Isnin, 15 Ogos 2011

BLOGER MYMASSA MENDEDAHKAN LAGI PENGHINAAN LAGU NEGARAKU.

Banyak kali dah perkara ini berlaku dan terjadi. Dilakukan samada oleh warganegara sendiri yang ngokngek cam Namewee mahupun oleh warga asing yang sokong Pakatan Haramjadah. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku dan terjadi lagi. Bloger mymassa mendedahkan beberapa klip video yang menghina lagu Negaraku. Sila klik ke pautan ini LAGU NEGARAKU DI HINA APA PENDAPAT ANDA? berikut di petik serba sedikit klip-klip video yang menghina lagu NEGARAKU sebagai penzahiran kepada membenci kerajaan MALAYSIA kerana menyokong Anwar  Si Peliwat Tegar. 




Penghinaan seperti ini berlaku kerana adanya pemimpin-pemimpin NGOKS di kalangan Pakatan Haramjadah dan kelemahan penguatkuasaan dan tindakan daripada Kerajaan Pusat sendiri. Jika Kerajaan Pusat bertegas dan cepat menangani masalah ini sudah tentulah perkara sebegini tidak terjadi. Kerajaan Pusat wajib memantau dan mulai memberikan sekatan kepada Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin NGOK NGEK PAKATAN HARAMJADAH daripada melakukan PENGHINAAN TERBUKA kepada NEGARA SENDIRI kerana mencari pengaruh kuasa politik. Fikir-fikirkanlah.

JANGAN SALAHKAN MUFTI PULAU PINANG, DIA MAKAN GAJI DENGAN PENTADBIRAN SOSIALIS.

Jika anda membaca dua entri terkini daripada bloger pro BN dari utara, Media Permatang Pauh dan Minda Intelek Melayu (Dr Novandri) telah mengulas mengenai kenyataan Mufti Pulau Pinang berkenaan dengan larangan penggunaan pembesar suara bagi pembacaan al Qur'an sebelum masuk waktu Subuh di semua surau dan masjid di Pulau Pinang. Menurut kenyataan Mufti Pulau Pinang, larangan itu adalah bersifat NASIHAT HUKUM dan bukan FATWA. Baca di sini  mediapermatangpauh.blogspot.com  dan di sini  novandri.blogspot.com.


Daripada pembacaan, saya memahami kenyataan Mufti tersebut seperti berikut:-

1. Larangan tersebut adalah bersifat NASIHAT HUKUM dan bukan FATWA. Oleh itu ianya tidak tertakluk kepada seksyen 48- 54 EPAI 2004. Adakah ini benar? Secara tersirat samada FATWA atau NASIHAT HUKUM apabila ianya bersangkutan dengan permasalahan Hukum Syara' seksyen 48-54 masih terpakai dan perlu di rujuk kepada YDPA dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk pengesahan dan keseragaman hukum bagi permaslahatan ummah.

2. Larangan tersebut berdalilkan sebuah hadis baginda Rasulullah s.a.w. yang menegur perbuatan sekelompok jemaah yang sedang meninggikan suara pembacaan al Qur'an mereka  DI DALAM MASJID yang menyebabkan terganggunya ibadat baginda Rasullullah s.a.w. yang sedang melakukan ibadat.

3. Sehubungan dengan itu, Mufti meminta agar Surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh JHEAIPP di tarik balik. Saranan ini amat dialu-alukan. 

Apakah ISUNYA DISINI? 

Isunya ialah mengenai AMALAN PEMBACAAN al Quran Sebelum masuk waktu suboh dengan menggunakan pembesar suara di surau-surau dan di masjid-masjid sebagai tanda kepada umat Islam bahawa sebentar lagi hendak masuk waktu Subuh.

Bandingkan suasana yang berlaku di dalam hadis baginda Rasullullah s.a.w. dengan suasana yang berlaku di dalam isu berkenaan, Adakah sama ? Dalam Hadis baginda Rasullullah s,a,w, dapat kita fahami asbab dan musababnya ialah bahawa :-

1. Suasana itu berlaku di dalam masjid dan bukan di waktu sebelum suboh tetapi di dalam waktu di mana terdapatnya jemaah lain yang sedang melakukan ibadat-ibadat khusus dan sunat yang lain. 

2. Baginda Rasullullah s,a,w, pun sedang melakukan IBADAH pada masa itu dan terganggu dengan suara yang ditinggikan. 

3. Tetapi suasana di dalam hadis itu tidak timbul di dalam suasana  ianya berlaku di suatu masa sebelum masuk waktu Suboh.

4. Baginda Rasullullah s.a.w. tidak akan membuat teguran melainkan baginda diberikan ilham untuk menegur dan ini dapat difahamkan di atas 4 Sifat Wajib pada sekelian Rasul dan Nabi iaitu Siddiq, Fatonah, Amanah & Tabligh. dan bersesuaian dengan manhaj bahawa Rasul itu maksum. Oleh itu difahamkan bahawa teguran baginda Rasulullah s,a,w itu di buat atas sifat Kerasulan menegur perbuatan ibadah (membaca al Qur'an) yang dilakukan atas sifat riya dan takkabur sehingga mengganggu jemaah lain yang sedang beribadat. Oleh itu teguran baginda Rasullullah s.a.w. itu tidak boleh difahamkan sebagai melarang Pembacaan al Qur'an dengan suara yang tinggi dalam amalan ibadat sunat sebelum waktu Suboh untuk memberi alamat kepada umat Islam agar bangun bersedia untuk solat Suboh kerena pada masa itu mana ada manusia lain yang sedang beribadah pun dalam masjid dan surau. Pada masa berkenaan pun semua manusia sedang nyenyak tidur. Manusia yang masih berjaga dan 'beribadah' pun hanya mereka yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan maksiat. Mana ada kuil, gereja dan wat yang melakukan ibadah mereka pada waktu itu pun. 

Demikianlah hujah pada dasar Ilmu Musthalah hadis dan Usul Fiqh dalam kaedah mengeluarkan Hukum Syara'.

Lagipun di dalam isu ini amat jelas terdapatnya unsur-unsur syubahat daripada puak pemerintah Sosialis  bertaraf Kafir Harbi yang memusuhi agama Allah SWT & Rasul Nya. Sememangnya terdapat usaha-usaha mengelirukan umat Islam dan ini bagi menguntungkan pihak Sosialis. Jika ianya tidak diselesaikan dnegan baik maka pihak Sosialis akan menggunakannya untuk menguatkuasakan Larangan Azan dan ibadah-ibadah lain umat Islam bagi melaksanakan AGENDA MURTAD. Oleh itu adalah elok segala permasalahn hukum samada ianya bersifat Nasihat Hukum atau Fatwa dirujukkan terlebih dahulu kepada YDPA dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Penerangan sewajibnya diberikan terlebih dahulu bagi kefahaman umat sebelum ianya dilaksanakan. Harap maklum. 

PEMIMPIN NGOK PENGIKUT NGEK, ITULAH PAKATAN HARAMJADAH.

Salah satu sebab utama kenapa ramai yang berhijrah ke luar negara ialah kerana ramainya pemimpin-pemimpin ngok dan pengikut-pengikut yang ngek. Di Malaysia ini golongan yang paling bermasalah dan memberikan masalah. Pendekata merekalah golongan bermasalah. Ini diburukkan lagi dengan Budaya Materialistik amalan majoriti rakyat. Materialistik dan bukan kerohanian dijadikan ukuran kepada kehebatan seseorang pemimpin dan pengikut.Pengikut pula sentiasa minta duit dan bantuan kewangan kepada pemimpin sehinggakan nak beli susu anak pun minta kepada pemimpin. Majoriti pengikut mengamalkan Budaya Mengharap kepada pemimpin. Pemimpin pula untuk mengekalkan pengaruh dan jawatan terpaksalah menuruti kemahuan pengikut yang tidak berkesudahan. Akibatnya berlakulah 'Rasuah Politik' dan 'Wang' berleluasa.

Pengikut yang mendapat habuan itu dan ini pula menghasilkan kecemburuan kepada pihak lain. Ini lagi satu penyakit. Pihak yang cemburu hati mulalah menjadi perengus. Sentiasa tidak puashati. Masuk pula golongan batu api. Golongan batu api ini opurtunis. Peranan mereka ialah melaga-lagakan pihak-pihak yang berkenaan kerana ianya memberikan keuntungan dan habuan peluang mendapatkan kekayaan. Selagi mana pertelagahan berlaku selagi itulah mereka untung. Mereka hidup di atas prinsip ' Bila Ada Pertikaian Di Situ Ada Peluang'.

Itulah Kitaran Budaya Politik di Malaysia. Kejujuran, Kepercayaan dan Amanah di ukur dari segi berapa banyakkah habuan kesenangan materialistik yang dapat diberikan oleh seseorang pemimpin. Lama kelamaan, Budaya Tegur Menegur sudah hilang. 

Para pemimpin ngok pula akan meneruskan budaya salah menyalah antara satu sama lain bagi mengekalkan status quo dan menaiki tangga dalam hirarki kepimpinan. Apabila mereka menghadapi suatu kesulitan, mereka akan kembali ke pangkal jalan sekejap, selepas lupa daratan kembali.

Para pengikut yang ngek pula ibarat pakaian. Bila disukai dan masih diperlukan maka diberikan habuan. Bila sudah lawan tokeh, jawabnya kena jual 'bundle'. Pemimpin ngok yang kaya raya tidak ada masalah untuk mencari pengganti pengikut ngek sebab ramainya stok yang masih ada. 

Akhirnya, golongan rakyat marhaenis juga yang terpaksa bangun sendiri dan berjuang di atas kapasiti sendiri bagi memastikan pemimpin ngok dan pengikut ngek ini sentiasa di kawal. Jangan mimpilah hendak mengubah sikap mereka kerana wang, pengaruh dan kuasa di tangan mereka. 

Disebabkan oleh golongan sedikit ini yang benar-benar berjuang di atas kapasiti sendirilah yang memberikan Imbangan kepada Ketidakseimbangan yang berlaku, Jangan haraplah hendkamerasuah dan memberikan habuan kepada mereka, kerana anda sendiri pun tidak mengenali siapakah mereka. 

Kepada semua pemimpin ngok dan pengikut ngek anda semua perlu berhati-hati kerana golongan sedikit ini semakin mendapat perhatian daripada rakyat jelata kerana mereka di lihat oleh rakyat jelata sebagai berwibawa dan mempunyai kredibiliti. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

NGOK NGEK BETUL LAH LEBAI MALANG PAS.

Hari ini 15 hb Ogos genaplah ulangtahunke 500 penaklukan Portugis ke atas Melaka. Tewasnya Melaka kerana sudah ditakdirkan tetapi bukanlah kerana Melaka tidak kuat atau lemah. Melaka kalah kerana ada penduduk Melaka yang memberi kerjasama kepada Portugis kerana dendam dan tidak suka kepada Sultan. Perkara yang sama berlaku pada hari ini di mana Anwar Ibrahim, PAS, PSM, PKR dan DAP yang membenci UMNO/BN telah banyak memberi kerjasama kepada pihak luar untuk campurtangan ke dalam hal ehwal rumahtangga politik negara.

Bayangkan jika semua pihak bekerjasama erat walaupun berlainan fahaman politik dan tidak melakukan berbagai onar dan kecoh dalam negeri. Sudah tentutlah pada hari ini Malaysia jauh ke hadapan mengatasai banyak negara-negara ASEAN dan ASIA, tapi oleh kerana adanya rakyat Malaysia yang bersikap seperti mabok todi haram, kejayaan-kejayaan yang Malaysia mampu capai menjadi terbantut.

Soal sekolah vernakular dan sekolah satu aliran sepatutnya sudah lama selesai. Kaum Cina dan India septatutnya dengan relahati menerima Sistem 1 Sekolah dan membuat sedikit pengorbanan. Apabila sistem vernakular dihapuskan dan hanya ada sistem 1 Sekolah akan lahirlah generasi Malaysia yang amat mantap.

PAS lebai malang dan DAP apek perengus , andaikatalah mereka berdua ini tahu menghormati hak orang lain dan mengenepikan sikap permusuhan melampau mereka kepada UMNO/BN sudah tentulah mereka dapat memberikan sumbangan yang lebih besar kepada rakyat jelata, tetapi mereka memang jenis manusia perosak. Begitu juga dengan PKR.

12 ORANG GAMPANG TELAH BERTEMU JAIS.

12 orang gampang yang ditemui oleh JAIS semasa siasatan ke atas Pusat Gampang Komuniti Gereja Sel DUMC dikhabarkan telah menemui JAIS. Baca lapuran di bawah ini. Maklumat asal bloger mymassa.Diharapkan  12 orang gampang itu tidak menyembunyikan apa-apa maklumat kepada JAIS dan hendaklah mereka memberikan semua maklumat yang penting kepada JAIS agar mudah JAIS melakukan penyelamatan akidah ke atas orang Islam lain.







Hadir Di Gereja: 12 Individu Islam Hadir Beri Keterangan 

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN 

SHAH ALAM: 12 individu Islam yang menghadiri majlis 'Thanksgiving' di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada Isnin hadir memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.  Menurut sumber, kesemua individu tersebut mula memberi keterangan pukul 10 pagi di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.  Ketika ditanya adakah semua individu tersebut hadir untuk memberi keterangan, sumber tersebut mengatakan: 'Ya.'  Difahamkan kenyataan mereka kini sedang direkodkan oleh pegawai bahagian pengurusan dan penguatkuasaan JAIS.  Menurut sumber itu lagi, peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishamuddin yang mewakil 10 daripada 12 individu Muslim itu memahami situasi terbabit dan membenarkan anak guam mereka hadir memberi keterangan kepada JAIS. “Sebelum ini, mereka sudah menerima surat untuk hadir memberi keterangan namun gagal berbuat demikian pada Selasa lalu.  "Sedangkan mereka adalah saksi kepada kes penyebaran agama bukan Islam kepada Islam, jadi kita perlu memanggil mereka untuk merekodkan kenyataan. “Peguam mereka sudah memahami keadaan ini. Peguam benarkan anak guam mereka untuk hadir. Namun jika masih gagal berbuat demikian maka waran tangkap akan dikeluarkan kepada 12 individu tersebut,” katanya kepada mStar Online, di sini, Isnin.  Pada 3 Ogos lalu, JAIS menyerbu gereja DUMC selepas mendapat maklumat kehadiran sebilangan orang Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.  Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, seorang penceramah menyampaikan ucapan dengan menyelit bacaan ayat al- Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut Islam. Berpandukan kepada siasatan awal, mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam. Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...