diperbincangkan secara terperinci di dalam sidang DUN menimbulkan banyak keraguan munasabah dan menggamit sejuta persoalan mengenainya. 


Sepatutnya setiap transaksi sebelum, semasa dan selepas dibentangkan di dalam sidang DUN untuk semakan dan perbahasan.


Barulah ianya dikatakan memperlihatkan komitmen tinggi dalam melaksanakan apa yang dilaungkan oleh Pakatan Pro Komunis sebelum ini. 


Apa guna memperbincangkannya selepas transaksi berlaku dan dinyatakan dalam Kertas Putih? Manusia penyangak keparat ekonomi boleh saja menipu dan mengindahkan kata-kata bagi menutupi kejelekan perbuatan mereka. Pembohongan dan penipuan biasa saja dilakukan dalam Kertas Putih bagi memutihkan segala kehitaman perbuatan mereka.


Ini menunjukkan bahawa pentadbiran Khalid Gagap menggunakan helah muslihat meletakkan kejahatan mereka dengan mempersalahkan tindakan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan sebarang arahan pihak pentadbiran Eksekutif negeri seperti beliau.


Adakah itu tindakan wajar dan munasabah daripada sebuah pentadbiran yang selama ini mengagungkan konsep C.A.T? 


Atau C.A.T ini sudah beREFORMASI menjadi seekur HARIMAU YANG KELAPARAN?


Hukumlah mereka (DAP-PKR-PAS) melalui peti undi .. ANDA MAMPU MELAKUKANNYA !


TEPUK DADA TANYA IMAN!

JOM BALUN! ISU HUDUD & NEGARA ISLAM KARPAL SINGH SUDAH MENGAUM MARAH!


Singa khalsa sudah mengaum ! Berani lagi Pok Nik membuka mulut mengenai penubuhan negara Islam dan Hudud. Penjaga Sekularisma sang Singa Khalsa sudah berang dengan Pok Nik. 


Agak menarik kerana pada kali ini sudah jelas terbongkar niat sebenar drama DAP-PKR-PAS yakni PERLEMBAGAAN MALAYSIA TIDAK MEMBENARKAN SEBUAH NEGARA ISLAM DITUBUHKAN DALAM MANA-MANA NEGERI DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA. 

Betul ke tafsiran ini? Betul ke dalam Perlembagaan Malaysia melarang sedemikian? Peruntukan yang mana satu Karpal Singh maksudkan?

Nampaknya Perlembagaan Malaysia di cabar lagi oleh Pakatan Pro Komunis bagi mmembuka laluan kepada penubuhan sebuah Republik Sosialis Demokrat?

Adakah Perlembagaan Malaysia tidak melarang penubuhan republik dalam mana-mana negeri dalam Persekutuan?

Bagaimana pula dengan penubuhan sebuah negara Kristian atau sebarang penubuhan negara Teologi lain?

Karpal sudah semakin gila! Sama gilanya dengan mana-mana pemimpin pakatan pro komunis! Pemimpin-pemimpin Pakatan Pro Komunis yang sudah berusia lanjut semuanya sudah menghampiri nyanyuk.

PEMBOHONG ! PENDUSTA ! PELAMPAU ! BIADAP!

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Sabtu, 24 September 2011

APA YANG ANDA PATUT TAHU ! HUDUD PAS, MELIWAT ISTERI BOLEH !


Anda tentu pernah mendengar hujah bahawa HUDUD PAS adalah berlawanan dengan HUDUD ASAL. Ya benar. Salah satu buktinya ada dipaparkan di bawah ini.

HUDUD Terengganu yang diwartakan semasa PAS memerintah di bawah Hj Hadi Awang ini anda boleh jadikan bahan hujah anda untuk menyedarkan ramai ahli, penyokong dan simpatetik PAS yang terlena dengan janji-janji sorga Pok Nik. 

Sila lihat di bawah ini.


Hendak tahu lebih lanjut ? Sila ke pautan ini

Tidak haranlah apabila Hj Hadi menyokong kuat bang Nuo dalam menggangap kes liwat bang Nuo sebagai FITNAH dan menolak bukti video sebagai BESI BISU.


Ya lah pada pandangan Hj Hadi dan PAS, Saiful adalah ISTERI SAH DINIKAHI oleh bang Nuo.

Paderi Gay dengan 'Isteri'nya.

KALAU PEMBOHONG & PENIPU
MEMANG 
PEMBOHONG 
&
PENIPU !!!
ITULAH PAS KLUK KLEK.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...