Ahad, 13 Disember 2015

#PAU 2015 & DUNIA BUMI INI DIJADIKAN UNTUK SIAPA SEBENARNYA?


BISMILLAHI wa BILLAHI wa MINALLAHI 
ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA MOHAMMAD 

Jika Selepas membaca ini, anda berkata ambe GILA .... ketahuilah, di luar sana lebih ramai yang terlebih GILA kan duniawi dan melupakan ukhrowi. Apa yang ambe tuliskan di sini adalah cerita-cerita yang tidak diceritakan. Maka adakah ambe dikatakan GILA oleh orang-orang yg terlebih GILA? Tepuk Dada Tanyalah Iman masing-masing.

IBLIS BERTEMU MANUSIA:- 
TAHUN 1980
MAHATHIR MOHAMMAD MULA MENGUNAKAN SATU DASAR.. 
DITAHUN YG SAMA 1980
RAIS YATIM MELANTIK DATO UNDANG LUAK JELEBU
MUSA WAHAD MEMECAT SEMUA DATO LEMBAGA ADAT JELEBU 
TAHUN 1982
MUSA WAHAD MEMECAT WARIS IMAM PERANG JELEBU..WARIS MEMPERANG.. 
BANTAHAN DIBUAT DI BALAI POLIS JELEBU OLIH SEMUA WARIS MEMPERANG..
( Saya tidak tahu Sahabat RODZI ada hadir atau tidak ).. 
TAHUN 1983 ULANGTAHUN PERTAMA PERTABALAN UNDANG JELEBU
Raja Iblis MEMOHON meminta jadi RAJA DUNIA..
( Hamba tidak tahu adakah saudara RODZI juga ada ketika itu ) 
HAMBA MENJELASKAN MINTA PADA RAJA RAJA MELAYU DAN DATO UNDANG NAN EMPAT.. 
MAKA PAWANG MAHATHIR ADA ENAM ORANG..( Hamba juga tidak tahu adakah sahabat RODZI kenal.dan tahu PAWANG PAWANG YANG ENAM ITU ).. 
1986 ULANGTAHUN PERTABALAN DATO UNDANG JELEBU..
(untuk.makluman dlm group itu ada pihak berkepentingan dan pihak berkuasa menilainya) 
DiBALAI PENGHADAPAN
IBLIS MENYAMAR DALAM DIRI RAZAK MANSUR EXCO NEGERI SEMBILAN DAHULU .. 
JIKA HAMBA MEMBUNUH DENGAN LEMBING DAN BENDERANG TERHADAP RAZAK.MANSUR..MAKA CERITA INI BERAKHIR DENGAN HAMBA DI TALI GANTUNG.
APAKAH SAHABAT RODZI TAHU AKAN CERITA INI...DIMANA HAMBA HANYA BERTEMU DENGAN SAHABAT RODZI TAHUN 1990..
MAKA BILA SEMUA LEMBAGA ASAL DI BUANG...
WARIS IMAM PERANG DI PECAT
RAJA IBLIS
PUAK PENENTANG
PUAK PENDURHAKA
MENDAPAT ISYARAT DARI PAWANG PAWANG MAHATHIR DAN MALAIKAT ASAL PENGIRING NABI ALLAH ADAM A.S..
UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN NABI ALLAH ADAM A.S..
TAHUN 1988 UMNO LAMA DIBUBARKAN
MAKA HILANG MELAYU DI DUNIA..
RAJA IBLIS MENGERAKKAN BALATENTERA NYA..
1989 UMNO BARU DI TUBUHKAN
PERTEMPURAN BESAR BERLAKU (DI ALAM GHAIB) 
SAHABAT RODZI
SAHABAT HISYAM
SAHABAT MOKHTAR
SAHABAT RAZALI
ADA DIMANA TAHUN 1989 INI KETIKA ITU HAMBA DI TANGKAP OLIH PIHAK PDRM DAN DI HANTAR KE HOSPITAL SEREMBAN IPJ
MAKA SIAPA PENGIRING ASAL YANG TURUN BERSAMA NABI ALLAH ADAM A.S ITU YG MENENTANG DAN MENDURHAKA..
PERINTAH AL MARHUM.PAWANG MUBIN KAMU TURUN DARI JELEBU DAN CARI SEMULA PENGIRING NAN EMPAT ITU..
MAKA HAMBA BERKERJA DI MENARA MPPJ 1990 HINGGA 1994 DAM BERHENTI SERTA DI GANTI OLIH SAHABAT RAZALI..
SIAPAKAH YANG MENAIKKAN.MEREKA EMPAT SAHABAT
ALMARHUM PAWANG MUBIN BIN UJANG DATO PAWANG DIRAJA IMAM PERANG JELEBU..
MAKA SAHABAT RODZI MENGATAKAN BELIAU LEBIH DULU DARI HAMBA..
BUKAN UNTUK MEMBELI DIRI..TETAPI UNTUK PENERANGAN CERITA SEBENAR..
MAKA
8 LEMBAGA BESAR
4 TIANG BALAI
4 PENGIRING
DILETAKKAN DALAM SATU GROUP WHATSAPP..
Pada 1992, seramai 200 orang pelajar & guru Sekolah Agama Tinggi Sultan Hishamuddin (SATSH), Kampung Jawa Klang, Selangor Darul Ehsan menyaksikan 28 gambaran di langit.

JAIS di bawah Mufti Selangor, Dato Ishak Baharom telah menjalankan siasatan mengenai perkara itu. Hasil siasatan mereka mendapati ianya benar-benar berlaku dan bukan khayalan. Dan kerana itulah beliau di pecat oleh arahan arwah Madet yang takutkan kebenaran.


28 Gambaran Yang Di Lihat di Langit pada 1992 Amat Berkait Rapat dengan dialog-dialog
IBLIS BERTEMU MANUSIA

Pada 1938, DURBAR di istana SERI MENANTI, telah mengiytiharkan TANAH MELAYU BERTUANKAN MELAYU...

MELAYU apa yang layak menjadi Tuan Tanah Melayu yang dimaksudkan dalam DURBAR 1938 di Istana Seri Menanti itu ?

Dan Kenapa pula pengisytiharan itu di buat di ISTANA SERI MENANTI sahaja ?

/.... bersambung 

Isnin, 16 November 2015

UNDIAN BAJET 2016 - DAPIGS PKR-PAN BERJAYA KEKALKAN NAJIB.

BISMILLAHI -ALLAH-HU-AKBAR 



Akhirnya dapigs-pkr-PAN tukor strategi dari mahu buat Undi Tak Percaya ke Undi Percaya Bulat kat Najib. 

So, Najib masih kekal PM. 

Ni kenyataan selamber derq dari Tan Sri Annuar Musa:- 

"Usaha PR utk mengusul undi tak percaya kpd YAB PM dgn cara menolak bajet 2016,hari ini bukan saja gagal MALAH MEMAKAN DIRI SENDIRI,apabila 88 ahli pembangkang bukan saja gagal memecah undi BN tp sebaliknya undi mereka sendiri makin hilang bila mereka hanya berjaya mendapat 74 undi berbanding BN 124...jelaslah SAF PEMBANGKANG SENDIRI SEMAKIN PECAH DAN MENGECIL DI PARLIMEN....tektik PR itu bertukar MENJADI "UNDI PERCAYA"BUAT YAB PM DAN MEMPERKUATKAN LAGI BN!!!"

-Tan Sri Annuar

Rasanya tak perlu nak ulas lagi kan .... syukur Alhamdu-Lillaahi-Robbil'alamiin 

KENAPA AMANAH SAHAM BUMIPUTERA DITUBUHKAN OLEH MARHUM TUN RAZAK?@NajibRazak


Pengerusi PNB Marhum Tun Ismail Ali dengan marhum Tun Hussein Onn Di Hari Perlancaran Sekim Amanah Saham Nasional pada 1981.

Buku Pelaburan AMANAH SAHAM BUMIPUTERA
dengan cogankata 'Bijak Dahulu Bijak Sekarang"


BISMILLAHI 

Catitan sambungan daripada artikel lepas "BILA ARWAH MADEY MENJADI PELAWAK DI PENGHUJUNG USIA". 

Untuk memahami apa yang berlaku sekarang, kita perlu menjengah tetingkap waktu sekejap. 

Sekitar 1981, selepas 24 tahun merdeka (1957), 16 tahun selepas Singapura keluar dari Malaysia (1964), 12 tahun selepas 1969 dan 10 tahun selepas DEB dilancarkan (1971), pentadbiran marhum Tun Hussein Onn melancarkan ASB. Dan Dunia Kewangan Terkejut! 

Dunia Kewangan bertanya, "dari mana mereka perolehi dana sebesar itu?" Dan bagaimana orang Melayu mahu mencarum? Ini pada tahun 1981, sebelum Melayu menjadi Kelas Pertengahan. Sebelum Melayu kenal dan ceburi bidang perniagaan secara serius. Sebelum wujud Kelas Bilionir Senyap Melayu. 

Dari mana datang nya sumber Simpanan Emas yang banyak untuk menampung bayaran dividen serta bonus sekim berkenaan? Semua pakar analisis kewangan dunia pada waktu itu menggaru kepala. Mendiang Lee Kuan Yew pada masa itu tidak dapat tidur lena selama tiga bulan. 

Marhum Tun Hussein Onn senyum simpul. Akhirnya, sebelum melepaskan jawatan, beliau telah berjaya juga melaksanakan salah satu 'Amanah Penting' marhum Tun Razak. Sekarang terpulanglah kepada pengganti beliau dan orang Melayu menyempurnakan 'Amanah Agung' itu. 

Bolehkah anda bayangkan situasi gawat dan keluh-kesah dunia kewangan pada waktu itu? Sekim Amanah Saham itu bukan sekim calang-calang bagi sebuah negara Pertanian yang saiznya amat kecil. 

Kartel-kartel kewangan lain mula goyang kepala lutut dan berpeluh dahi. Puas mereka mencongak dengan pelbagai kaedah matematik dan Sains Aktuari untuk mencari solusinya. Mereka tak jumpa!

Sekim Amanah Saham Bumiputera di jual pada harga $1.00 bagi seyunit saham. Dengan pulangan dividen dan bonus tahunan yang sungguh luar biasa. Caruman serendah $10 dan $100 dibenarkan. Pening kepala semua pakar-pakar dunia memikirkannya. 

Tidak lama selepas itu, berlakulah the Dawn Raid (mengikut skrip). Everiting its ok lah bos. Ikut Pelan. Sehinggakan Kartel Rothchilds pun terpaksa akur. (Firma Rothschilds di bawa masuk oleh arwah Madey yang tak mengikut skrip asal). 

Hebat tak orang Melayu pada 1981? Dengan hanya bermodal $10-$100 mampu menjanakan 'The Dawn Raid' Ha ha ha ha ..... Sori tergelak. Ini taim, Melayu masih guna motorsikal dan bas sebagai pengangkutan utama. Bandingkan pada hari ini pula. Bagaimana? Fantastik tak? Memang fantastik. 

Dari mana gamaknya marhum Tun Razak beroleh DANA FANTASTIK itu kan? Takpe lah .... Tokoh berkenaan merenung jauh. Melemparkan pandangan matanya yang kesayuan ke arah pemandangan di luar tingkap .... 

Akhir Mei 1974 ..... yakni 7 tahun sebelum 1981.... dan selepas itu Marhum Tun Razak kembali ke rahmatullah
Al fatihah kepada Negarawan Terulung .... 

bersambung lagi di artikel seterusnya ....... 

Ahad, 15 November 2015

BILA ARWAH MADEY JADI PELAWAK DI PENGHUJUNG USIA


BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR 

Ramai yang sentap bila ambe menggelarkan pujaan idola mereka , Tun Dr Madey "Doktor Dalam Rumah M", dengan gelaran Arwah Madey. Tak perlu lah ambe tunduk akur kepada kehendak-kehendak mereka. Ramai alami tak selesa emosi dengan jenama 'Arwah Madey'.

So what? Ambe pun satu hari nanti akan menjadi arwah jua. Bahkan semua manusia dan makhluk tetap menemui ajal mereka. Takut Ajal? Takut Maut? Takut di gelar 'Arwah'? Kita semua ini tayah nak eksyen ler. 

Kita semua bermula dari alam arwah (jama'/plural kepada ruh) dan kembali semula ke alam yang sama. Mengadap DIA sebenar ILLAH/TUHAN untuk menjawab semua amalan-amalan kita. Abu Nawas sahaja agak cerdik bila beliau diberikan kecerdasan oleh ALLAH HU TA'ALA berkata-kata yang mengejutkan malaikat yang bertanya. 

Bila ada saudara-mara arwah madey yang menjadi kenalan ambe bertanya, "Kenapa kamu gelarkan arwah kepada yang masih hidup?" Macamlah arwah madey tu tak akan mati-mati.

Ambe jawab, " Dah lama madey menjadi arwah dan sudah lama mati. Cuma beliau masih belum meninggalkan dunia lagi" 

Ada juga yang menjadi pelawak bila bertazkirah kepada ambe dengan hujah 'mendahului takdir'. Hek eleh. Mendahului takdir apa? Semua kita tahu, salah satu Takdir ke atas semua makhluk termasuk kita ialah menjadi ARWAH SEMULA. 

Apa yang kita nak takutkan sangat akan kematian? Kita tetap akan meninggalkan jasad kita dan dunia ini. Nasib korang lah kalau amalan cukup atau tidak.

Sabda Baginda Rasul Allah yang terakhir, " Orang Bijak ialah Orang Yang Selalu Mengingati Mati'. Maka, ambe follow kata sabda baginda. Cuma cara ambe mengingatkan mati ialah dengan menggunakan jenama 'Arwah Madey". 

Adakah ambe amat membenci serta amat marah kepada arwah madey ? Tidak. Ambe cuma mengingatkan kepada arwah madey bahawa suatu saat kelak beliau akan menjadi arwah. Jenama itu juga sebagai peringatan kepada pemuja nya. Juga sebagai peringatan kepada semua, bahawa kita tetap akan kembali menjadi arwah.

Orang yang tersentap jiwa mereka dengan jenama 'Arwah Madey' itu jenis orang yang takut mati dan cintakan dunia sebab amalan tak cukup buku. 

Adakah ambe tiada mengenang jasa-jasa arwah madey dan kebaikan beliau semasa menjadi PM selama 22 tahun? Sekejap .... sel-sel otak ambe sedang berhubung. Malangnya, Aqal ambe bertanya, Jasa apakah yang arwah madey buat? 

Ya tak ya kan ... betul ke arwah madey ada jasa kepada agama bangsa & negara selama 22 tahun beliau menjadi PM? Jasa kepada keluarga nya, adik-beradiknya dan kepada keroni-keroninya mungkin terhitung dek jari jemari kita. Tapi masih terhitung dalam kitab-kitab amalan Illiyin & Sijjin catitan malaikat Raqib dan Atid. 

Andai setakat KLCC, Menara KL, Litar F1, KLIA, PROTON, PERWAJA serta Sekim Penswastaan Negara.. itu di kira jasa-jasa... maka buruh-buruh pembinaan juga turut berjasa. Adakah itu jasa-jasa seorang negarawan terpuji? Atau cuma Publisiti bagi seorang Doktor Perubatan yang jiwanya tidak tenteram? 

Ada orang berhujah, arwah madey bina Putrajaya tau! Jambatan Pulau Pinang tau! Ko apa jasa? Ehem, beginilah, jasa ambe lebih besar berbanding arwah madey. Yakni, Jasa tak melawan Ketua/ PM dan tidak mendesak beliau letak jawatan sebagai PM/Presiden UMNO. Kerana jasa-jasa ambe itulah, maka arwah madey boleh 'berjasa' membina tugu-tugu jasa beliau. 

Owh yea, pasal Putrajaya. Ambe terfikir juga, kenapa rekabentuk dan susun atur Putrajaya itu 100% sama sahaja seperti sebuah Perbandaran di Amerika Syarikat? Kenapa digunakan Presint? Pelik bukan? 

Maka, ambe pun merisik kabar yang tak pernah dikhabarkan oleh orang. Ambe ketemuilah sebuah cerita yang menarik. Samada cerita ini benar atau tidak, sumbernya daripada seorang bekas Ketua Pemuda UMNO Puchong yang disenarai-hitamkan arwah Madey dari mendaftar dalam UMNO BARU. 

Menurut beliau, di mana peranan arwah madey pada ketika detik-detik awal penubuhan UMNO dan semasa menuntut kemerdekaan? Menurutnya lagi, beliau kenal arwah madey sejak arwah madey membuka Klinik Maha di Alor Setar. Malah, beliau juga berkata, jika benar arwah madey ini pemes dengan klinik Maha, kenapa beliau boleh kalah dengan penjual kitab dalam pilihanraya?

Ehh banyak lagi ler, tokoh itu berhikayat kepada ambe. Penuh khusyu' lah sambil ternganga mulut mendengar hikayat daripada tokoh berkenaan. Memang rare lah. Mujurlah, air liur ambe tiada bercita nak mengalir keluar semasa menganga mulut. Kalu tak, gerenti malu dan aib ambe. 

Kata tokoh berkenaan, arwah madey ni semasa remaja bercita-cita nak masuk universiti di negara-negara barat. Nak ada Kelas lah sikit. Nak bergaya. Tapi malangnya, beliau terpinggir. Akhirnya, di campak ke Singapura menjalani kursus kedoktoran. Besar rahmat tu arwah madey jadi doktor, kata tokoh berkenaan. 

Ambe bertanya, kenapa pula bersimpul begitu? 

Jawab Tokoh berkenaan, " Manakan tidak, andaikata arwah madey jadi peguam, jurutera dan juru masak ... dah tentu lah sukar nak mengubati Jiwa Kacau nya" Sambil derq je kan Tokoh berkenaan belasah arwah madey, Mujurlah ambe bukan 'Pengipas' arwah madey. 

Arwah Madey jiwanya kacau? Persoalan itu terus bermain di benak fikiran ambe. Apa mungkin arwah madey, seorang duktur dalam rumah, jiwa nya kacau? Haish ... naik kacau minda & emosi ambe mikiornya. Boleh percaya ke? 

Bila ambe merenung air muka dan anak mata tokoh berkenaan serta menghitung setiap helaan nafas nya; barulah ambe yakin. Betul kata tokoh berkenaan, arwah madey memang jiwanya kacau. 

Tiba-tiba .... ambe rasa letih lah plak nak menulis ...apakata ambe sambung lagi hikayat daripada tokoh berkenaan selepas ini? 


Jumaat, 9 Oktober 2015

TPPA - MALAYSIA MENJAJAH DUNIA

Mentaliti Di Malaysia Tak Sukar Nak Dirungkai ..
Setiap Yang Di Bantah Adalah Benda Yang TERBAIK !

BISMILLAHI-ALLAH-HU-AKBAR 

TPPA - Perjanjian Bilateral -Multilateral antara negara-negara yang menguasai ekonomi global. Ianya merangkumi 40% pasaran dunia. Malaysia-Brunei antara negara-negara majoriti Melayu yang sanggup berada dalam kerangka TPPA. Kenapa dan apa sebab nya ?

Brunei Darussalam sebagai sebuah negara berdaulat Kesultanan Melayu yang kaya-raya sanggup menyertai TPPA. Begitu juga Jepun. Bekas wilayah Melayu purba, Vietnam pun sanggup menyertai TPPA sedangkan Vietnam mempunyai sejarah perang moderen melawan USA pada abad 20 lalu. Kenapa mereka sanggup menyertai TPPA?

Malaysia, sebuah negara kerangka Raja Berperlembagaan dengan 9 orang Sultan-sultan membentuk sebuah Majlis Raja-raja serta memilih Yang DiPertuan Agong menjadi Kepala Utama Negara, tak jauh beza dengan Brunei Darussalam. Ini termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. 

Singapura, negara yang Perlembagaannya tak jauh berbeza dengan Malaysia yang menjadi pujaan para pemuja mendiang dapigs-pkr pun sanggup menyertai TPPA. Sedangkan di Singapura tiada UMNO!

Tapi kenapa Indonesia tidak menyertai TPPA?

Mengapa Thailand tidak menyertai TPPA? 

Kenapa Benua India tidak menyertai TPPA?

Kenapa negara-negara Timur Tengah tidak menyertai TPPA?

Kenapa Korea Selatan tidak menyertai TPPA? 

Cerita yang dikisahkan kepada anda, itu skrip lakonan pilem versi Hollywood dan Bollywood. Tapi bukan versi Kapsul yang gagal meraih simpati penonton. 

Kita tekel satu-persatu secara pukal isu mengenai TPPA ini. 

Pertama, pembantah TPPA mengatakan TPPA ialah alat menjajah ekonomi Malaysia. Mangsa utama ialah Melayu. Kata merekalah. Siapa 'Mereka' ? Itu lah pepuak yang join Kelab Majusi. Kenapa Kelab Majusi?

Majusi ialah satu kaum yang menyembah api. Mereka mendakwa Api itu Suci. Wang ringgit, dinar dan dirham atau harta dunia ini menjadi bahan bakar api neraka sebagai siksaan ke atas mereka yang enggan membayar zakat dan menyintai duniawi.

Dalam bahasa zaman sekarang, majusi ini sama sahaja dengan golongan Kapitalis. Kerana Dinar itu dalam sebutan bahasa Melayu jadi Dineraka, Manakala Dirham pula menjadi Dinerakajahanam.

Kembali kepada persoalan awal. Kenapa golongan kelab elit Majusi membantah TPPA dengan menakut-nakutkan Melayu melalui label 'Penjajahan Ekonomi'? 

Majoriti ahli Kelab Majusi di Malaysia adalah mereka yang selama ini menyakau polisi-polisi fiskal. Merekalah Penyamun Tarbus Nombor Satu di Malaysia. Golongan ini banyak lahir pada zaman 22 tahun arwah madey kerala jadi 'Raja Tak Raja' di Tanah Melayu ini. Pengisahan ini bloger RPK telahpun memperjelaskan dalam artikel-artikel beliau di FMT. Korang carilah sendiri artikel-artikel berkenaan. 

Golongan Majusi inilah yang sentiasa menyekat peluang-peluang ekonomi dari sampai ke tangan-tangan rakyat marhaen. Sebab mereka tamak haloba. Mereka tak mao ada pesaing lain. Mereka nak kaut semua keuntungan dan peluang ekonomi yang ada.

Cara mereka amat mudah, segalanya mereka akan salahkan pihak lain untuk menakut-nakutkan pihak lain turut serta mengambikl peluang-peluang yang ada. Di depan kita, golongan majusi berapi-api membantah TPPA. Di belakang kita, merekalah yang menjelirkan lidah seperti anjing nak menjilat semua peluang-peluang terbuka dalam kerangka TPPA. 

Golongan Majusi inilah juga yang bertanggungjawab mendesak polisi afirmatif DEB dihapuskan. Ofkorslah mereka gunakan pihak lain. Kerana, selagi ada DEB, selagi itulah akan wujud peluang pesaing baru muncul. Majusi tak nak ada pesaing baru. Nanti apa mereka nak makan? 

Oleh kerana majusi di Malaysia ini amat tamak haloba mengalahkan qorun dan Firaun; sebab itu mereka membantah TPPA. Ini samalah sikap mereka yang ikuti hawa nafsu gelojak & gelodak tamak haloba mereka semasa mereka berkempen menghapuskan DEB. 

Puak majusi ini tidak sesekali akan berkongsi ilmu, pengalaman dan rangkaian mereka dengan kamu. Apa yang tinggal sedikit pada kamu, kaum majusi nak. Apa yang banyak pada mereka, kaum majusi enggan berkongsi dengan anda. 

Kaum majusi inilah selama ini dilindungi oleh pentadbiran arwah madey kerala. Mereka ini berada di merata-rata dalam setiap parti politik. Kalu tak camne nak kowtim ? Itu pasal arwah madey kerala mempunyai terlalu banyak sangat rangka hidup dalam almari-almari beliau. Ianya dikongsi bersama oleh saf-saf kepimpinan dalam parti-parti poli-tikus lain. Tapi bukan semua lar .... 

Ok, abis lah bab bebel pasal utama kenapa ada bantahan terhadap TPPA. Sekarang ini, meh kita bukak stori sikit pasal sejarah bagaimana TPPA ini wujud. 

TPPA ini bukan cerita baru. Ianya muncul sejak zaman arwah madey kerala lagi. Diteruskan perbincangannya sehingga zaman pentadbiran Najib. Oleh kerana pada awalnya, arwah madey kerala sudah kowtow, Najib perlu meneruskan tapi dengan terma-terma yang tak menyusahkan rakyat jelata. 

TPPA muncul dari P-4 , satu setengah dekad dahulu (sekitar 2000) dalam APEC yang pada masa itu mahu menyaingi WTO pentadbiran Bush. Apabila, arwah madey kerala berjaya mengekang WTO tapi gagal menyekat P-4, US di jemput menyertai P-4. Dari situ bermula lah perubahan menjadi TPPA. 

Liberalisasi pasaran yang dikemukakan dalam TPPA berkisar mengenai penghapusan semua kadar tarif di antara negara anggota. Kerisauan muncul  mengenai kebebasan membenarkan kompeni asing turut membida dalam projek-projek tempatan. Layanan yang sama mestilah diberikan kepada kompeni asing yang turut membida. 

Menurut kacamata puak majusi, kebebasan itu akan menjejaskan monopoli dan penguasaan mereka dalam bidaan-bidaan projek-projek gomen. Sedangkan, jika diteliti dengan baik-baik, di situ ada peluang besar penguasaan orang tempatan dalam saham kompeni-kompeni asing yang membida. Pada awalnya , itu merupakan Isu Singapura. 

Seperkara lagi mengenai halusinasi ketakutan mengenai TPPA ialah mengenai Tribunal yang mengadili semua pihak yang terbabit. Ofkorslah puak majusi takkan mahu diadili oleh Tribunal yang bebas. 

Selain itu, tiada apa sangat nak kecoh pasal TPPA. Puak majusi buat bising kerana bimbang kepentingan terpelihara dan perlindungan yang mereka nikmati selama ini akan terjejas terok oleh kemasukan pesaing-pesaing handalan. 

Apa yang amat ditakuti oleh kaum majusi di Malaysia ialah kemunculan kumpulan pesaing baru yang bukan dari golongan mereka. Bilamana ada dan wujud satu kumpulan pesaing baru yang di sokong oleh kompeni asing, sikit demi sedikit penguasaan puak majusi dalam ekonomi Malaysia dan global akan terjejas terok. Malah, mereka akan pupus dan digantikan oleh kumpulan baru.

Kumpulan baru pula mempunyai komitmen tinggi dan daya tahan yang tiada dipunyai oleh kaum majusi. Salah satu keupayaan kumpulan baru yang amat digeruni oleh kaum majusi ialah kemampuan kumpulan baru menjajah ekonomi dunia dan tempatan dalam sekelip mata. 

Bagaimana pula begitu? Tahukah kita bahawa TPPA akan mengujudkan kekayaan dan kemewahan baru? Kekayaan dan kemewahan baru lebih besar dan lebih luas berbanding kekayaan dan kemewahan lama yang dikuasai oleh kaum majusi. 

Sudah tentulah dalam kerangka kekayaan dan kemewahan baru itu, kaum majusi akan kehilangan segala-galanya. Sebab itu lah mereka bantah TPPA.

Bayangkan, TPPA sebenarnya membuka ruang dan pintu kepada Malaysia menjadi Penjajah Ekonomi Global. Kenapa ambe katakan begitu ? Korang tunggulah artikel selepas ini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...